Untuk resepi kali ini, Min memperkenalkan satu resepi pasta yang pasti ‘kena’ dengan tekak Melayu untuk keluarga Mommy iaitu Resepi Ayam Halia Fettuccine.
Dengar nama sahaja sudah terfikirkan keunikkan menu ini bukan? Yang pastinya, Resepi Ayam Halia Fettuccine ini pasti membuatkan keluarga Mommy berselera dan kenyang untuk tempoh masa yang lama. Jadi, sangat sesuai juga untuk dijadikan menu ketika sahur buat Mommy dan Daddy yang berpuasa sunat bulan Zulhijjah ini.
Mari kita tengok resepi penuh dibawah.
Resepi Ayam Halia Fettuccine
Ingredients
Ayam (Perap 30 Minit)
- 300-500g isi ayam
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- Garam
Fettuccine
- 250g fettuccine
- 1 sudu besar pati ayam
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar cooking caramel
- 1 sudu kecil minyak bijan
Kuah
- 2 inci halia muda
- 5 ulas bawang putih
- 3-4 cawan air rebusan pasta
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos ikan
- 1 sudu kecil minyak bijan
- Sedikit lada putih
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 2 biji telur
- Daun bawang
- Cili merah
Instructions
- Tumiskan fettuccine yang telah direbus, tambah minyak bijan, kicap manis, cooking caramel, dan masakkan hingga berkilat.
- Tumiskan isi ayam yang telah diperap tadi dan letak atas fettuccine tadi.
- Tumis halia dan bawang putih hinnga wangi dan tambahkan air rebusan pasta tadi. Masukkan sos tiram, kicap manis, sos ikan, minyak bijan dan lada putih.
- Dah tu mendidih, tambahan air tepung jagung untuk pekatkan dan masukkan telur. Kemudian, masukkan daun bawang dan hirisan cili. Tuangkan kuah pada fettuccine dan ayam tadi. Dah siap!
Fettuccine Untuk Diet Yang Seimbang
Untuk mendapatkan diet yang seimbang, kumpulan makanan asas dalam diet yang sihat adalah bijirin. Seperti yang kita tahu, pasta juga diperbuat daripada bijirin. Ia merupakan sumber tenaga yang elok untuk keluarga Mommy.
Pasta yang diperbuat daripada bijirin penuh dapat memberi kandungan serat tambahan dan secara tak langsung, ia boleh membantu menurunkan kolestrol dan masalah penghadaman. Menurut Pasta Pantry, terdapat beberapa faedah apabila kita mengambil pasta untuk diet harian kita:
Mengekalkan Tenaga
Untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari, kita harus mengambil karbohidrat seperti pasta. Ia membekalkan glukosa, dan ia adalah bahan utama untuk otak dan otot Mommy. Dan disebabkan pasta ialah sumber karbohidrat yang hebat dan tidak diproses, ia melepaskan tenaga pada tahap yang perlahan dan berterusan sepanjang hari. Barulah kekal cergas sepanjang hari!
Rendah Garam Dan Tiada Kolestrol
Untuk Mommy yang memerhatikan tahap kolesterol, pasta adalah sesuai untuk anda! Ini adalah kerana ia sangat rendah natrium dan tiada kolesterol. Untuk pengetahuan Mommy, setiap cawan dalam apa jenis pasta pun menyediakan sumber yang baik termasuk zat besi dan vitamin B.
Asid Folik
Istimewa buat Mommy yang sedang hamil, pasta ni kaya dengan asid folik tau! Penting sangat untuk wanita mengandung. Satu hidangan pasta kering membekalkan bersamaan dengan kira-kira 100 mikrogram asid folik, atau 25% daripada pengambilan harian yang disyorkan.
Moga-moga dengan info yang ini, Mommy dapat menyediakan diet yang seimbang khas untuk keluarga Mommy! Selamat mencuba~
Kredit: Instagram Adik Foods