Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Khas untuk Mommy Selepas Bersalin! Pakar Sakit Puan Kongsikan Cara Berpantang Yang Betul

Mesti Mommy banyak persoalan tentang pantang kan? Banyak mitos-mitos seperti tidak boleh minum air sejuk, tidak boleh minum air banyak-banyak, hadkan makanan, tidak boleh bersenam, dan banyak lagi!

Banyak sangat mitos sampai Mommy pun pening nak ikut mana satu, kan?

Bukan Mommy sorang je, ayah pun perlu tahu mengenai kepentingan berpantang dan cara berpantang yang betul tau! Baru lah jadi suami yang prihatin dan bertanggungjawab!

Don’t worry! Pakar Sakit Puan, Dr Muhammad Izzat ada panduan yang lengkap mengenai cara berpantang yang betul, yang sering menjadi persoalan ibu-ibu selepas bersalin.

Jom kita baca terlebih dahulu~

Senarai Berpantang Dengan Cara Yang Benar

Macam mana cara berpantang yang betul selepas bersalin? Follow thread ini:

1) Pantang merokok. Berhenti merokok. Suami berhenti merokok. Semua yang merokok dalam umah tu suruh berhenti rokok

2) Pantang makanan yang ibu allergik. Kalau tak ada allergik, makan macam biasa. Makan secara sihat dan pilih makanan berkhasiat.

Highlighted


3) Pantang limit air – minum air mencukupi, air panas air sejuk air suam. Minum je, takde masalah. Segala air yg masuk dalam dan ibu akan bertukar ikut suhu badan ibu. Ibu minum air sejuk, tak tukar susu badan jadi ice blended pun. Jangan risau

4) Pantang makan berlebihan, Pantang makan terlalu banyak garam, Pantang makan atau minum manis-manis. Pantang makan makanan berproses, Pantang makan junk food. Untuk seumur hidup, bukan 44 hari, 100 hari atau 1000 hari.

5) Pantang makan ubat/produk kurus. Nak kurus cepat – Susu badan!

6) Pantang bersama dgn suami. Tunggu darah nifas kering dulu. Harap bersabar.

7) Pantang menyentuh luka jahitan tanpa cuci tangan. Nak luka cepat sembuh, ikut cakap doktor dan cakap misi (jururawat). Makcik bawang suruh sapu manjakani, kunyit, serbuk cili ke apa, abaikan.

8) Pantang tidak menjaga kebersihan diri. Da kenapa tak mandi masa berpantang? Hobi eh?

9) Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. Nak pakai kain atau seluar ke tkde masalah. Memana ibu suka dan selesa. Nak pakai seluar pun dipandang semacam berdosa besar.

10) Pantang merawat diri sendiri jika ada masalah: darah nifas banyak, sakit perut yang teruk, demam, buah dada bengkak, nifas berbau busuk, rasa nak pitam— semua jumpa doktor. Jangan tanya kat facebook atau Twitter nak buat apa. Yang acah-acah jadi doktor pun kena jauhi.

11) Pantang tidak berjalan dan baring memanjang. Lagi banyak berjalan, lagi aktif, lagi cepat ibu pulih. Risiko darah beku (thrombosis) pun kurang.

12) Pantang dari biarkan orang ramai sepupu sepapat datang rumah. Bagi peluang ibu nak berehat. Nak susukan baby pun susah orang tak putus-putus datang.

13) Pantang beli produk-produk yang anda tidak mengetahui bahan kandungannya atau kesan sampingannya. Tak perlu makan jamu.

14) Pantang bagi baby makanan atau minuman melainkan susu ibu atau susu formula khas untuk baby atau ubat yang dinasihatkan oleh doktor. Susu ibu makanan terbaik untuk baby. Lepas 6 bulan da boleh start makanan pejal.

15) Pantang memberikan tekanan perasaan pada ibu dengan memaksa ibu berpantang dan elakkan makanan-makanan berkhasiat seperti pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang baik untuk kesihatan.

16) Paling penting, pantang dari menyakitkan perasaan ibu dengan mengecam segala perbuatan dan kehendak ibu.

“Apa dia nak buat, kita support. Apa dia nak makan, biarkan dia makan. Ibu perlu happy ketika berpantang. Jangan takutkan ibu dengan segala macam benda yang tak berasas.”

Berpantang bukan tempoh seksaan untuk ibu. Ada jeee yang tak kena, tak suka eh tengok Ibu-ibu ni happy?

Banyak info tentang berpantang dan mitos-mitos terjawab daripada Dr Izzat.

Berdasarkan perkongsian Dr Izzat di atas, encik suami dan orang sekeliling pun berperanan dalam cara berpantang yang betul ni.

Suami harus menjaga dan memberi sokongan kepada isteri sejak bermula kehamilan sehingga selepas proses kelahiran – berpantang, membesarkan anak-anak dan sebagainya.

“Ketika ini peranan suami bermula. Mereka perlu sentiasa mengambil berat mengenai isteri supaya wanita merasa dihargai, sekali gus membantu memberi impak positif kepada emosi mereka” Syed Hussien Syed Mustafa