Resepi Apam Nasi Yang Gebu-Gebas Dan Mudah Untuk Hidangan Seisi Keluarga

Kredit gambar: https://cookpad.com/

Selalunya kalau untuk sarapan pagi dan minum petang, bila teringin juadah ringan yang lembut gebu, buat cekodok lah kan?

Sebenarnya banyak lagi resepi menarik lain yang Mommy boleh cuba tau. Contohnya, resepi apam nasi yang gebu-gebas ni.

Rugi kalau tak cuba, bolehlah habiskan nasi yang ada dalam peti sejuk tu!

Resepi Apam Nasi

Highlighted

apam nasi gebu
Kredit gambar: yatiememories.blogspot.com

Resepi oleh: cookpad

Bahan-Bahan

  • Secawan nasi
  • Secawan gula
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis kering
  • 1 paket Eno yang warna biru
  • Pewarna merah, kuning, hijau dan unggu

Bahan untuk kelapa parut

  • Sebiji kelapa parut muda – ambil yang putih sahaja
  • 3/4 sudu kecil garam halus
  • Sesudu besar gula pasir
  • Sehelai daun pandan yang dipotong kecil

Cara-Cara

1. Masukkan nasi, gula dan air ke dalam pengisar.

masuk nasi dalam blender
Kredit gambar: https://cookpad.com/

2. Kisarkan kesemuanya halus.

kisar hingga halus
Kredit gambar: https://cookpad.com/

3. Masukkan pula tepung beras, tepung gandum dan yis.

masuk tepung dan yis
Kredit gambar: https://cookpad.com/

4. Kisarkan lagi hingga sebati dan tapis untuk pastikan tiada ketulan tepung.

tapis ramuan
Kredit gambar: https://cookpad.com/

5. Masukkannya ke dalam bekas bertutup dan biarkan ia pada suhu bilik selama 3-5 jam.

simpan dalam bekas
Kredit gambar: https://cookpad.com/

6. Kemudian, kacaukan adunan yang telah kembang perlahan-lahan.

kacau adunan perlahan
Kredit gambar: https://cookpad.com/

7. Campurkan Eno ke dalamnya dan kacau sebati.

masuk eno
Kredit gambar: https://cookpad.com/

kacau sebati (resepi apam nasi)

8. Bahagikan adunan ini kepada beberapa bahagian untuk dibuat pelbagai warna.

bahagi adunan apam (resepi apam nasi)
Kredit gambar: https://cookpad.com/

9. Sapukan acuan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan pelbagai warna tadi sehingga hampir penuh.

tuang dalam acuan (resepi apam nasi)
Kredit gambar: https://cookpad.com/

10. Didihkan pengukus, kemudian kukuskan apam nasi selama 20 minit.

resepi apam nasi
Kredit gambar: https://cookpad.com/

11. Bila dah masak, keluarkan apam nasi dari acuannya.

keluar apam nasi dari acuan (resepi apam nasi)
Kredit gambar: https://cookpad.com/

12. Untuk ramuan kelapa parut pula, gaulkan kelapa parut bersama garam, gula dan daun pandan.

gaul bahan kelapa parut (resepi apam nasi)
Kredit gambar: https://cookpad.com/

13. Kukus sekejap ramuan ini selama 5 minit supaya kelapa parut tahan lebih lama nanti.

kukus bahan kelapa parut (resepi apam nasi)
Kredit gambar: https://cookpad.com/

14. Apam nasi gebu sedia untuk dicicah bersama kelapa parut. Sedapnya!

apam nasi gebu siap (resepi apam nasi)
Kredit gambar: https://cookpad.com/
apam nasi gebu (resepi apam nasi)
Kredit gambar: https://cookpad.com/

Tips Buat Apam Nasi

  1. Sebaiknya, gunakan kelapa muda untuk ramuan kelapa parut. Kelapa yang dah tua akan terasa kasarnya dan tak sedap dimakan bersama apam nasi yang gebu.
  2. Penting ya untuk kisarkan ramuan apam nasi sehingga betul-betul halus dan tapiskan kemudiannya untuk dapatkan tekstur yang gebu.

Resepi Apam Nasi

Orang tua dan kanak-kanak, semuanya memang suka apam yang lembut dan gebu-gebas kan? Bolehlah dibuat sarapan pagi atau minum petang bersama seisi keluarga!


Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain DI SINI.

0 replies on “Resepi Apam Nasi Yang Gebu-Gebas Dan Mudah Untuk Hidangan Seisi Keluarga”