Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ayam Masak Halia, Menu Simple Yang Enak & Berkhasiat

resepi ayam masak halia

Resepi ayam masak halia antara menu yang paling simple dan mudah untuk dimasak, memang sangat sesuai bagi mak-mak yang mahu menu ringkas dan cepat disediakan. Sebagai wanita bekerjaya, Mommy tentulah tiada masa yang banyak untuk memasak bukan?

Jadi menu ini sangat sesuai buat Mommy yang mempunyai kekangan waktu yang terhad, dan ianya sangat sedap dan berbaloi untuk dimasak. Ayam masak halia bukan sahaja untuk orang tua tetapi ianya turut sesuai dimakan oleh kanak- kanak.

Ayam masak halia ini antara menu yang boleh menaikkan selera, malah anak anak Mommy pasti akan berebut-rebut untuk merasai hidangan yang lazat ini. Selain rasanya yang lazat, ianya juga sangat berkhasiat.

Mempunyai waktu yang terhad tidak bermaksud Mommy tidak mampu untuk memasak sesuatu yang enak untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang.

Jadi, masakan ringkas seperti resepi ayam masak halia ini memang berbaloi untuk dicuba.

Resepi Ayam Masak Halia Simple Tapi Sedap

Bahan-bahan

  • 500 gram ayam (dipotong kecil)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 2 cm halia (diracik halus memanjang)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar (hiris nipis berbentuk bulat)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 1 tangkai daun bawang (hiris lebih kurang 2cm)
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • minyak masak
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit kunyit, garam dan gula

Cara-cara 

#1. Mula-mula Mommy panaskan minyak di dalam kuali.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Sementara minyak panas, lumurkan ayam dengan garam dan kunyit biar sekata. Setelah minyak panas Mommy goreng ayam tadi separuh masak, angkat, tos dan ketepikan.

#2. Buang minyak tadi, biar tinggal sedikit untuk tumis bawang putih dan halia sehingga keperangan dan berbau wangi. Kemudian Mommy masukkan kembali ayam yang sudah digoreng separuh masak tadi.

#3. Seterusnya masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

#4. Selepas itu, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air tadi dan kacau sehingga kuah menjadi pekat dan sebati.

#5. Jika Mommy sukakan kuah boleh tambahkan sedikit lagi air.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

#6. Kemudian taburkan dengan cili merah dan bawang besar seterusnya  kacau sekitar 2 ke 3 minit. Sebelum angkat, perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa.

Untuk kelihatan lebih menarik dan membangkitkan selera, taburkan dengan daun bawang dan hidangkan bersama nasi panas.

Tips/Petua Memasak Resepi Ayam Masak Halia

  • Penggunaan halia dalam masakan sangat bagus untuk buang angin dalam badan.
  • Resepi ayam masak halia ini sangat sedap sekiranya dimakan bersama nasi panas.
  • Mommy juga boleh tambahkan sayur seperti brokoli atau lobak merah di dalam masakan ayam masak halia Mommy.
Print

Resepi Ayam Masak Halia

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword ayam

Ingredients

  • 500 gram ayam dipotong kecil
  • 4 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 2 cm halia diracik halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar hiris nipis berbentuk bulat
  • 1 biji cili merah hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang hiris lebih kurang 2cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • Minyak masak
  • Sedikit lada sulah atau lada hitam
  • Kunyit
  • Garam
  • Gula

Instructions

  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit biar sekata. Setelah minyak panas, goreng ayam tadi separuh masak, angkat, tos dan ketepikan.
  • Buang minyak tadi, biar tinggal sedikit untuk tumis bawang putih dan halia sehingga keperangan dan berbau wangi. Kemudian Mommy masukkan kembali ayam yang sudah digoreng separuh masak tadi.
  • Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika.
  • Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air tadi dan kacau sehingga kuah menjadi pekat dan sebati.
  • Jika Mommy sukakan kuah boleh tambahkan sedikit lagi air.
  • Taburkan dengan cili merah dan bawang besar seterusnya  kacau sekitar 2 ke 3 minit. Sebelum angkat, perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa.
  • Taburkan dengan daun bawang dan hidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba resepi ringkas ini!


Untuk pelbagai resepi yang lain, Mommy boleh klik SINI.