Satu kitaran haid yang normal adalah antara 21 hari hingga 35 hari.
Namun, tempoh haid wanita adalah berbeza-beza bergantung pada individu. Untuk pengetahuan Mommy, tempoh haid minima bagi wanita ialah selama 24 jam, manakala tempoh maksimum haid wanita adalah selama 15 hari.
Jika haid masih berpanjangan, mungkin merupakan tanda timbulnya beberapa masalah kesihatan seperti ketidakseimbangan hormon, masalah rahim, simptom kanser dan sebagainya. Mommy perlu take note ye!
Pastikan, Mommy melakukan pemeriksaan doktor terlebih dahulu jika anda mengalami haid berpanjangan atau pendarahan yang banyak secara mendadak.
8 Petua Hentikan Haid Yang Berpanjangan
1. Pastikan kekal hidrat
Highlighted
Pendarahan haid yang berpanjangan boleh mengakibatkan jumlah darah anda menjadi terlalu rendah.
Pastikan kekal hidrat dengan minum air yang sebanyaknya setiap hari bagi membantu mengekalkan jumlah darah.
Mommy juga digalakkan untuk mengambil minuman elektrolit atau menambah lebih banyak garam dalam diet bagi mengimbangi pertambahan cecair yang diminum.
2. Ambil makanan yang kaya dengan Vitamin C
Vitamin C dapat membantu badan menyerap zat besi yang boleh mencegah anemia.
Ambil makanan yang berkhasiat ini setiap hari bagi kesan yang cepat.
Antara makanan yang mengandungi vitamin C adalah:
- Jus tomato
- Lada benggala merah dan hijau
- Kiwi
- Strawberi
- Kubis Brussel
- Brokoli
3. Makanan kaya zat besi
Pengambilan makanan yang kaya zat besi dapat hentikan haid yang berpanjangan,
Haid yang berpanjangan boleh mengurangkan kadar zat besi dalam badan dan meningkatkan kemungkinan mengalami anemia kepada individu tersebut.
Untuk mendapatkan lebih nutrien ini, pastikan Mommy mengambil banyak makanan tinggi zat besi seperti:
- Daging lembu tanpa lemak
- Tiram
- Ayam dan ayam belanda
- Kekacang
- Tauhu
- Bayam
4. Menguruskan tekanan
Taukah Mommy, tahap tekanan yang tinggi boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon, yang membawa kepada tempoh period yang berpanjangan.
Jadi, Mommy boleh menguruskan tekanan melalui yoga, meditasi dan senaman pernafasan dalam boleh membantu mengawal hormon dan mengurangkan tempoh haid anda.
5. Kerap bersenam
Rajin bersenam dan melakukan aktiviti fizikal secara berkala boleh membantu mengawal kitaran haid dan mengurangkan tempoh pendarahan
6. Terapi haba
Menggunakan pad pemanas atau berendam dalam mandian suam boleh membantu melegakan senggugut dan memendekkan tempoh pendarahan haid anda.
7. Senaman Kegel
Senaman kegel boleh membantu menguatkan otot lantai pelvis dan meningkatkan aliran darah ke rahim. Secara tidak langsung ia membantu mengurangkan tempoh haid anda.
8. Ubat-ubatan / Suplemen
Pengambilan ubatan untuk merawat tempoh haid yang berpanjangan hanya boleh diambil setelah disyorkan oleh doktor sahaja.
Pengambilan vitamin tambahan semasa haid mungkin membantu mengurangkan pendarahan. Anda disarankan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang jenis suplemen.
Senoga petua untuk hentikan haid yang berpanjangan ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada Mommy!
Dapatkan lebih banyak petua tentang kesihatan dan perubatan di SINI.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.