Resepi Ayam Buttermilk – Mudah dan Lazat!

resepi ayam buttermilk
Kredit gambar: resepichenom.com

Kalau ke restoran mewah dan order makanan berhidang, tentu akan ada lauk ni kan? Ayam buttermilk yang penuh dengan rasa, meletup-letup dalam mulut kelazatannya.

Dalam perkongsian resepi kali ini, Motherhood nak berkongsi cara yang mudah untuk buat ayam buttermilk ni. Jom kita lihat dan terus ke dapur!

Resepi Ayam Buttermilk

Highlighted

Kredit gambar: rasa.my

Resepi oleh: rasa

Bahan-Bahan

  • Isi ayam yang dipotong kecil sebekas
  • Sesudu makan mentega
  • 2 ulas bawang putih yang dicincang
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 biji cili api yang dihiris
  • Tepung goreng serbaguna secukupnya
  • 300ml susu segar
  • Garam
  • Gula
  • Perasa secukupnya
  • Minyak masak

Cara-Cara

1. Sediakan kesemua bahan.

bahan-bahan untuk resepi ayam buttermilk
Kredit gambar: rasa.my

2. Taburkan tepung goreng serbaguna secukupnya pada ayam.

masukkan tepung
Kredit gambar: rasa.my

3. Gaulkan kesemuanya rata.

gaul tepung
Kredit gambar: rasa.my

4. Panaskan minyak masak dan gorengkan isi ayam sehingga garing.

goreng isi ayam
Kredit gambar: rasa.my

5. Angkat isi ayam dan toskan minyaknya.

angkat isi ayam dan tos
Kredit gambar: rasa.my

6. Kemudian panaskan dan cairkan mentega di dalam kuali.

panas dan cairkan butter
Kredit gambar: rasa.my

7. Masukkan bawang putih, cili api dan daun kari. Tumiskan kesemuanya.

masukkan cili api bwg putih dan daun kari untuk resepi ayam buttermilk
Kredit gambar: rasa.my

8. Bila dah naik bau dan garing, tuangkan pula susu segar.

masukkan susu
Kredit gambar: rasa.my

9. Perasakan dengan garam, perasa dan gula secukupnya.

masukkan garam
Kredit gambar: rasa.my
masukkan secukup rasa
Kredit gambar: rasa.my

10. Seterusnya, masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi.

masukkan isi ayam yang dah goreng untuk resepi ayam buttermilk
Kredit gambar: rasa.my

11. Kacau sebati dan renehkan sekejap.

gaul dan reneh sekejap resepi ayam buttermilk
Kredit gambar: rasa.my

12. Tutup api, ayam buttermilk dah siap!

resepi ayam buttermilk siap
Kredit gambar: rasa.my

Tips Memasak Ayam Buttermilk

  • Jangan guna marjerin ya Mommy. Rasanya akan lain nanti.
  • Untuk rasa lebih pedas, Mommy boleh tambahkan cili padi. Bagi yang nak kurangkan rasa berlemak, boleh kurangkan mentega.

Selamat mencuba dan jangan lupa juga untuk cuba nasi daging air asam utara ni. Pasti tak cukup sepinggan!

0 replies on “Resepi Ayam Buttermilk – Mudah dan Lazat!”