Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ini 10 Punca Kulit Kusam & 5 Cara Efektif Untuk Mendapatkan Kulit Yang Glowing

Tidak dinafikan, penggunaan alat solekan dapat menutup kulit wajah yang kusam tetapi ianya hanya lah untuk sementara sahaja. 

Setiap wanita pastinya mengimpikan untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan menawan. 

Wajah yang cantik akan meningkat lagi keyakinan diri seseorang wanita itu, terutama bagi mereka perlu sentiasa berhadapan dengan orang ramai. 

Malah, ada juga wanita yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk mencuba pelbagai jenis dan jenama skincare bagi merawat kulit kusam. 

Mommy pun mengalami masalah kulit kusam? Jangan bimbang, belum terlambat untuk kita merawat kulit muka supaya lebih sihat. 

10 Punca Kulit Kusam

#1. Pengumpulan sel-sel kulit mati 

Highlighted


Sel-sel kulit mati biasanya akan tertanggal dan diganti dengan sel kulit yang baru tanpa kita sedari.

Tetapi tidak semua akan tertanggal menyebabkan sel-sel kulit mati ini terkumpul sehingga memberikan kesan pada kulit wajah.

Muka akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

#2.  Kurang kelembapan 

Kulit akan menjadi kering dan kusam apabila tiada kelembapan pada kulit. Ini kerana tiada rutin penjagaan kulit yang teratur dan betul.

Mommy, tahu tak memakai krim pelembap kulit atau moisturiser sangat penting untuk memastikan kulit sentiasa lempab.

Sangat disyorkan untuk menggunakan pelembap sebanyak dua kali sehari serta minum air dengan kuantiti yang mencukupi.

#3. Produk yang salah 

Penggunaan produk yang salah iaitu mengandungi bahan yang merkuri akan meninggalkan kesan yang bahaya kepada kulit apabila berhenti menggunakannya.

Kesannya adalah kulit akan menjadi kusam dan kerosakan pada kulit. 

#4. Kurang tidur 

 

Individu yang tidak mendapat tidur yang cukup akan kelihatan letih dan menyebabkan penampilan yang kurang menarik, serta mempunyai riak wajah mengantuk dan tidak bermaya.

 Apabila Mommy tidak mendapat tidur yang mencukupi ia akan lebih cenderung untuk kelihatan letih dan tidak bermaya.

#5. Hormon 

Kesihatan kulit juga sebenarnya dipengaruhi oleh kadar hormon di dalam tubuh badan anda.

Paras hormon estrogen yang tinggi membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan penghasilan minyak

Namun, pengurangan hormon estrogen akan berlaku apabila seorang wanita kedatangan haid yang menjadikan kulit mereka lebih kering dan tidak bermaya.

#6. Sinaran Matahari 

Terdedah kepada sinaran matahari terlalu lama boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan kulit.

Kulit yang terdedah kepada sinaran UV (ultra violet) secara langsung terutama dalam tempoh jam 10 pagi hingga 4 petang, boleh menyebabkan kulit menjadi kusam. 

Ini selalu berlaku apabila sering berjemur atau bermain di pantai pada waktu panas, kesannya akan menjejaskan kelembapan kulit, menyumbatkan pori-pori kulit dengan kotoran sekaligus mempercepat proses penuaan. 

#7. Dehidrasi

Dehidrasi juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kulit kusam dan tidak bermaya.

Kekurangan air di dalam tubuh badan boleh menyebabkan garis kedutan dan pori-pori kelihatan jelas pada wajah. 

Ini terjadi apabila tubuh badan tidak mendapat jumlah air yang mencukupi. 

#8. Diet yang tidak seimbang 

Tabiat pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan anda makan secara berlebihan menjadi punca utama kepada pengambilan kalori secara berlebihan.  

Sekiranya Mommy tidak mengambil berat mengenai nutrien yang sihat, perbuatan itu akan menjejaskan kesihatan dan kulit wajah anda.

Pastikan mengambil makanan yang mengandungi vitamin-vitamin baik untuk badan dan juga kulit wajah. 

#9. Merokok

Bagi wanita yang merokok, anda perlu tahu dengan merokok akan meningkatkan jumlah matriks metalloproteinases (MMP) dan menyebabkan ketidakseimbangan tisu-tisu kulit.

Rokok juga mempercepatkan penuaan kulit dengan pembebasan radikal bebas yang kita sememangnya tahu berbahaya. 

Terdapat satu kajian epidemiologi yang membuktikan bahawa habit merokok antara penyebab utama penuaan kulit pada usia muda. 

#10. Faktor Stress/Tekanan

Salah satu punca utama kulit kusam adalah tekanan. Ia boleh disebabkan oleh tugas harian yang anda lakukan yang membawa kepada kekurangan tidur, sedikit senaman dan pemakanan yang tidak baik.

Tekanan yang melampau akan menyebabkan hilang tumpuan kepada rutin harian terutama kepada penjagaan kulit wajah. 

5 Tips Paling Efektif Untuk Mengatasi Kulit Kusam

Setelah mengetahui punca kulit kusam, pasti Mommy mahu mengetahui cara mengatasi kan? Mari Min kongsikan 5 tips yang paling berkesan untuk mengatasi kulit kusam. 

#1. Pakai Produk Penjagaan Kulit Yang Sesuai

Pemilihan produk yang sesuai dengan kulit sangat penting ye Mommy! Pastikan produk tersebut adalah yang berdaftar dan selamat serta bebas daripada bahan kimia berbahaya.

Mencuci muka dengan betul merupakan cara yang paling penting dalam penjagaan kulit iaitu mencuci muka secara lembut dan menyeluruh untuk memastikan minyak dan debu berkurangan pada wajah. 

Produk yang mengandungi vitamin C sangat sesuai untuk kulit kusam. Kesannya, kulit wajah Mommy akan kelihatan segar dan bersih.

#2. Rajin Exfoliate Kulit 

Exfoliate merupakan proses membuang sel-sel kulit yang mati pada kulit wajah. Lapisan sel mati yang tebal menghalang kulit daripada menerima kebaikan yang terkandung dalam produk penjagaan kulit wajah.

Rutin exfoliate dapat membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat. Mommy disarankan untuk melakukan rutin ini dalam 2 hingga 3 kali seminggu. 

Terdapat dua kaedah exfoliation kulit, iaitu secara manual atau menggunakan bahan kimia.

  •  Secara manual – menggosok wajah dengan scrub daripada kain atau span yang sedikit kasar. 
  • Menggunakan bahan kimia – menggunakan produk scrub wajah yang mengandungi bahan seperti apricot seed, black sugar dan coffee ground. 

#3. Menggunakan Pelindung Matahari / Sunblock 

Penggunaan krim pelindung matahari (sunblock) dapat melindungi kulit daripada bahaya sinaran UV terutama jika Mommy terdedah kepada panas terik lebih dari satu jam lamanya. Sunblock juga dapat memperlambat proses penuaan serta mengurangkan risiko terkena kanser kulit.

#4. Mendapatkan Tidur/Rehat Yang Mencukupi 

Tidur yang mencukupi membantu sel-sel kulit diperbaharui dengan baik. Jumlah tidur yang disarankan bagi orang dewasa adalah selama 6 hingga 8 jam sehari.

Tidur dan rehat yang mencukupi dapat mengurangkan risiko stress yang boleh menyumbang kepada masalah yang sama. 

#5. Berjumpa Dengan Pakar Kulit Jika Mempunyai Masalah Kulit

Ini merupakan cara yang tidak selalu digunakan oleh orang ramai kerana kurang pengetahuan secara meluas.

Bagi mereka yang kulit sensitif, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi meminta pandangan dan cadangan dalam memilih produk skincare yang sesuai untuk wajah anda.  

Memandangkan terdapat banyak produk skincare yang kurang berkesan dalam merawat masalah kulit seperti hiperpigmentasi.

Semoga artikel ini bermanfaat dan membantu Mommy dalam mengetahui punca dan cara mengatasi masalah kulit kusam.


Dapatkan lebih banyak info dan artikel yang bermanfaat untuk ibu di SINI.