Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Risaunya! Jom Tengok 12 Sebab Period Mommy Lambat

sebab period lambat

Kredit gambar: istockphoto

Sebagai seorang wanita, haid memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Motherhood faham sangat, sebelum, semasa dan selepas period tu. Kita akan mengalami beberapa simptom, sakit dan perubahan pada badan.

Senang cerita, dalam sebulan tu, sistem biologi wanita ni memang dipengaruhi oleh cycle period.

12 Sebab Period Mommy Lambat

Bila period datang lambat, macam-macam perubahan yang akan kita rasa. Apakah faktor yang menyebabkan period Mommy lambat ni?

#1. Kurang berat badan

Apabila lemak badan kurang dari yang sepatutnya, ovulasi Mommy boleh terganggu.

#2. Stress

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Dalam perkongsian oleh Healthline, stress atau tekanan boleh mempengaruhi kitaran haid Mommy tau. Ia akan menganggu hormon dan perubahan berat badan Mommy yang seterusnya akan menyebabkan period Mommy lambat.

#3. Obesiti

Yang lebih merisaukan daripada kurang berat badan adalah, berat badan yang berlebihan. Berat badan yang berlebihan ni akan menyebabkan badan Mommy mengeluarkan hormon estrogen yang banyak.

Ini kemudiannya akan menganggu kitaran normal period Mommy.

#4. PCOS

Kredit gambar: istockphoto

Faktor ini memang selalu kita dengar kan? Wanita yang menghidapi penyakit Polycystic ovary syndrome (PCOS) akan menghasilkan hormon lelaki lebih banyak dan ini akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan Mommy.

Disebabkan itu, ovulasi Mommy akan terganggu atau dalam banyak kes juga, terhenti terus. Untuk Mommy yang diuji dengan PCOS, sentiasalah mendapatkan rawatan dan bimbingan dari doktor ya?

#5. Penggunaan pil perancang

Pil perancang ni, fungsinya adalah untuk menghentikan pengeluaran telur yang boleh menyebabkan Mommy mengandung apabila berlakunya persenyawaan.

Jadi dengan penggunaan pil hormon sebegini, sistem badan Mommy mungkin akan mengalami perubahan dan mengubah kitaran period Mommy.

#6. Masalah thyroid

Kredit gambar: istockphoto

Thyroid lah yang berfungsi untuk mengawal metabolisma dalam badan Mommy. Apabila ia tidak berfungsi dengan optimum, hormon dalam badan Mommy juga boleh turut terganggu.

#7. Penyakit kronik

Penyakit kronik seperti penyakit kencing manis juga turut boleh menjadi penyebab period Mommy lambat.

#8. Penyusuan badan

Selepas kelahiran si comel, perubahan hormon yang terjadi pada badan Mommy dalam tempoh menyusu badan boleh mengganggu dan melambatkan period Mommy.

#9. Senaman berat

Kredit gambar: istockphoto

Mommy mungkin akan perasan, apabila Mommy melakukan senaman yang berat berbanding biasa, kitaran haid Mommy agak terganggu.

Ini kerana senaman yang berat akan mengurangkan paras hormon estrogen dalam badan yang seterusnya akan mengganggu period Mommy.

#10. Perubahan waktu tidur

Selain itu, perubahan pada waktu tidur dan biological clock Mommy pun boleh menjadi faktor ya.

#11. Menopause

Apabila menghampiri menopause, tak pelik ya jika period Mommy tidak teratur. Hormon estrogen makin berkurang dan menyebabkan period Mommy turut terjejas.

#12. Mengandung di luar rahim

Kredit gambar: istockphoto

Dalam sesetengah kes, faktornya adalah lebih serius. Jika diperiksa dengan pregnancy kit, Mommy mungkin akan dapati yang Mommy tidak mengandung.

Tetapi, period Mommy pun tak datang-datang lagi. Ini adalah antara tanda jika Mommy mengandung di luar rahim ya. Wajib dapatkan rawatan terus tau!

Jika period lambat dan perubahan yang ketara, terus berjumpa doktor ya!

Sistem biologi badan wanita ni memang unik. Boleh berubah-ubah berdasarkan bermacam faktor. Jika Mommy perasan perubahan yang serius seperti sakit perut yang melampau ke, dapatkan terus rawatan di klinik yang berdekatan ya?