Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Milk Booster Semula Jadi Yang Berkesan Buat Ibu Menyusu

susu badan ibu

Photo credit: istockphoto

Lahirnya si comel membawa seribu makna buat ibu dan bapa. Sejurus selepas proses kelahiran, anda kini berhadapan dengan cabaran baru sebagai seorang ibu iaitu menyusukan bayi anda.

Bagi sesetengah ibu, menyusukan si comel adalah satu proses semula jadi. Tetapi, ada juga yang merasakan ia merupakan satu cabaran dek kerana kekurangan susu badan.

Si comel pula menangis-nangis minta disusukan. Susu badan macam kurang ni. Nak bagi susu formula ke? Ke nak cuba milk booster ya?

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan ‘Milk Booster’?

Milk booster adalah makanan penggalak susu badan ibu. Ia mampu merangsang pengeluaran dan pertambahan susu badan wanita. Siapa yang memerlukan milk booster ini ya?

Highlighted

Photo credit: istockphoto

Milk booster sesuai untuk diambil oleh para ibu yang ingin menambah kuantiti susu badan. Di pasaran, terdapat pelbagai jenis milk booster yang mengandungi bahan-bahan yang dipercayai dapat meningkatkan kuantiti susu badan.

Ramai yang telah mencuba dan setuju dengan keberkesanannya.

Namun ada juga, produk-produk milk booster yang tidak seperti diiklankan. Ada yang berbentuk pil, serbuk dan jus campuran. Meskipun ia mengandungi bahan-bahan yang dikatakan boleh menambah kuantiti susu badan, kesannya tidak seperti yang dijanjikan.

Memanglah secara saintifik, bahan semula jadi yang telah diproses akan kekurangan zatnya. Apatah lagi yang telah ditambah dengan pelbagai bahan tambahan makanan seperti perisa dan sebagainya. Disebabkan itulah para ibu mesti memilih yang terbaik untuk diri sendiri dan si manja.

Sebaiknya rujuklah dahulu pakar kesihatan anda tentang milk booster yang anda berminat supaya mereka dapat memberikan pandangan tentang kandungan, nutrisi produk tersebut dan sebagainya.

Tetapi, kalau nak tingkatkan susu badan secara semula jadi, macam mana pula ya?

Makanan Semulajadi Sebagai Perangsang ‘Milk Booster’

Makanan segar tanpa sebarang bahan tambahan makanan adalah terbaik kan?

Dalam makanan seharian kita, terdapat pelbagai jenis makanan penggalak susu. Bukan sahaja mudah didapati, harganya berpatutan pula.

1. Kurma

Photo credit: istockphoto

Apabila anda makan buah kurma, hormon prolaktin di dalam badan anda akan bertambah. Apakah fungsi hormon ini ya? Antaranya adalah, sudah tentulah untuk merangsang penghasilan susu badan.

Dengan pengambilannya secara berterusan, penghasilan susu badan anda dapat ditingkatkan. Bukan itu sahaja, kurma juga mampu melancarkan peredaran darah nifas dan memberikan tenaga segera.

Dengan manfaat yang pelbagai, sedang didapati dan mudah dibawa ke mana-mana, kurma adalah milk booster yang anda mesti cuba.

2. Kekacang

Photo credit: istockphoto

Kekacang seperti badam dan gajus juga dapat membantu meningkatkan penghasilan susu badan. Anda boleh jadikannya snek atau makanan tambahan dalam hidangan utama.

Namun seeloknya, belilah kekacang yang bebas dari sebarang perasa tambahan ya. Kekacang yang mentah dan dibakar begitu sahaja adalah yang terbaik untuk kesihatan.

3. Sayur sawi

Photo credit: istockphoto

Selain dari itu, sayur-sayuran seperti sawi juga boleh menggalakkan pengeluaran susu. Terutamanya dalam pantang, amalkanlah pengambilan sayur hijau yang berkhasiat ini untuk pelbagai manfaat seperti mengelakkan sembelit dan sebagainya.

Terdapat pelbagai resepi yang anda boleh cuba masak dengan sayur sawi hijau ini. Ramai ibu berpantang buat sup sayur je, campur-campur dengan bahan yang lain seperti bawang putih, ikan bilis dan air asam. Nampak simple je kan? Tapi rasanya memang membuka selera. Susu badan pun akan melimpah ruah nanti!

4. Lobak putih

Photo credit: istockphoto

Pengambilan lobak putih sebagai makanan penggalak susu adalah petua yang cukup terkenal dalam masyarakat di Malaysia. Pilihlah cara masakan yang anda suka untuk memasaknya.

Selain dijadikan sup dan jus, anda boleh juga potong dan hiris nipis-nipis ataupun sagat kasar lobak putih ni. Kemudian, bolehlah goreng dengan lauk pilihan. Memang best tau! Rasanya seakan-akan kerabu suhun, rangup dan juicy. Nak buat kerabu mentah-mentah pun boleh ya.

5. Soya

Photo credit: istockphoto

Kacang soya dipercayai sebagai salah satu milk booster yang elok untuk ibu menyusu. Minumlah susu/air soya selalu atau makanlah makanan yang berasaskan soya seperti tempe untuk menggalakkan penghasilan susu badan.

Tempe kalau dimasak bersama ikan bilis dan bawang putih memang sedap. Kalau nak pedas sikit, bolehlah tambah pepper.

6. Susu kambing

Susu kambing juga adalah penggalak susu yang berkhasiat. Namun harus diingatkan, pastikan susu kambing anda telah dipasteurisasi supaya selamat dari sebarang bakteria bahaya. Ramai yang suka kisarkan kekacang seperti kacang badam dengan susu kambing ini, terutamanya mereka yang kurang gemarkan susu.

Memang rasanya begitu sedap, rasa berlemak dan nutty gitu! Milk booster 2 dalam 1 ni tau.

7. Durian

Photo credit: istockphoto

Selain daripada kurma, durian juga adalah salah satu buah-buahan yang dapat membantu menambahkan susu badan anda. Makanlah seulas dua secara bersederhana. Jangan terlalu banyak pula ya. Durian ni panas tau.

8. Barli

Photo credit: istockphoto

Selain daripada terkenal sebagai bjirin yang mampu menyejukkan badan, barli juga adalah salah satu makanan penggalak susu. Rebus barli sehingga masak dan nikmatinya dengan cara yang anda suka. Anda juga boleh mencuba resepi membuat air barli di sini.

Ada juga mereka yang suka gantikan barli dengan nasi. Maccam mana rasanya, bolehlah cuba nanti ya? Bergantung kepada cara kesukaan anda!

9. Horlicks

Minuman horlicks dipercayai mampu merangsang penghasilan susu badan ibu. Bukan itu je, ia boleh dijadikan alternatif sebagai minuman yang lebih menyihatkan.

Sesetengah ibu menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan pemakanan yang sihat dalam tempoh penyusuan. Sebagai contoh, pengambilan minuman tiga dalam satu.

Sememangnya adalah sedia maklum minuman sebegini tidak elok untuk kesihatan. Untuk meninggalkannya serta merta, bukanlah mudah. Apa kata anda cuba menggantikannya dengan minuman horlicks?

10. Air kosong

Photo credit: istockphoto

Antara milk boooster yang disarankan, air kosong adalah yang paling utama. Untuk anggota dan sistem badan kita bertindak dengan optimum, pengambilan air kosong yang mencukupi adalah amat penting.

Seeloknya, amalkanlah pengambilan air suam sebagai minuman utama harian anda. Cuba buat jadual utuk pengambilan air kosong dari semasa ke semasa. Selalu bila terlupa, anda boleh rujuk jadual ini.

Apabila badan anda berfungsi dengan elok, pengeluaran susu badan juga akan bertambah.

Kaedah Yang Dapat Merangsang Pengeluaran Susu Badan

Selain daripada pemakanan, banyak juga kaedah lain yang boleh banyakkan susu badan. Antaranya adalah:

1. Penyusuan secara kerap

Photo credit: istockphoto

Pada permulaan penyusuan, biasanya susu badan anda masih sedikit dan ini secara tidak langsung akan buat ibu-ibu berputus asa dan mungkin memilih cara lain seperti memberikan si comel susu formula.

Namun, penghasilan susu badan wanita sebenarnya bergantung kepada permintaan bayi tau. Ibu-ibu yang pernah menyusu bayi mesti pernah mengalaminya. Bila si comel nak menyusu je, payudara anda akan mula mengeluarkan susu. Ada yang sampai menitik-nitik tu.

Malah, semakin si comel memerlukan, susu badan anda akan semakin bertambah.

Oleh itu, ibu-ibu mestilah berusahalah untuk menyusukan bayi anda secara kerap ya. Cuba set kan masa 3 jam sekali ke, bergantung kepada penerimaan si comel juga ya.

Jika mereka merengek kerana pengeluaran susu sedikit, teruskanlah memujuk si comel untuk terus menyusu. Ini seterusnya akan merangsang pengeluaran susu badan anda.

2. Tidur dan rehat yang cukup

Apabila badan si ibu mendapat rehat dan waktu tidur yang cukup, sistem badan pun akan berfungsi dengan elok. Secara automatik, penghasilan susu badan anda pun dapat ditingkatkan.

3. Pam susu sentiasa

Photo credit: istockphoto

Ibu menyusu hendaklah sentiasa mengepam susu badan untuk menambahkan pengeluarannya. Contohnya, selepas menyusu si comel, ibu haruslah pam susu yang selebihnya dan simpan untuk kegunaan nanti. Sentiasalah cuba untuk mengosongkan saluran susu ya?

Selain daripada dapat membantu meningkatkan kuantiti susu badan anda kerana permintaan yang meningkat, ini juga dapat mengelakkan daripada terjadinya bengkak susu tau.

4. Atasi stres dengan efektif

Pengeluaran susu badan ibu boleh terjejas apabila tertekan atau terganggu emosinya. Elakkanlah daripada sebarang perkara yang boleh mengganggu ketenangan anda ya.

Apabila berhadapan dengan masalah pula, cubalah atasi stres dengan cara yang anda selesa seperti meluahkan perasaan dan berbincang dengan pasangan, bermeditasi, bersukan, dan sebagainya.

5. Urutan payudara

Selain itu, anda juga disarankan untuk sentiasa mengurut kedua-dua belah payudara anda. Ini dapat melancarkan penghasilan dan pengeluaran susu tau. Bukan tu je, terdapat kajian yang mendapati bahawa ibu menyusu yang mengurut payudaranya merasa kurang sakit apabila menyusu dan kualiti susu juga lebih elok.

Begitu banyak manfaat urutan payudara ni, bolehlah minta pasangan untuk urutkan kalau tak larat ya? Caranya mudah je:

  1. Fokuskan pada mana-mana belah payudara ya. Letakkan 4 jari sebelah tangan anda di bahagian atas payudara dan 4 jari tangan sebelah lagi di bahagian bawah. Urutkan dengan urutan bulatan.
  2. Kemudian, tukar posisi jari-jemari anda di bahagian sisi payudara pula dan teruskan mengurut dengan urutan bulatan. Kalau nak uli secara lembut dengan genggaman tangan pun boleh.
  3. Tekan-tekan juga payudara anda dengan jari dan urut di sekelilingnya ya.
  4. Kalau anda nak perah susu dengan tangan pada masa yang sama pun boleh. Pastikan anda keluarkan susu ke arah puting payudara dan sebaiknya, mengikut rentak dengupan jantung anda.

Cubalah urutan ini setiap hari, anda pasti akan merasa perubahan pada breastfeeding journey anda!

Photo credit: istockphoto

Milk booster dipercayai dapat membantu meningkatkan penghasilan susu badan wanita. Ada banyak produk penggalak susu ini di pasaran yang mendapat sambutan seperti milk booster organik.

Selain itu, para ibu juga digalakkan untuk mengatasi masalah kekurangan susu badan dengan cara semula jadi seperti mengamalkan pengambilan makanan tertentu seperti yang dikongsikan di atas.

Anda juga boleh melakukan beberapa kaedah untuk merangsang pengeluaran susu badan seperti urutan payudara dan penyusuan secara kerap.

Selamat berusaha dan semoga berjaya ibu-ibu!