Ramai ibu diluar sana menggunakan botol untuk menyusu bayi mereka. Mungkin susu formula adalah pilihan terbaik untuk mereka. Mungkin mereka pernah untuk memberi susu badan tetapi tak boleh untuk melakukannya. Mungkin ia bukanlah satu hal penting bagi sesiapa. Tetapi ia bukanlah bererti orang diluar sana akan berhenti bercakap mengenainya.
Seperti ibu yang menyusu badan yang tahan dengan segala tomahan dari pihak luar, ibu yang menggunakan botol untuk menyusu juga mendapat perkara yang sama. Anda mungkin terkejut dengan apa yang boleh mereka lemparkan pada ibu-ibu yang baru hendak mencuba untuk menyusu bayi mereka. Seorang ibu Marci M. berkata dalam satu ayat. “Saya menyusu anak saya menggunakan botol. Mereka sangat kasar dalan berbicara.”
Tidak patut untuk anda berkata begitu
Mariana O. tahu tentang semuanya. Dia berusaha untuk mengasuh dan tidak memerlukan apa-apa dari pihak luar. Tetapi dia masih mendapat kritikan. Dia memberitahu kami, “Saya menyusu menggunakan botol kerana bayinya tidak betah dengan susu badan dan seseorang berkata, ‘Bagaimana jika anda berada di sebuah pulau dan tidak boleh mendapatkan susu formula?’ Saya membalas ‘dan bayi saya akan mati kelaparan.’ Ia adalah satu balasan yang tepat.”
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Jessica R. menyusu menggunakan botol kerana isu penyusuan. Dia mengepam selama 10 bulan dan menambahkannya dengan formula. Dia juga mendapat kritikan— tetapi bukan daripada orang luar. “Semasa duduk di meja kerja (bayi bersama saya sepanjang hari) menyusukannya dengan botol terakhir dari susu badan saya, perasaan bersalah tentang semuanya, apabila seorang pekerja yang sibuk dan bising ini mengatakan, ‘Awak patut untuk memberinya susu badan; ia adalah yang terbaik untuknya.’ Mengingatkan pada saat ini, bayi ini sudah menjangkau 10 bulan jadi nasihatnya adalah sangat lewat,” dia berkata.
Adakah pekerja itu berhenti disitu? Sudah tentu tidak. “Dia bercerita tentang cerita kegemarannya tentang bagaimana, apabila semasa dia muda, dia menpunyait terlalu banyak susu untuk menyusu kepada seorang anaknya, tetapi untuk anak-anak 2 wanita lain di kampungnya. Saya pasti mereka menghargainya seperti saya.” Kata Jessica.
Lea F. juga tidak ada ruang dalam hidupnya untuk ibu yang suka mengritik. “Saya berada di perjumpaan bersama dengan seorang ibu yang mengambil seorang bayi dari China. Semasa dia menyusu bayinya dengan botol, saya terdengar seorang ibu lain memberitahunya, “Jika anda mempunyai anak sendiri, ia bagus untuk menyusu badan.’ Kami berdua mengemas dan berlalu pergi.”
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Berita Penting: Ibu yang menggunakan botol juga mahukan anak yang sihat!
Terdapat pelbagai kritikan yang memalukan tentang memberikan bayi mereka susu formula. Implikasi tentang mereka yang tidak mahukan anak yang pintar dan sihat adalah satu kenyataan yang merepek. Catherine M. mendapat satu mesej dari seorang ibu yang mengatakan, “Saya bermaksud, ia amat memalukan, kerana susu badan sangat banyak khasiatnya dalam hidup.”
Issa D. memberitahu, “Saya tidak sepatutnya mempunyai anak kerana saya tidak menyayangi mereka secukupnya. Ia amat menyedihkan kerana kebodohan, memiliki anak yang obese.”
Ibu tunggal Becky S. mengatakan seseorang memberitahunya, “Oooh, awak tidak menyusu badan? Tak pernah? Oh. OK. Saya pasti dia akan baik-baik saja.”
Julie B. mendapat kritikan juga. “Anda fikir mungkin bayi anda mempunyai masalah reflux kerana anda tidak memberinya susu badan?” seseorang bertanya.
Tessa C. terpaksa memberikan bayinya susu botol kerana bayinya mempunyai masalah laktos dan memerlukan susu soya. “Saya diberitahu apa yang saya lakukan ini adalah tidak patut, dan mereka tidak ditakdirkan begitu. Dan hmmmm. Alternatifnya ialah 12 bulan yang terseksa dan bayi yang sakit. Saya tidak berfikir begitu.”
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Rakan anda juga boleh mengkritik anda
Orang luar boleh menjadi kejam, tetapi kadangkala, rakan anda juga boleh menjadi lebih dai itu.
Leah M. tidak boleh memberi susu badan kerana masalah kesihatan. Dan dia terdengar semuanya. “Dia akan merosot di sekolah’ (IQ yang rendah /tidak pandai). ‘Dia akan terkena alergik.’ ‘Dia akan mendapat infeksi di telinga.’ ‘Dia akan terkena penyakit; bagaimana awak boleh mengatakan bayi anda tentang perkara tersebut?’ ‘Dia tidak berhubung dengan awak.’ Kenyataan itu amat mengjengkelkan. ‘Anda akan terseksa dengan tekanan postpartum jika anda tidak memberikan susu badan.’ Komen-komen tersebut adalah dari rakan karib dan teman sepejabat — dan saya bekerja di hospital!
Cherie W. tidak mempunyai susu badan yang cukup dan bayinya mula susut. Dia berkara, “Saya mula memberikan susu formula atas arahan doctor, dan rakan saya masih menentangnya. ‘Apabila dia mula mendapat susu botol, dia tidak akan minum susu badan awak lagi.’ Saya mengambil risiko daripada membiarkan bayi saya kelaparan.
Rasa bersalah seorang ibu
Beth B. mencuba semua yang dia mampu untuk menghasilkan lebih banyak susu badan untuk kembarnya. Tetapi apabila mereka mencapai 3 minggu, dia perlu menambahkan dengan susu formula. Tetapi dia menghadapi masalah. “Salah satu dari kembar tersebut muntah setiap kali memberikannya susu formula — jadi saya membuat keputusan yang teruk dengan memberikan susu badan kepadanya sahaja — dan seorang lagi dengan susu formula. Saya seperti ibu-ibu baru yang lain, khuatir jika anak saya akan sakit jika diberi susu formula. Ibu-ibu lain juga kerap memberitahu, “Bayi memerlukan susu badan selama 6 bulan atau jika mereka tidak mendaptkannya mereka akan terkena alergik.”
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Jadi, apakah yang terjadi?
“Kedua kembar itu sihat! Terlalu banyak informasi yang salah diluar sana. Kembar yang diberikan susu formula (selepas 3 minggu pertama) tidak mendapat sebarang alergik, tetapi kembar yang mendapat susu badan tersebut yang mempunyai alergik.”
Kenyataanya, ibu-ibu membuat apa sahaja yang mereka mampu untuk menjada zuriat mereka. Jadi, jika anda melihat ibu yang memberikan susu botol atau susu badan atau dia sedang makan 3 coklat croissarits kerana dia lapar dan penat, jangan hairan atau melemparkan sebarang amaran atau pendapat. Senyum dan berkatalah, “Tahniah di atas bayi comel anda!”
Artikel ini dipetik dari CrazyComments