Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Tafsir Mimpi Menyusukan Bayi: Petanda Baik atau Buruk?

mimpi menyusukan bayi

Sumber: Adobe Stock

Mama pernah mimpi menyusukan bayi? Ataupun Mama mungkin jarang-jarang mendapat mimpi, tapi bila bermimpi pula, pelik-pelik saja yang dimimpikan!

Apa itu mimpi sebenarnya? Untuk pengetahuan Mama, mimpi adalah kisah atau gambaran yang diciptakan oleh minda kita semasa tidur.

Ada jenis-jenis mimpi yang menghiburkan, ada yang romantik, ada yang menakutkan, dan ada juga yang tak masuk akal!

Telah bermacam-macam kajian dibuat oleh pakar tidur dan doktor psikologi tentang mimpi dan apa maksudnya, tetapi tetap menjadi misteri dalam bidang saintifik.

Walau bagaimanapun, orang dulu-dulu yang mendalami ilmu ghaib telah membuat pelbagai tafsiran tentang mimpi.

Ada yang jenis-jenis mimpi hanya simbolik sahaja atau sesuatu kejadian yang telah berlaku, dan ada pula sesetengah orang boleh bermimpi perkara yang akan berlaku! Ajaib sungguh!

Ada juga sesetengah orang yang percaya roh diri mereka mengembara semasa mereka tidur dan memori tersebut menjadi mimpi!

Highlighted

Sumber: Adobe Stock

Jadi apakah tafsirannya kalau Mama mimpi berkaitan menyusukan bayi?

Walaupun tiada bukti kukuh tentang mana-mana maksud mimpi menyusukan bayi, makna-makna berikut hanyalah untuk memuaskan perasaan ingin tahu.

Mana tahu ia mungkin menjadi kenyataan. Menarik kan?

10 Maksud/Tafsiran Mimpi Menyusukan Bayi

1. Mimpi Menyusukan Bayi Bagi Wanita Belum Bernikah atau Hamil

Jika anda yang membaca artikel ini belum bernikah atau belum hamil tetapi mendapat mimpi sebegini, mesti anda tiba-tiba rasa curiga, kan? Eh pelik betul rasanya mimpi macam tu kalau belum ada anak!

Jangan risau, itu mungkin tandanya anda akan segera bernikah dengan orang yang dikenali, kebarangkalian besar dengan calon yang sudah pun dipilih.

Ramai juga yang percaya mimpi sebegini memberi petanda bahawa seseorang ingin memulakan hubungan yang serius dengan pasangan atau sahabatnya.

Jika memang sudah berancang untuk bernikah, mungkin ini adalah masa yang baik untuk melangsungkannya.

2. Mimpi Menyusui Bayi Bagi Wanita Yang Sudah Bernikah

Dikatakan jika seseorang wanita yang sudah bernikah bermimpi dirinya menyusukan bayi, ia membawa maksud kesejahteraan dan kedamaian dalam kehidupannya.

Lega dengar tafsiran macam ini, betul tak Mama?

Mimpi ini juga mungkin bererti Mama akan memiliki kehidupan yang sejahtera dan damai dengan pasangannya.

Ini adalah kerana dipercayai mimpi menyusukan bayi bagi wanita yang sudah bernikah melambangkan keharmonian rumah tangga dan cinta yang abadi terhadap suaminya.

3. Mimpi Menyusukan Bukan Bayi Sendiri atau Bayi Milik Ibu Lain

Walaupun dalam realiti tidak ramai ibu menyusu menyusukan bayi lain, ia masih boleh berlaku dalam mimpi seseorang, jadi Mama jangan terkejut pula kalau tidak tahu tentang konsep ini.

Mimpi sebegini mungkin boleh membimbangkan tetapi ia membawa maksud yang istimewa sebenarnya.

Mimpi ini mungkin membawa maksud Mama akan memikul tanggungjawab yang besar dalam masa terdekat. Iyelah, menyusukan sama ada anak sendiri atau anak orang lain kan merupakan satu tanggungjawab juga!

Tanggungjawab tersebut mungkin berkaitan dengan pekerjaan atau perniagaan, ataupun urusan keluarga. Apa-apa tanggungjawab yang sedang Mama pikul, ia mungkin berkaitan dengannya.

Akan tetapi untuk urusan keluarga, ia juga mungkin bermakna anda sedang berasa bimbang tentang seseorang ahli keluarga dan cenderung untuk memikul tanggungjawab besar untuk menjaganya.

Sumber: Getty Images

4. Mimpi Melihat Diri Sendiri Sedang Menyusukan Bayi

Ada sesetengah orang bermimpi dari sudut pandangan diri sendiri, dan ada juga yang bermimpi melihat diri sendiri dari jauh.

Jika Mama mengalami mimpi melihat diri Mama sendiri sedang menyusukan bayi, ia mungkin menjadi petanda baik!

Ini kerana ia membawa maksud pekerjaan yang dilakukan akan membuahkan hasil dan memberi keuntungan. Satu lagi tafsiran yang melegakan!

5. Mimpi Orang Lain Menyusukan Bayi

Jika Mama mendapat mimpi orang lain yang sedang menyusukan bayi, ini bererti mama perlu berwaspada dengan orang yang dikenali itu!

Ia boleh merangkumi sama ada kenalan rapat atau sesiapa yang mungkin mengenali Mama.

Ini kerana mimpi ini mungkin membawa maksud orang tersebut akan mengkhianati atau mengecewakan Mama. Mimpi seperti ini juga memberi petanda kecemburuan atau pengkhianatan dalam hubungan cinta.

Mungkin Mama sudah ada perasaan curiga yang diterjemahkan dalam mimpi sebegini. Tapi kalau tiada bukti kukuh, tidak digalakkan menggunakan alasan tafsiran mimpi untuk mempercetuskan apa-apa perbalahan ya!

6. Perempuan Sakit Bermimpi Sedang Menyusukan Bayi

Jika seseorang perempuan yang sedang sakit mendapat mimpi sedang menyusukan bayi, itu mungkin petanda dia akan segera sembuh dari penyakitnya.

Tafsiran ini tentu melegakan seseorang yang sedang sakit, tetapi jangan harapkan pada mimpi sahaja untuk betul-betul sembuh, ya!

Amalkan pemakanan yang sihat dan pastikan ubat diambil untuk membantu penyembuhan penyakit tersebut.

7. Wanita Hamil Bermimpi Menyusukan Bayi

Sumber: Adobe Stock

Jika Mama sedang hamil dan mendapat mimpi seperti ini, itu mungkin petanda Mommy akan dapat keuntungan bersalin cepat dan mudah.

Ia juga mungkin mencerminkan perasaan gembira dan teruja Mama sendiri kerana tak sabar untuk mendakap bayi dan menyusukannya.

Yang pasti, amalkan pemakanan yang sihat dan buat senaman pranatal yang ringan dan mencukupi untuk proses bersalin yang senang.

8. Mimpi Menyusukan Bayi Lelaki

Jika Mama bermimpi menyusukan bayi lelaki, ini mungkin menjadi petanda bahawa Mama akan mendapat rezeki daripada seseorang yang tidak diduga atas sebab kepercayaannya atau jasa Mama terhadapnya.

Manis sungguh kalau tafsiran ini menjadi kenyataan, kan? Agak-agak siapa Mama kenal yang mungkin akan muncul itu?

9. Mimpi Menyusukan Bayi Perempuan

Jika Mama bermimpi menyusukan bayi perempuan pula, Mama dikatakan akan mendapat rezeki kerana keluarga, rakan-rakan, atau sesiapa sahaja yang dikenali menyayangi dan menghargai Mama.

Hampir sama dengan maksud mimpi menyusukan bayi lelaki tadi, betul tak? Maklumlah, menyusukan anak sendiri memang sudah pun rasa seperti suatu berkat yang amat besar nilainya.

10. Mimpi Menyusu Di Sebelah Kanan Atau Kiri

Jika Mama bermimpi menyusukan bayi di sebelah kanan, ini bererti Mama akan mendapat rezeki yang halal.

Manakala jika bermimpi sebaliknya pula, iaitu sebelah kiri, ia mungkin bererti Mama akan mendapat rezeki yang haram.

Sumber: Getty Images

Senarai tafsiran mimpi di atas hanyalah sebagai rujukan sahaja. Ada sesetengah mungkin tepat dari segi tafsirannya, dan mungkin juga ia hanya sekadar mimpi.

Ini adalah kerana pada kebanyakan masanya, mimpi mewakili keinginan atau kehendak seseorang yang tidak disedari, ataupun penggabungan dan pemprosesan maklumat yang dikumpul pada siang hari.

Terbawa-bawa pula hingga tidur!

Jika Mama mempunyai masalah gangguan tidur, lebih baik jika mendapatkan nasihat dari doktor pakar psikologi kerana ia mungkin ada penyebab-penyebab emosi lain yang perlu di atasi.

Kalau Mama jenis kerap mendapat mimpi, Mama mungkin ingin tahu maksud mimpi bersalin dan berkaitan kehamilan dan juga tafsir dan makna mimpi mengandung pula kan?

Untuk mengurangkan minda yang terlalu aktif mendapat banyak mimpi pula, Mama mungkin perlu elakkan daripada bersenam atau makan terlalu lewat!

Amalkan juga pemakanan yang sihat, terutamanya semasa hamil untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan mencukupi.

Semoga bermanfaat.