Pastinya seronok apabila dapat pergi bercuti, lebih-lebih lagi dapat melancong ke luar negara atau tempat yang menarik dan indah dengan menaiki pesawat.
Adakah ibu yang hamil boleh untuk naik kapal terbang apatah lagi ke duduk dengan jangka masa yang lama?
Menurut pakar, adalah selamat untuk ibu mengandung yang sihat untuk menaiki kapal terbang sehingga minggu kehamilan ke 36 dan minggu ke 32 untuk ibu mengandung bayi kembar.
Waktu paling sesuai untuk ibu mengandung menaiki kapal terbang ialah sewaktu trimester kedua. Ketika ini, badan lebih bertenaga dan kekerapan untuk muntah juga berkurang. Hormon dan emosi yang lebih stabil pada waktu itu juga akan membuatkan badan lebih selesa untuk berjalan jauh.
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira sekiranya ibu mengandung mahu menaiki kapal terbang. Antaranya ialah kemudahan yang ada di destinasi yang dituju, faktor keselamatan, serta usia kehamilan ketika penerbangan.
5 Persediaan Sebelum Naik Kapal Terbang Semasa Hamil
1. Sediakan dokumen penting
Highlighted
Bagi ibu mengandung mencapai 28 minggu, sediakan surat doktor untuk rujukan staf penerbangan. Surat doktor ini dapat mengesahkan due date, tahap kesihatan tubuh badan, dan anda tidak berisiko beranak pada waktu terdekat.
Jangan lupa untuk baca terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan buat rujukan sebelum membeli tiket penerbangan.
2. Pilih tempat duduk yang selesa
Jika Mommy mampu, pilihlah tempat duduk ‘business class’ untuk lebih keselesaan ketika dalam perjalanan.
Jika tidak, upgrade tempat duduk biasa dengan menambah sedikit daripada jumlah tambang untuk mendapatkan tempat duduk yang lebih sesuai.
Kalau boleh pilihlah tempat duduk pada lorong laluan supaya mudah untuk ke tandas dan berdiri untuk regangan.
3. Pilih pakaian yang selesa ketika naik kapal terbang ketika mengandung
Gunakan pakaian berlapis paling selesa dan mudah untuk ditanggal jika panas. Pakai juga kasut paling selesa kerana anda akan banyak berjalan di lapangan terbang nanti.
Anda juga boleh mendapatkan sarung kaki jenis ‘compressor’ untuk memastikan peredaran darah lancar ketika terbang.
Jika kaki mula menunjukkan tanda-tanda bengkak dan kemerahan terutamanya di bahagian bawah belakang kaki, dapatkan rawatan segera. Perkara ini mungkin disebabkan oleh pembentukan darah beku pada kaki.
4. Berhati-hati dengan kapal terbang kecil
Menaiki kapal terbang tidak akan memberi kesan kepada anda dan bayi. Namun begitu, elakkan kapal terbang kecil yang tidak mempunyai tekanan kabin.
Ketika di udara, tekanan menjadi semakin tinggi dan oksigen berkurangan. Hal ini kerana tanpa tekanan kabin, badan perlu bekerja lebih keras daripada biasa untuk membekalkan oksigen untuk anda dan kandungan.
5. Buat senaman regangan dalam kapal terbang
Duduk berjam-jam akan membuatkan kaki mudah bengkak dan kejang. Bangun dan jalan sebentar setiap jam. Lancarkan peredaran darah dengan lakukan regangan ringan.
Dalam keadaan duduk atau berdiri, lakukan regangan dengan mengerakkan jari kaki, regangkan kaki dan betis serta buku lali. Regangkan juga bahagian bahu serta leher.
Kesan Radiasi Dan Sebagainya Untuk Ibu Hamil Semasa Naik Kapal Terbang
Semua orang yang menaiki kapal terbang akan terdedah kepada sedikit radiasi di udara. Namun begitu, radiasi ini tidak akan membahayakan anda dan bayi.
Begitu juga dengan pengimbas keselamatan di lapangan terbang. Hanya beg dan ‘luggage’ saja yang akan dilalukan dengan pengimbas x-ray. Pengimbas keselamatan untuk badan hanyalah untuk mengesan besi.
Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang kandungan anda untuk mengelakkan perkara buruk terjadi sebelum meneruskan perancangan untuk menaiki pesawat.
Jangan sedih, Mommy masih boleh bercuti di dalam negara dan boleh melihat pelbagai keindahan tempat menarik di Malaysia.
Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk lebih memahami tentang persediaan sebelum menaiki kapal terbang.
Dapatkan pelbagai artikel yang menarik untuk bakal-bakal ibu di SINI.