Mommy selalu tak mimpi bayi, contohnya seperti mimpi dukung bayi ke atau sedang menyusukan bayi ataupun sedang bermain-main dengan mereka?
Kalau sekali dua, tak kisah sangatlah. Tetapi kalau setiap malam mimpi benda yang sama, mesti Mommy pun mula terfikir benda-benda negatif kan?
Tambah-tambah lagi, kalau mimpi tersebut macam real je kan? Bercakap mengenai mimpi bayi ini, untuk perkongsian kali ini kami hendak kongsikan kepada Mommy semua, adakah mimpi mendukung bayi ini hanya ada sekadar mainan tidur atau punya maksud di sebaliknya.
Jadi, bagi Mommy yang ingin tahu apakah maksud tersirat, jom ikuti perkongsian di bawah ini!
Tafsiran/Petanda Mimpi Dukung Bayi
Highlighted
Berikut merupakan petanda atau tafsiran jika Mommy bermimpi sedang mendukung bayi iaitu:
#1. Hidup Dalam Keadaan Terbeban
Siapa yang mimpi seolah olah dia mempunyai anak yang ramai maka ini merupakan tanda dirinya sedang berada dalam kegelisahan dan kesusahan. Ini adalah kerana, memiliki anak yang ramai adalah sangat sukar dalam tugas mendidik di mana anda perlu memberi sepenuh pengorbanan.
#2. Mimpi Dukung Bayi Petanda Anak Akan Meninggal Dunia
Jika anda bermimpi sedang mendukung bayi kecil tetapi secara tiba- tiba anak kecil itu menjadi besar ini merupakan petanda bahawa anak anda akan meninggal dunia.
#3. Mendapat Kekuatan atau Pertolongan
Sekiranya anda bermimpi berjumpa dengan bayi kecil berdekatan dengan pokok ini petanda bahawa anda akan mendapat sebuah kekuatan atau pertolongan.
#4. Mendapat Sebuah Kebaikan dan Kenikmatan
Siapa yang bermimpi dia mendukung anak kecil yang dia kenali dan dia melihat segala perkara berlaku dengan mudah buat bayi itu ini petanda bahawa dia akan mendapat sebuah kebaikan dan kenikmatan.
#5. Mimpi Dukung Bayi Petanda Bakal Mendapat Musibah atau Kesulitan
Jika anda melihat dan mendukung bayi yang dikenali tetapi banyak ragam dan tidak mahu beri kerjasama itu bermaksud andai dia akan mendapat musibah atau kesulitan.
#6. Mimpi Dukung Bayi Tidak Kenal Petanda Tidak Lagi Hidup Bermusuh
Kalau seandainya bayi tersebut tidak anda kenal ini merupakan petanda anda akan berdamai dengan musuh.
#7. Mendapat Hasil Dari Segala Yang Diingini Selama Ini
Bermimpi bayi yang tampan atau cantik merupakan petanda anda akan mendapat kegembiraan dan hasil dari segala yang anda inginkan selama ini.
#8. Berat Tanggungjawab
Bakal memiliki tanggungjawab yang sangat berat dan perlu mempertimbangkan kemampuan dari segi emosi dan fizikal serta rohani.
#9. Mimpi Dukung Bayi Menangis Petanda Emosi Terganggu
Seandainya anda sedang bermimpi bayi yang menangis, itu menunjukkan bahawa emosi anda berada pada tahap yang teruk dan tidak stabil.
#10. Mendapat Keberanian Luar Biasa
Jika anda sedang bermimpi dukung bayi lelaki, itu menandakan bahawa anda akan menjadi seorang yang berani dan tidak takut kepada apa jua rintangan dan halangan yang bakal mendatang kelak.
#11. Hidup Penuh Cabaran
Jika anda sedang bermimpi mendukung bayi luar nikah, ini menunjukkan bahawa anda akan menghadapi pelbagai rintangan dan ujian dalam hidup.
#12. Rezeki Bertambah
Mimpi mendukung bayi yang baharu sahaja dilahirkan menunjukkan petanda bahawa rezeki anda akan bertambah dengan banyaknya.
#13. Mimpi Dukung Bayi Akan Peroleh Keberkatan
Mimpi mendukung bayi sambil menyusukannya membawa maksud hidup anda akan mendapat keberkatan dan kebaikan.
Segala tafsiran mimpi di atas merupakan pandangan dan kepercayaan dalam masyarakat waktu zaman dahulu. Oleh itu, tidak sewajarnya kita mengambil serius mengenainya.
Selain tafsiran mimpi dukung bayi, Mommy boleh juga dapatkan tafsiran mengenai mimpi mengandung, mimpi menyusu dan mimpi bersalin.
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Fahami ilmu penjagaan diri yang lain di SINI.