Buka Selera Dengan Resepi Asam Rebus Ikan Yang Mudah Ini

Kredit gambar: Youtube@ Dapur Biru

Masakan asam rebus ni memang dijamin boleh membuka selera. Rasa masam asamnya, pedas-pedas manja, dihirup lagi kuahnya yang panas, memang menyegarkan. Terutamanya kalau tengah rasa tak sedap badan, rasa nak demam ke, memang kena masak asam rebus ikan ni Mommy.

Jangan risau tentang resepinya. Kali ini Motherhood nak kongsikan resepi asam rebus ikan yang mudah je. Orang tua-tua kata, campak-campak dah siap!

Resepi Asam Rebus Ikan

Highlighted

resepi asam rebus ikan
Kredit gambar: Youtube@ Dapur Biru

Resepi oleh: Dapur Biru

Bahan-Bahan

  • Ikan cencaru
  • Sebiji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Sesudu besar serbuk kunyit
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • Bendi
  • Sekeping asam keping
  • Cili hidup

Cara-Cara

1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam periuk.

tumbuk bwg dan halia, masuk dlm periuk
Kredit gambar: Youtube@ Dapur Biru

2. Diikuti dengan cili kisar, serbuk kunyit, asam keping dan air secukupnya.

diikuti cili kisar, serbuk kunyit dan air
Kredit gambar: Youtube@ Dapur Biru

3. Kacau dan panaskan hingga ia mendidih, terus masuk ikan.

masuk ikan
Kredit gambar: Youtube@ Dapur Biru

4. Tunggu sekejap dan masukkan bendi pula. Perasakan dengan garam juga ya.

letak bendi dan garam
Kredit gambar: Youtube@ Dapur Biru

5. Bila ikan dah masak dan bendi dah lembut, siap!

resepi asam rebus ikan
Kredit gambar: Youtube@ Dapur Biruresepi asam rebus ikan

Tips Memasak Asam Rebus Ikan

  • Selain daripada ikan cencaru, Mommy boleh juga guna ikan kembung dan ikan selar.
  • Bergantung kepada kepedasan cili kisar, kalau dah pedas, Mommy tak perlu dah letak cili hidup ya.

Senang kan Mommy? Nanti dah cuba asam rebus ikan yang mudah ni, bolehlah cuba nasi goreng ikan masin ni pula. Dua-dua pastinya akan membuka selera Mommy.

Selamat mencuba!


Dapatkan pelbagai resepi menarik DI SINI.

0 replies on “Buka Selera Dengan Resepi Asam Rebus Ikan Yang Mudah Ini”