- Letakkan agar-agar yang telah direndam dan ditapis ke dalam jug air (gunakan jug ukuran tertentu) - ukur jumlah agar-agar dalam jug. Ini akan menjadi bahagian pertama. 
- Menggunakan jug/bekas ukuran yang sama, isi dengan air tapis hingga mencapai ukuran agar-agar tadi. Ini adalah bahagian 1 cecair. Tuangkan ke dalam periuk. 
- Isikan lagi air tapis dengan jumlah yang sama ke dalam jug untuk mendapatkan bahagian ke 2 cecair. Tuangkan ke dalam periuk. 
- Panaskan hingga mendidih. Masukkan agar-agar. Tunggu hingga agar-agar hancur. Masukkan gula pasir dan gula batu. 
- Menggunakan jug/bekas ukuran yang sama, campurkan (air pandan ditapis + santan + telur). Tambahkan air tapis untuk menyamai jumlah ukuran agar agar tadi.  
- Tambahkan sedikit pewarna. Ini menjadi campuran bahagian ke 3 untuk cecair. Tuangkan ke dalam pengisar dan kisar hingga berbuih. 
- Masukkan campuran yang telah dikisar ke dalam periuk agar-agar tadi. Tambahkan garam. Tunggu hingga mendidih dan berbuih. Biarkan berbuih selama 1-2 minit. Kacau. Tutup api. 
- Sediakan loyang dan tuangkan campuran agar-agar. Tunggu hingga sejuk. Simpan dalam peti sejuk. 
- Setelah 30 minit - 1 jam, potong agar-agar menjadi bentuk yang diinginkan.