Ada yang berdepan dengan cabaran tertentu seperti kekurangan susu, faktor kesihatan atau kekangan masa.
1,000 hari pertama kehidupan adalah tempoh penting untuk si manja. Nutrisi yang diberikan kepada si manja memainkan peranan penting bagi menyokong proses perkembangan otak, tumbesaran dan kematangan sistem imunisasi tubuh.
Oleh itu, kandungan nutrisi dan kualiti yang dipercayai perlu diambil kira dalam pemilihan susu formula untuk si manja.
Walau bagaimanapun, perkara yang sering merunsingkan seorang ibu dalam membuat pilihan adalah keserasian si manja terhadap susu formula tersebut.
Tahap penerimaan dan kesesuaian setiap anak terhadap susu formula adalah berbeza. Simptom seperti kembung perut, sembelit atau muntah adalah antara tindak balas yang sering ditunjukkan jika susu yang diminum tidak sesuai untuk mereka.
Sebab itu, Mommy perlu lebih peka dalam memilih susu formula yang sesuai dan tidak sekadar ikut cadangan orang lain semata-mata.
Tips dan Cara Untuk Memilih Susu Formula Terbaik Untuk Si Manja
Apabila memilih susu formula, Mommy perlu memahami bahawa setiap produk mempunyai kandungan nutrisi yang berbeza seperti DHA, protein, vitamin dan mineral yang membantu perkembangan si manja.
Membaca label dengan teliti boleh membantu anda membuat pilihan yang lebih tepat.
Pemilihan susu juga perlu mengikut umur si manja kerana setiap tahap mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza dan ianya harus dipilih mengikut umur mereka:
- Tahap 1 (Baru Lahir– 6 bulan)
- Tahap 2 (6 bulan– 1 tahun)
- Tahap 3 (1 – 3 tahun)
Jika si manja menunjukkan tanda-tanda tidak sesuai seperti muntah, cirit-birit atau menangis berpanjangan, mama disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar pediatrik sebelum menukar susu.
Contoh simptom-simptom abnormal si manja:
- Berat badan yang tidak ideal (lebih berat / kurang berat)
- Menangis berterusan
- Muntah
- Ruam pada kulit
- Kurang buang air kecil
Pilihan Jenama Susu Formula Terbaik Untuk Si Manja 0-12 Bulan!
1) HiPP Bilac Organic Infant Formula 
HiPP menjadi antara jenama yang semakin mendapat kepercayaan Mommy di seluruh dunia.
Dengan lebih daripada 120 tahun pengalaman dalam pemakanan pediatrik, HiPP dikenali sebagai peneraju dalam produk organik untuk si manja, malah diiktiraf sebagai No.1 Organic Baby Food Brand in the World dan No.1 Organic Milk Formula Brand in Europe.
Ini menjadikan HiPP pilihan premium untuk Mommy yang mahukan nutrisi terbaik tanpa kompromi.
HiPP Bilac Organic Infant Formula diperakui dengan EU Organic Certification dan juga mencapai lebih daripada standard piawaian organik Eropah. Setiap bahan mentah yang dipilih adalah bebas daripada bahan GMO, racun perosak sintetik, hormon pertumbuhan dan antibiotik.
Jadi, Mommy tidak perlu bimbang kerana susu yang diberikan kepada si manja adalah selamat seterusnya, memberikan ketenangan kepada Mommy dalam setiap penyusuan.
Lebih menarik lagi, ia menggunakan 100% laktosa susu organik sebagai sumber gula semula jadi dan bebas sepenuhnya daripada gula tambahan, membantu membentuk tabiat pemakanan yang lebih sihat sejak awal.
Susu ini juga diperkaya dengan DHA dan ARA untuk menyokong perkembangan otak si manja.
Selain itu, kandungan prebiotik (GOS) yang terbukti secara klinikal juga dapat membantu menyokong kesihatan usus serta memperbaiki konsistensi (tekstur) najis si manja.
Dengan sehingga 500 langkah kawalan kualiti yang ketat dari ladang hingga produk akhir, serta diimport khas dari Jerman, HiPP Bilac sememangnya merupakan permulaan terbaik buat si manja.
2) Frisolac Rumusan Bayi Langkah (Step) 1

Frisolac sering menjadi antara pilihan ibu kerana formulanya yang lebih lembut pada sistem penghadaman si manja.
Ini membantu mengurangkan risiko masalah seperti kembung perut dan sembelit, terutamanya bagi si manja yang baru mula mengambil susu formula.
Selain itu, susu ini turut diperkaya dengan nutrisi penting seperti DHA, zat besi, vitamin C dan zink yang menyokong perkembangan otak serta tumbesaran si manja.
Frisolac biasanya dalam bentuk tin sekitar 900 gram serta pek yang lebih kecil sekitar 400 gram.
3) Karihome Rumusan Bayi Langkah 1

Karihome merupakan susu berasaskan susu kambing yang sesuai untuk si manja yang kurang serasi dengan susu lembu.
Susu ini berbeza sedikit kerana ini adalah susu kambing. Jadi, apakah kebaikan susu kambing kepada si manja?
Antara kelebihan kandungan dalam susu formula ini:
- Nucleotide membantu menyokong sistem imunisasi badan.
- Casein Phosphopeptide (CPP) dmembantu penyerapan mineral.
- Asid Sialic untuk mencegah jangkitan bakteria.
- Taurine memainkan peranan penting dalam perkembangan otak si manja.
Ia sesuai untuk si manja yang mempunyai perut sensitif dan biasanya dalam saiz sekitar 400 gram dan 900 gram.
4) Dutch Lady 123

Dutch Lady merupakan jenama yang mudah didapati di Malaysia dan menawarkan nutrisi asas untuk tumbesaran si manja, walaupun kini lebih dikenali untuk susu kanak-kanak yang lebih besar.
Susu formula Dutch Lady mempunyai lima (5) kali lebih DHA yang menyokong tumbesaran si manja secara menyeluruh.
Bukan itu sahaja, ianya juga mengandungi protein, zat besi, kalsium, magnesium, iodin, vitamin A, B, D dan selenium.
Harga Pasaran: Harga bermula dari RM30 bagi 350 gram, 650 gram dan 900 gram.
5) Nestle NAN Pro Rumusan Bayi

Nestle juga antara jenama yang amat popular atau famous di Malaysia. Ianya juga antara susu formula terbaik untuk si manja yang ada di pasaran!
Nestlé NAN Pro terkenal dengan kandungan probiotik yang membantu melancarkan sistem penghadaman si manja. Ia juga mengandungi DHA dan protein untuk perkembangan otak si manja.
Tambahan pula, ia juga mengandungi Bifidobacterium Lactis Probiotic yang dapat melancarkan penghadaman dan mengurangkan cirit-birit.
Susu ini sering menjadi pilihan bagi Mommy yang mencari formula yang lebih mudah diterima oleh perut si manja, dan biasanya dalam saiz sekitar 800 hingga 900 gram.
6) S26 SMA Langkah 1

Susu formula S26 ini amatlah sesuai untuk si manja yang masih pada peringkat awal tumbesaran.
S-26 SMA memberi fokus kepada perkembangan otak dan penglihatan si manja melalui kandungan DHA, lutein dan choline. Ia juga mengandungi serat larut yang membantu sistem penghadamannya menjadi lebih selesa.
Tambahan pula, ia juga mengandungi Alpha-Lactalbumin yang dapat menguatkan sistem imunisasi si manja!
Susu ini hadir dalam pelbagai saiz termasuk pilihan yang lebih besar untuk kegunaan jangka panjang.
7) Anmum™ Infacare Step 1

Selain terkenal untuk ibu yang hamil, Anmum juga mempunyai produk susu formula untuk si manja!
Anmum Infacare Step 1 penuh dengan nutrisi seperti vitamin dan mineral untuk perkembangan si manja seperti DHA, Protein, Kalsium, Zink, Nukleotida dan Vitamin A.
8) ABBOTT Similac Step 1

Similac Step 1 merupakan antara susu formula premium jika Mommy ada bajet yang lebih.
Ia diperkaya dengan DHA, lutein dan vitamin E yang membantu menyokong perkembangan otak serta penglihatan si manja.
Selain itu, ia juga menawarkan pilihan packaging seperti tin, refill pack dan sachet kecil untuk kemudahan Mommy.
9) Nestle Pre NAN Preterm Stage 1

Susu yang sangat sesuai untuk si manja yang dilahirkan pramatang.
Nestle Pre NAN Preterm Stage 1 diformulasikan khas untuk si manja pramatang yang dilahirkan kurang daripada 37 minggu atau beratnya kurang daripada 2.5kg.
Susu ini kaya dengan protein, karbohidrat serta DHA, ARA dan minyak MCT yang dapat melengkapi keperluan tumbesaran si manja anda sehingga 4kg.
10) BEBELAC Infant Milk Powder Step 1

Bebelac masih berada di pasaran walaupun kurang popular berbanding dahulu dan menawarkan nutrisi asas untuk si manja.
Susu BEBEBLAC Infant Milk Powder ini kaya dengan bahan-bahan yang bernutrisi tinggi, seperti yang disyorkan World Health Organizatioan (WHO).
Berdasarkan pendapat ibu bapa yang pernah memberikannya kepada anak mereka, susu ini membantu menyelesaikan masalah cirit-birit si manja.
11) DUPRO Soy Rumusan Khas 0-12 Bulan

Dupro Soy sesuai untuk si manja yang mempunyai alahan terhadap susu lembu atau mengalami lactose intolerance.
Ia menggunakan asas soya untuk memastikan si manja tetap mendapat nutrisi mencukupi tanpa risiko alahan.
12) ABBOT Similac Lactose Free

Susu bebas laktosa ini mengandungi DHA, Lutein, dan Vitamin E yang dapat mempercepatkan proses penghadaman si manja.
Ia juga dapat membantu mengelakkan masalah angin atau kembung perut. Tetapi Mama harus ingat ya, susu ini tidak sesuai untuk si manja yang mempunyai alergi terhadap susu lembu.
13) Frisolac Comfort 0-12 months

Susu Frisolac Comfort sesuai untuk si manja yang mengalami masalah pencernaan ringan seperti muntah, kolik, dan sembelit.
Susu formula terbaik untuk si manja ini kaya dengan Linoleic Acid dan juga carob bean gum, sejenis serat yang membantu mengurangkan ketidakselesaan tersebut.
Panduan Sebelum Berikan Susu Formula Terbaik Kepada Si Manja

Mommy perlu memastikan susu formula disediakan dengan cara yang betul supaya si manja mendapat nutrisi yang selamat dan mencukupi setiap hari.
Walaupun nampak mudah, ada beberapa perkara penting yang Mommy perlu beri perhatian ketika menyediakan dan memberikan susu formula kepada si manja.
- Elakkan memanaskan susu menggunakan microwave kerana haba yang tidak sekata boleh menyebabkan ada bahagian susu menjadi terlalu panas.
- Cara yang lebih selamat adalah dengan merendam botol susu di dalam air suam dan menguji suhu susu terlebih dahulu di belakang pergelangan tangan mama.
- Si manja yang menyusu menggunakan botol biasanya lebih mudah menelan angin, digalakkan untuk berhenti seketika bagi membantu si manja sendawa supaya mereka lebih selesa selepas menyusu.
- Jangan paksa si manja menghabiskan susu terlalu cepat kerana setiap si manja mempunyai selera dan keperluan yang berbeza.
Mommy tidak perlu terlalu risau jika tidak dapat menyusukan si manja sepenuhnya kerana kini terdapat pelbagai pilihan susu formula yang berkualiti dan sesuai untuk si manja anda.
Apa yang penting adalah memilih susu yang serasi dengan anak serta memberi perhatian terhadap keselesaan dan tumbesaran mereka dari semasa ke semasa.
Penafian: Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan panduan yang lain di SINI.



