Resepi ayam bakar bbq semestinya kesukaan ramai orang. Sekarang, kalau anda teringin nak makan ayam bakar bbq tak perlu lagi bersusah payah ke kedai makan atau restoran untuk membelinya.
Anda boleh sahaja buat di rumah cuma perlu sedikit kerajinan untuk menyediakan bahan-bahan perapan ayam secukupnya. Biarkan perapan ayam bakar bbq itu untuk semalaman, lagi lama perapan lagi sedap dan ayam akan menjadi lembut bila dibakar nanti.
Ayam bakar bbq ini sesuai untuk dihidangkan di rumah bersama keluarga, di majlis hari jadi, berkelah dan apa jua jamuan. Ikuti perkongsian resepi yang telah kami kongsikan di bawah ini.
Resepi Ayam Bakar BBQ
Bahan-bahan:
- 1kg kepak ayam
- Kicap manis secukupnya
- 1-2 sudu makan sos tiram
- 2-3 sudu makan madu
- 2-3 sudu makan sos cili pedas
- Serbuk sweet paprika atau serbuk cili secukupnya
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 10 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
- 2 inci halia (ditumbuk lumat)
- Sedikit kunyit hidup ditumbuk lumat
- Perencah cukup rasa
Cara-cara masak:
#1. Cuci ayam sampai bersih dan toskan airnya.
Kemudian, Mommy campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan masukkan ayam. Setelah semua bahan bersatu, gaulkan supaya ia sebati.
#2. Kemudian, perap ayam selama 1 jam atau lebih. Seperti sedia maklum, semakin lama Mommy perap, bertambah sedap lagi rasanya.
#3. Akhir sekali, Mommy bakar ayam sehingga masak menggunakan ketuhar atau boleh sahaja menggunakan bara api.
Apabila sudah masak, bolehlah Mommy hidangkan bersama nasi, bihun goreng, mi goreng atau kuey teow goreng. Kalau nak makan begitu sahaja pun sedap!
Resepi Ayam Bakar BBQ
Ingredients
- 1 kg Kepak ayam
- Kicap manis (secukupnya)
- 1-2 sudu besar Sos tiram
- 2-3 sudu besar Madu
- 2-3 sudu besar Sos cili pedas
- 1-2 sudu kecil Serbuk paprika/serbuk cili (secukupnya)
- 1 sudu besar Serbuk lada hitam
- 10 ulas Bawang putih ditumbuk lumat)
- 2 inci Halia ditumbuk lumat)
- Sedikit Kunyit hidup ditumbuk lumat)
- Serbuk cukup rasa
Instructions
- Cuci ayam sampai bersih dan toskan airnya. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan masukkan ayam. Setelah semua bahan bersatu, gaulkan sehingga sebati.
- Kemudian, perap ayam selama 1 jam atau lebih. Lagi lama perapan, lebih sedap rasanya.
- Akhir sekali, bakar ayam sehingga masak menggunakan ketuhar atau boleh sahaja menggunakan bara api.
Tips/Petua Menyediakan Resepi Ayam Bakar BBQ:
- Ada sesetengah pendapat mengatakan perapan ayam dengan meletakkan gula atau madu akan menyedapkan lagi rasa ayam tetapi sebenarnya ia akan menyebabkan ayam yang kita bakar itu mudah menjadi hangus, membuatkannya rasa hangit dan ayam perapan itu akan menjadi tidak sedap. Jadi, sebolehnya elakkan dari mengguna bahan tersebut kerana ia merupakan kesilapan besar untuk kaedah bakar ini.
- Menu ini juga sangat mudahkan urusan memasak keran boleh sejukbekukan ayam perapan dan simpannya di tempat beku.
- Apabila hendak makan, baharulah Mommy ambil, nyahbeku sebelum dibakar menggunakan bara api. Sapukan sos BBQ di atas ayam ketika membakarnya.
Selamat mencuba Mommy!
Jom cuba pelbagai resepi yang lain di SINI.