Agar-agar! Rasanya semua orang sukakan menu ringkas yang dingin dan sangat lembut dan sedap ni kan?
Kali ini, kami nak kongsikan kepada Mommy-mommy semua cara-cara memasak Resepi Agar-agar Santan diadun pandan yang cukup mudah. Mommy boleh ikuti langkah-langkah untuk membuat resepi sedap ini di bawah!
Resepi Agar-Agar Santan
Bahan-bahan:
- Satu paket agar-agar 20g/25g (rendam dalam air – 5 min – tapis)
- 5 helai daun pandan (potong dan blend dengan air – tapis)
- Pewarna hijau epal (sedikit, jika suka)
- 2 biji telur
- 200ml Santan kotak
- Air (untuk merendam agar-agar dan membuatnya cair)
- Gula pasir: 1 + 1/3 cawan (1 cawan sahaja jika ingin kurang manis)
- Sedikit gula batu
- 1/2 tsp (sudu kecil) Garam kasar
Cara Memasak:
#1. Letakkan agar-agar yang telah direndam dan ditapis ke dalam jug air (gunakan jug ukuran tertentu) – ukur jumlah agar-agar dalam jug. Ini akan menjadi bahagian pertama.
#2. Menggunakan jug/bekas ukuran yang sama, isi dengan air tapis hingga mencapai ukuran agar-agar tadi. Ini adalah bahagian 1 cecair. Tuangkan ke dalam periuk.
#3. Isikan lagi air tapis dengan jumlah yang sama ke dalam jug untuk mendapatkan bahagian ke 2 cecair. Tuangkan ke dalam periuk.
#4. Panaskan hingga mendidih. Masukkan agar-agar. Tunggu hingga agar-agar hancur. Masukkan gula pasir dan gula batu.
#5. Menggunakan jug/bekas ukuran yang sama, campurkan (air pandan ditapis + santan + telur). Tambahkan air tapis untuk menyamai jumlah ukuran agar-agar tadi. Tambahkan sedikit pewarna. Ini menjadi campuran bahagian ke 3 untuk cecair. Tuangkan ke dalam blender dan blend hingga berbuih.
#6. Masukkan campuran yang telah diblend ke dalam periuk agar-agar tadi. Tambahkan garam. Tunggu hingga mendidih dan berbuih. Biarkan berbuih selama 1-2 minit. Kacau. Tutup api.
#7. Sediakan loyang dan tuangkan campuran agar-agar. Tunggu hingga sejuk. Simpan dalam peti sejuk.
#8. Setelah 30 minit – 1 jam, potong agar-agar menjadi bentuk yang diinginkan dan nikmati pencuci mulut yang segar ini.
Resepi Agar-Agar Santan Pandan
Ingredients
- 1 paket Agar-agar 20g/25g (direndam dan ditapis)
- 5 helai Daun pandan (dikisar dan diambil airnya)
- Pewarna hijau epal (titisan kecil)
- 2 biji Telur
- 200 ml Santan kotak
- 1 1/3 cawan Gula pasir
- sedikit Gula batu
- 1/2 sudu kecil Garam kasar
Instructions
- Letakkan agar-agar yang telah direndam dan ditapis ke dalam jug air (gunakan jug ukuran tertentu) - ukur jumlah agar-agar dalam jug. Ini akan menjadi bahagian pertama.
- Menggunakan jug/bekas ukuran yang sama, isi dengan air tapis hingga mencapai ukuran agar-agar tadi. Ini adalah bahagian 1 cecair. Tuangkan ke dalam periuk.
- Isikan lagi air tapis dengan jumlah yang sama ke dalam jug untuk mendapatkan bahagian ke 2 cecair. Tuangkan ke dalam periuk.
- Panaskan hingga mendidih. Masukkan agar-agar. Tunggu hingga agar-agar hancur. Masukkan gula pasir dan gula batu.
- Menggunakan jug/bekas ukuran yang sama, campurkan (air pandan ditapis + santan + telur). Tambahkan air tapis untuk menyamai jumlah ukuran agar agar tadi.
- Tambahkan sedikit pewarna. Ini menjadi campuran bahagian ke 3 untuk cecair. Tuangkan ke dalam pengisar dan kisar hingga berbuih.
- Masukkan campuran yang telah dikisar ke dalam periuk agar-agar tadi. Tambahkan garam. Tunggu hingga mendidih dan berbuih. Biarkan berbuih selama 1-2 minit. Kacau. Tutup api.
- Sediakan loyang dan tuangkan campuran agar-agar. Tunggu hingga sejuk. Simpan dalam peti sejuk.
- Setelah 30 minit - 1 jam, potong agar-agar menjadi bentuk yang diinginkan.
Selamat mencuba!
Ikuti panduan memasak resepi-resepi menarik yang lain di SINI!