Ibu, Bayi & Kanak Kanak

6 Perkara Penting Suami Kena ‘Take Note’ Semasa Isteri Bersalin

Tanggungjawab dan sokongan seorang suami ketika isteri bersalin bukan hal yang remeh!

Ibu yang baru lepas bersalin ni sangat sensitif kerana mengalami beberapa perubahan hormon dan masih menyesuaikan diri dalam dunia keibuaan.

Ketika ini, suami perlu memainkan peranan dengan sebaiknya agar dapat meringkan beban isteri dan turut membantu dalam menguruskan bayi.

6 Perkara Penting Suami Kena ‘Take Note’ Semasa Isteri Bersalin

1. Sediakan Keperluan Isteri Semasa Berpantang

Disarankan untuk anda menyediakan confinement lady (CL) semasa isteri berpantang bagi memastikan penjagaan isteri dan bayi terurus.

Highlighted


2. Bergili-gilir Menjaga Bayi Pada Waktu Malam 

Tolong berjaga malam, bergilir dengan isteri berjaga. Bila isteri dah siap menyusu anak, suami ambil alih untuk tidurkan anak pula.

3. Menolong Isteri Menjaga Bayi 

Tunjukkan effort sikit sebagai seorang ayah seperti  tolong basuhkan pam selepas isteri pump susu dan tukar diaper si kecil waktu malam.

4. Pastikan Anda Tahu Apa Yang Isteri Mahukan 

Ibu akan mengalami emosi yang tidak stabil semasa berpantang, terutama 3 bulan pertama kerana masih menyesuaikan siri dengan rutin harian yang baru.

Peranan suami hendaklan sentiasa sabar dan memahami si isteri supaya dapat menjalani tugas keibubapaan dengan baik.

5. Menghargai Pengorbanan Isteri 

Berikan ucapan terima kasih sebab melahirkan anak. Peluk dan cium isteri atas segala pengorbanan dia untuk melahirkan anak anda.

6. Berada di Sisi Isteri 

Selain itu, sebagai seorang suami dan ayah, Daddy juga harus banyak luangkan masa dengan isteri anda semasa dalam pantang. Isteri memerlukan perhatian yang secukupnya dan utamakan keluarga terlebih dahulu.

Semoga tips dan perkongsian ini dapat membantu bakal-bakal ayah agar lebih bersedia.


Dapatkan lebih banyak tips dan artikel yang menarik di SINI.