Resepi Putu Halba merupakan satu hidangan yang sangat popular di kalangan penduduk Kelantan setiap tahun, terutama semasa musim tengkujuh.
Hidangan ini terkenal kerana diperbuat daripada ubi kayu dan dinikmati dalam keadaan panas. Kombinasi rasa ubi kayu yang lembut dan tekstur halba yang harum menjadikan Putu Halba pilihan yang menarik untuk dicuba.
Selain itu, hidangan ini juga dihidangkan bersama kelapa muda parut yang menambahkan lagi kelazatan dan keunikan rasanya. Mommy semua boleh cuba resepi putu halba ini mengikut panduan yang kami kongsikan di bawah!
Resepi Putu Halba
Bahan-Bahan:
- 1 kg ubi kayu (diparut dan diperah, buang air)
- 1 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 15 biji halba (direndam dengan sedikit air panas)
- 1 biji kelapa muda (diparut)
- 3 keping nise atau gula melaka (dipotong halus)
Cara Memasak:
#1. Ubi kayu diparut dan diperah dengan menggunakan kain untuk membuang air ubi sehingga kering atau hampir kering.
#2. Tumbuk halus satu ulas bawang putih, satu ulas bawang merah, dan seinci halia. Perah air dari serai. Pastikan campuran ini tidak terlalu berair.
#3. Campurkan bahan-bahan yang telah diparut dan diperah dengan campuran bawang putih, bawang merah, halia, dan serai. Gaul rata.
#4. Tambahkan halba yang telah direndam tadi ke dalam campuran. Pastikan halba sahaja yang dimasukkan. Gaul rata semula.
#5. Letakkan sekeping kain dalam penapis dan letakkan satu lapisan nipis dari campuran ubi kayu tadi. Kemudian, masukkan gula melaka atau nise yang telah dipotong halus dan dicampur sedikit gula jika suka manis.
#6. Tutup permukaan penapis dengan lapisan nipis campuran ubi kayu yang lagi satu. Pastikan gula melaka tertutup.
#7. Kukus selama 1-2 minit. Jika terdapat banyak penapis, kukus bersama-sama untuk mempercepat proses.
#8. Putu Halba siap untuk dihidang. Selamat menjamu selera!
Resepi Putu Halba
Ingredients
- 1 kg Ubi kayu (diparut dan diperah, buang air)
- 1 ulas Bawang putih
- 1 ulas Bawang merah
- 1 inci Halia
- 2 batang Serai
- 15 biji Halba (direndam dengan sedikit air panas)
- 1 biji Kelapa muda (diparut)
- 3 keping Gula melaka (dipotong halus)
Instructions
- Ubi kayu diparut dan diperah dengan menggunakan kain untuk membuang air ubi sehingga kering atau hampir kering.
- Tumbuk halus satu ulas bawang putih, satu ulas bawang merah, dan seinci halia. Perah air dari serai. Pastikan campuran ini tidak terlalu berair.
- Campurkan bahan-bahan yang telah diparut dan diperah dengan campuran bawang putih, bawang merah, halia, dan serai. Gaul rata.
- Tambahkan halba yang telah direndam tadi ke dalam campuran. Pastikan halba sahaja yang dimasukkan. Gaul rata semula.
- Letakkan sekeping kain dalam penapis dan letakkan satu lapisan nipis dari campuran ubi kayu tadi. Kemudian, masukkan gula melaka atau nise yang telah dipotong halus.
- Tutup permukaan penapis dengan lapisan nipis campuran ubi kayu yang lagi satu. Pastikan gula melaka tertutup.
- Kukus selama 1-2 minit. Jika terdapat banyak penapis, kukus bersama-sama untuk mempercepat proses.
- Putu Halba siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Ikuti panduan pelbagai lagi resepi menarik yang lain di SINI!