Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Penyusuan Badan: 5 Resepi Sup & Pencuci Mulut untuk Banyakkan Susu Ibu

penyusuan badan

Penyusuan badan adalah satu proses yang memerlukan tenaga dan nutrisi yang mencukupi untuk memastikan bekalan susu Mommy berada pada tahap optimum. Namun, tidak semua Mommy berjaya menghasilkan susu dalam kuantiti yang tinggi, terutama bagi Mommy yang pertama kali melaluinya.

Bagi Mommy yang ingin menambah bekalan susu untuk si manja, terdapat beberapa resepi sihat yang boleh dicuba.

Resepi-resepi ini menggunakan bahan utama seperti halba, biji rami, dan Brewer’s Yis, yang dikenali sebagai galactagogues.

Galactagogues adalah suplemen semula jadi yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Selain itu, resepi ini mudah disediakan dan menepati cita rasa Mommy. Jom lihat resepi-resepinya!

5 Resepi untuk Tingkatkan Penyusuan Badan yang Terbaik 

Print

Sup Ikan dengan Betik

Course Sup
Cuisine Melayu
Keyword Penyusuan Badan

Ingredients

  • 4 ekor ikan gelama
  • 1 buah betik bersaiz sederhana
  • Halia
  • 5 biji kerang kering
  • 3 biji kurma
  • 1 sudu besar garam
  • Minyak masak
  • Air

Instructions

  • Bersihkan ikan dan sapukan sedikit garam.
  • Kupas dan potong betik menjadi kiub kecil.
  • Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan sehingga masak.
  • Masukkan ikan ke dalam periuk bersama air dan biarkan mendidih.
  • Tambahkan betik, halia, kerang kering, dan kurma.
  • Rebus selama sekurang-kurangnya satu jam sebelum dihidangkan.
Print

Sup Halba

Course Sup
Cuisine Asia
Keyword Penyusuan Badan

Ingredients

  • 1 cawan daun halba segar
  • 1/2 bawang besar dihiris halus
  • 1 biji tomato segar
  • 3 hingga 4 ulas bawang putih dikisar
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • Garam dan lada sulah

Instructions

  • Bersihkan daun halba dengan teliti.
  • Panaskan minyak bijan, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  • Masukkan daun halba dan tumis hingga layu.
  • Tambahkan air, garam, dan lada sulah, kemudian reneh selama 15 minit.
  • Hidangkan bersama nasi putih untuk hidangan lengkap.

 

Print

Bobbies Bites

Course Snek
Cuisine Asia
Keyword Penyusuan Badan

Ingredients

  • 1 cawan oatmeal
  • 1/2 cawan mentega kacang
  • 1/2 cawan biji rami
  • 1 cawan kelapa kisar
  • 1/3 cawan madu
  • 1/2 sudu kecil yis
  • 1 sudu besar vanila
  • 1/2 cawan cip coklat mini

Instructions

  • Campurkan bahan kering seperti oatmeal, kelapa, cip coklat mini, yis, dan biji rami dalam mangkuk.
  • Masukkan mentega kacang, madu, dan vanila. Gaul rata.
  • Sejukkan campuran selama sekurang-kurangnya satu jam.
  • Bentukkan campuran menjadi bebola kecil sebelum dinikmati.

 

Print

Muffin Malungai

Course Snek
Cuisine Lain-lain
Keyword Penyusuan Badan

Ingredients

  • 1/2 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung serba guna
  • 3 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar vanila
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar serbuk daun Moringa

Instructions

  • Ayak tepung serba guna, serbuk penaik, dan garam. Ketepikan.
  • Pukul mentega, gula, dan telur sehingga sebati.
  • Campurkan vanila, susu, dan serbuk daun Moringa, kemudian masukkan ke dalam campuran tepung.
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin.
  • Bakar pada suhu 200°C selama 25 minit.

 

Print

Oat, Delima, dan Coklat Hitam

Course Snek
Cuisine Asia
Keyword Penyusuan Badan

Ingredients

  • 120 gram oat gulung
  • 120 gram buah delima
  • 1/2 cawan susu oat
  • 1 sudu kecil cip coklat gelap

Instructions

  • Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk.
  • Tutup dan sejukkan seketika.
  • Tambahkan susu oat untuk rasa lebih berkrim sebelum dihidangkan.

Penyusuan badan adalah perjalanan yang penuh cabaran tetapi juga penuh ganjaran.

Dengan resepi-resepi yang telah disebutkan di atas, Mommy dapat membantu meningkatkan bekalan susu ibu secara semulajadi dengan menggunakan bahan-bahan tempatan yang mudah didapati.

Bukan itu sahaja, semua resepi-resepi yang telah dikongsikan ini juga sangat sedap dan mudah untuk disediakan.

Sesuai untuk Mommy-Mommy yang sibuk dengan tugasan harian.

Semoga dengan adanya resepi ini, Mommy tidak lagi berdepan dengan masalah susu badan kurang!

Jika Mommy dan Daddy inginkan lebih maklumat berkenaan dengan parenting atau penjagaan bayi, jangan risau.

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!

Artikel telah diolah daripada Story Motherhood (English).


Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai tips penjagaan dalam pantang dengan rujuk panduan di SINI!