Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Maksud-Maksud Mimpi Bersalin Dan Berkaitan Kehamilan

Sumber: Pexels

Mimpi adalah siri atau urutan gambar, idea, emosi, dan sensasi yang biasanya berlaku secara tidak sengaja dalam minda seseorang. Ia berlaku semasa tahap tidur tertentu.

Isi kandungan dan fungsi mimpi tidak difahami sesiapa dengan sepenuhnya, tetapi ia seringkala menjadi topik penting para ilmuan dan keagamaan sejak dulu lagi.

Mimpi pada dasarnya adalah cerita atau gambaran yang dihasilkan oleh minda ketika tidur. Kadang-kala ia sangat jelas, dan kadang-kala ia agak kabur.

Highlighted

Sumber: popmama.com

Mimpi boleh membuat seseorang berasa gembira, sedih, takut, atau gelisah. Ada juga mimpi yang membingungkan, dan ada pula yang berasa rasional.

Bagaimana pula jika seseorang itu mimpi bersalin? Tak kira lah kalau individu tersebut sedang mengandung atau tidak, mimpi bersalin mungkin ada maksud yang terselit!

Kalau anda membaca artikel ini kerana semalam bermimpi bersalin, tentu anda tertanya-tanya apa sebabnya kan?

Sumber: Getty Images

Apatah lagi kalau ada yang sudah berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata, tentu mimpi sebegitu rupa memberi harapan yang tinggi.

Mungkin mimpi tersebut tidak membawa apa-apa makna, tapi mungkin salah satu daripada tafsiran mimpi di bawah ini adalah jawapannya.

Apa kata kita tengok sesetengah tafsiran yang popular tersebut.

Maksud Mimpi-Mimpi Bersalin Atau Berkaitan Bersalin Dan Kehamilan

  1. Mimpi melahirkan anak: Mungkin akan mendapat khabar baik dan keuntungan.
  2. Mimpi melahirkan anak luar nikah: Mungkin akan menghadapi ujian hidup yang besar.
  3. Mimpi melihat orang lain bersalin: Anda dan orang tersebut akan berada dalam dua situasi berlainan di mana anda akan menghadapi dugaan manakala orang tersebut akan mendapat rezeki.
  4. Mimpi bersalin secara normal: Anda akan diberi peluang baru, sama ada calon pasangan baru, pekerjaan baru, pindah rumah, atau lain-lain.
  5. Mimpi melahirkan anak yang sudah lama meninggal: Anda mungkin akan kehilangan kesenangan dalam masa terdekat.
  6. Mimpi bersalin anak lelaki: Mungkin bermaksud ada seseorang yang sedang berasa iri hati atau cemburu dengan anda.
  7. Mimpi bersalin anak perempuan: Akan mendapat rezeki yang tidak disangka dan melimpah ruah.

    Sumber: Getty Images

  8. Mimpi bersalin anak perempuan kemudian meninggal: Akan mengalami kegagalan dalam cita-cita.
  9. Mimpi bersalin anak perempuan luar nikah: Ada orang sedang berasa iri hati dengan anda atau menyebarkan fitnah.
  10. Mimpi mengandung dan melahirkan anak kembar: Akan mendapat rezeki yang tidak disangka dan melimpah ruah.
  11. Mimpi diri sendiri sedang hamil: Anda akan menghadapi suatu cabaran atau dugaan dalam kehidupan harian tetapi anda dapat memikul dan mengatasinya.
  12. Mimpi diri sedang hamil (dan realitinya anda memang hamil): Anda bakal melahirkan anak dengan selamat atau bakal menerima rezeki yang tak disangka.
  13. Mimpi bertemu banyak orang hamil: Anda mungkin akan memperoleh keuntungan besar dari hasil kerja yang dilakukan.
  14. Mimpi gagal hamil: Mungkin akan menghadapi cabaran atau dugaan dari orang sekeliling yang dikenali.
  15. Mimpi mandul (khusus untuk wanita): Suatu keburukan yang sedang anda sorokkan mungkin akan terdedah dalam waktu terdekat.
  16. Mimpi isteri hamil (buat para suami): Mungkin akan memperoleh rezeki yang tidak disangka.
  17. Mimpi mengandung tapi belum bernikah: Akan mengalami dugaan, tetapi akan memperoleh kemuliaan atau rezeki jika dapat menghadapinya dengan tabah.
  18. Mimpi hamil dan bapa bayi adalah kekasih anda sekarang (belum kahwin): Orang sekitar anda atau orang yang dikenali mungkin ada niat buruk terhadap anda.
  19. Mimpi bernikah dan terus hamil: Akan mendapat kebahagiaan atau pertolongan yang diharapkan.
  20. Mimpi melihat bayi yang comel: Anda akan dipersembahkan dengan hal-hal yang menyenangkan atau mendapat jawapan positif dalam hal bercinta. Mungkin juga masalah berkaitan pekerjaan anda akan beransur pulih.

    Sumber: Getty Images

  21. Mimpi memberi bayi makan: Akan berlaku suatu pertemuan keluarga yang menggembirakan sehingga terjalin kerjasama bersama mereka.
  22. Mimpi mandikan bayi: Keluarga anda akan bahagia, damai, dan tiada perselisihan yang besar.
  23. Mimpi menyusui bayi: Bagi perempuan, mimpi ini mungkin bermaksud kekasih anda akan melamar dalam masa terdekat.
  24. Mimpi mendengar bayi menangis: Anda mungkin akan menerima berita yang mengejutkan.
  25. Mimpi menemui bayi yang dibuang: Akan memperoleh ketenteraman jiwa bersama ahli keluarga terdekat.
  26. Mimpi diberi bayi atau anak kecil dari seseorang: Akan memperoleh rezeki yang besar yang mampu memberi manfaat kepada orang lain.
  27. Mimpi mengandung lagi: Jika sudah mempunyai anak, ini mungkin petanda bahawa anda akan ada kemajuan dalam usaha atau keuntungan besar dalam urusan yang dijalankan.
  28. Mimpi hamil di pagi hari: Bakal memperoleh pekerjaan yang diinginkan.
  29. Mimpi hamil kembar tiga: Anda mungkin akan mengalami perkara yang baik dalam hidup dan memperoleh kemuliaan atau reputasi bagus.
  30. Mimpi hamil ketika tidur di waktu siang: Projek yang sedang dijalankan bakal memberi keuntungan besar melalui usaha kerja keras.
Sumber: Getty Images

Maksud-maksud mimpi di atas hanyalah tafsiran sesetengah orang berdasarkan pengalaman dan rujukan orang tua-tua.

Ia sukar untuk dipercayai 100% kerana hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui segalanya.

Kadang kala mimpi hanyalah mainan minda, dan kadang-kadang ia juga mencerminkan perasaan yang memang sudah menghantui minda kita pada siang hari.

Mungkin juga tafsiran di atas adalah tepat, tetapi kita masih perlu percaya pada Qada’ dan Qadar Allah swt.