Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Rangup di Luar, Juicy di Dalam. Sedap Sangat!

resepi ayam goreng mamak

Kredit gambar www.maggi.my

Kalau pergi makan dekat kedai mamak, menu wajib makan mestilah ayam goreng mamak. Resepi ayam goreng mamak ini memang istimewa dengan aroma yang mewangi serta kesedapan dan kerangupannya. Tambah-tambah lagi kalau isi di bahagian dalamnya berjuicy manakala bahagian luar pula penuh rangup.

Tapi bila sudah selalu sangat makan di luar, teringin juga di hati nak masak resepi ayam goreng mamak ini dekat rumah kan? Macam mana pula rasanya kalau Mommy masak sendiri, entah-entah lebih sedap dan enak!

Cari punya cari akhirnya dapat juga resepi yang menarik ini. Jadi, Mommy semua bolehlah sama-sama cuba memasaknya berpandukan resepi yang kami kongsikan ini. Mana tahu lepas ini tak perlu lagi dah ke kedai mamak semata-mata nak dapatkan ayam goreng istimewa ini.

Jom kita lihat panduan memasak menu ini, selamat mencuba!

Resepi Ayam Goreng Mamak

Bahan-bahan

Bahan-bahan Perapan Ayam:

*anggaran bahan untuk 2kg ayam

  • 2 sdb rempah kari daging/ikan
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 tepung jagung
  • 1/3 garam
  • daun kari
  • serbuk cukup rasa
  • 1 biji telur

Bahan kisar:

  • 10 tangkai cili kering
  • 1 sb jintan manis
  • 1 sb jintan putih
  • 1 sb biji ketumbar
  • 4 labu bawang putih
  • 2 inci halia

Cara-cara:

#1. Kisar semua bahan, pastikan air tidak penuh sangat.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#2. Cucuk ayam dengan garfu untuk mudahkan rempah meresap ke dalam isi kemudian masukkan semua bahan-bahan ke dalam ayam. Gaul sebati.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#3. Simpan ayam di dalam peti sejuk dan perap semalaman.

Kredit gambar Facebook @MAHN

#4. Goreng ayam menggunakan api sederhana, balik-balikan ayam untuk elakkannya hangit dan dimasak sempurna. Daun kari Mommy goreng asing kemudian tabur atas ayam supaya ianya tidak hangit.

Kredit gambar Facebook @MAHN

Tips Memasak Resepi Ayam Goreng Mamak

  • Bahan untuk kisar boleh dibuat lebih dan disimpan dalam peti sejuk. Nanti bila nak buat lagi menu ini, boleh nyahbekukan dan gaul sebati dengan ayam.
  • Kalau Mommy risau anak-anak tidak boleh makan pedas, Mommy boleh pilih cili kering jenis berkilat dan licin kulitnya kerana ianya tidak pedas.
Print

Resepi Ayam Goreng Mamak

Course Makan Malam
Cuisine Melayu
Keyword ayam

Ingredients

Bahan-bahan Perapan Ayam (anggaran untuk 2kg ayam)

  • 2 sudu besar Rempah kari daging/ikan
  • 1 cawan Tepung beras
  • 1/2 Tepung jagung
  • 1/3 Garam
  • Daun kari
  • Serbuk cukup rasa
  • 1 biji Telur

Bahan Kisar

  • 10 tangkai Cili kering
  • 1 sudu besar Jintan manis
  • 1 sudu besar Jintan putih
  • 1 sudu besar Biji ketumbar
  • 4 labu Bawang putih
  • 2 inci Halia

Instructions

  • Kisar semua bahan, pastikan air tidak penuh sangat.
  • Cucuk ayam dengan garfu untuk mudahkan rempah meresap ke dalam isi, kemudian masukkan semua bahan-bahan ke dalam ayam. Gaul sebati.
  • Simpan ayam di dalam peti sejuk dan perap semalaman.
  • Goreng ayam menggunakan api sederhana. Balik-balikan ayam untuk elakkannya hangit dan dimasak sempurna.
  • Daun kari Mommy goreng asing kemudian tabur atas ayam supaya tidak hangit. Dan siap untuk dihidang!

Jom try resepi ikan siakap stim pula! Dapatkan pelbagai resepi menarik DI SINI.