Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Nak ‘Wow’ Kan Tetamu Mommy? Cuba Masak Kek Ni! Resepi Yogurt Ber-berry Buttercake

Hidangan yang menarik selalu mendapat perhatian daripada kawan-kawan dan juga tetamu. Kali ni jika Mommy ada potluck ke dengan jiran-jiran, jom la try resepi ni!

Dia sejenis buttercake sahaja, tapi elevate kepada strawberry filling yang boleh menaikkan lagi rasa dan selera anak-anak dan juga tetamu Mommy. Sesuai untuk diajarkan juga pada anak Mommy. Confirm akan jadi viral!

Jom tengok resepi di bawah.

Print

Yogurt Berberry Buttercake

Equipment

  • Oven
  • Mixer

Ingredients

Bahan A

  • 220 gm tepung superfine
  • 190 gm gula castor
  • 125 gm natural yogurt/berrys yogurt
  • 1 sudu besar ovallet (wajib)
  • 50 ml susu cair
  • 1 sudu teh creamy Vanilla (wajib creamy vanilla)
  • 5 biji Telor gred B

Bahan B

  • 150 gm butter (cairkan)
  • 1 cup blueberry
  • 5 sudu besar strawberry filling

Instructions

  • Satukan bahan A dan pukul sehingga kembang putih mengental (jangan terlalu lama pukul) speed paling laju.
  • Setelah kembang tuang Bahan B dan kaup-kaup sekejap sahaja (10 kaup) kaup lembut-lembut.
  • Masukan filling beribiru dan strawberi dan kaup (20 kaup).

Cara Bakar

  • Tuang adunan dalam loyang 8inci, lapik dengan baking paper.
  • Bakar rak bawah sekali (wajib!)
  • Suhu 150-160 darjah selsius selama 1 jam (bergantung pada oven masing-masing) api on atas bawah.
  • Sejukan dahulu dan boleh dihidangkan.

Cara Simpan

  • Balut kek dengan plastik wrap.
  • Simpan dalam peti sejuk dan tahan seminggu.

Notes

Kredit: Dapur Tiyah

 

Tips Buat Kek Butter Terpaling Sedap

Kredit gambar: Shutterstock

Memang senang sahaja buat kek butter ni, tapi kalau Mommy nak tambah lagi sedap tu boleh ikuti tips ini untuk pastikan kek butter sedap sampai orang makan non-stop!

  • Gunakan mentega yang berkualiti tinggi.
  • Untuk buat adunan kek, gunakan mesin pengadun atau pengadun tangan.
  • Pastikan Mommy ayak tepung untuk adunan kek jadi licin.
  • Gunakan yogurt berbanding susu sebab kek akan jadi lebih lembut, gebu dan lembap.
  • Untuk mengelakkan bahagian atas kek menjadi hitam atau perang, tutup separuh bahagian sambil bakar dengan kepingan aluminium foil. JANGAN TUTUP apabila kek masuk ke dalam oven kalau tak nanti dia tak naik dengan betul.
  • Bila tutup bahagian atas ke tu, pastikan adunan kek tidak melekat dengan aluminium foil.
  • Tambahkan 2 sudu mentega untuk kek lebih rasa mentega dan lembut.

Senang je kan Mommy? Lepas ni boleh la Mommy impress tetamu-tetamu dengan resepi yang mudah dan lazat ni! Jangan lupa cuba tips di atas. Selamat mencuba~


Inginkan lebih banyak resepi untuk dicuba? Klik DI SINI.