Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Raikan Yang Tersayang Dengan Menu Ayam Panggang Istimewa Ini. Lebih Jimat, Lebih Enak!

resepi ayam panggang

Sumber Kompas.com

Kebanyakan dalam masyarakat kita menjadikan resepi ayam panggang ini menu wajib yang perlu ada untuk dihidangkan buat keluarga atau pun untuk disajikan ketika kenduri kendara, majlis kesyukuran, serta menyambut pencapaian atau kejayaan orang yang tersayang dan sebagainya.

Aura dan aroma istimewa yang dimiliki oleh resepi ini menjadikan sambutan itu lebih bermakna dan tampak eksklusif. Tambahan lagi, kalau ianya dimasak sendiri, rasa aroma pasti akan lebih terserlah dan mengiurkan rasa.

Jadi, apa kata kalau hujung minggu ini, Mommy hidangkan menu ini untuk santapan bersama keluarga tercinta dengan mengikuti panduan resepi yang telah kami kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba!

Resepi Ayam Panggang

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam saiz sederhana/kecil dibersihkan. Cuci dengan sedikit cuka dan toskan.
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 10 biji lada hitam (dikisar)
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu madu
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu rempah stik
  • 2 sudu butter
  • sedikit air untuk mesin bahan
  • ubi kentang (dipotong)
  • brokoli (dipotong)
  • 1 biji tomato (dibelah dua)
  • 1 biji lemon (dihiris)
  • 1 batang lobak merah (dipotong)
  • 1 labu bawang besar (dipotong)

Cara-cara:

#1. Mommy masukkan bawang putih, halia dan lada hitam ke dalam mesin pengisar dan kisar tidak terlalu halus.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Setelah siap dikisar Mommy lumurkan pada bahagian luar dan dalam ayam hingga sekata. Disamping itu Mommy tambahkan juga sos tiram, madu, kiub pati ayam, rempah stik dan mentega. Gaul lagi supaya semuanya sebati dan meresap pada ayam.

#2. Selepas itu Mommy perap terlebih dahulu ayam tersebut di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Setelah dua jam berlalu Mommy keluarkan ayam tersebut dan memasukkannya ke dalam dulang untuk dipanggang di dalam oven.

#3. Seterusnya, kesemua sayur tadi Mommy gaulkan dengan sos rempah dan susun semuanya di sekeliling ayam sebelum Mommy bakar.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Mommy masukkan sebahagian sayur terutama lemon ke dalam ayam. Selebihnya masukkan pada setengah jam yang terakhir. Tetapkan suhu 250°C dan bakar selama 2 jam.

Bukan saja boleh dinikmati dengan salad, coleslaw dan sos black pepper, tetapi Mommy juga boleh makan bersama dengan nasi putih yang panas serta air asam.

Tips/Petua Memasak Resepi Ayam Panggang Ini:

  • Mommy jangan lupa sapu ratakan marjerin ke seluruh stick dan dulang bagi memudahkan urusan mencuci.
  • Supaya ayam tidak kering dan berjus, Mommy perlu keluarkan setiap setengah jam untuk ambil airnya dan siram di atas ayam dan sayur.
  • Selain itu juga, Mommy boleh meletakkan ubi kentang yang telah dicuci bersih dan di belah dua di atas dulang bersama hirisan lemon untuk menghasil aroma yang lebih wangi dan menjadikan ayam lebih sedap. Kentang itu nanti boleh dinikmati bersama ayam panggang.
  • Ayam dipotong menjadi hirisan nipis dan susun bersama sayur di atas pinggan hidangan supaya kelihatan menarik. Tuangkan baki sos yang terhasil semasa proses membakar tadi ke atas ayam dan sayur.
resepi ayam panggang
Print

Resepi Ayam Panggang

Course Makan Malam
Cuisine Melayu
Keyword ayam

Ingredients

  • 1 ekor Ayam Saiz sederhana/kecil yang dibersihkan dengan sedikit cuka.
  • 3 ulang Bawang putih dikisar
  • 1 inci Halia dikisar
  • 10 biji Lada hitam dikisar
  • 2 sudu Sos tiram
  • 2 sudu Madu
  • 1 kiub Pati ayam
  • 2 sudu Rempah stik
  • 2 sudu Butter
  • Air untuk mesin bahan
  • 2-3 Ubi kentang dipotong
  • 1 biji Tomato
  • 1 biji Lemon dihiris
  • 1 batang Lobak merah dipotong
  • 1 labu Bawang besar dipotong

Instructions

  • Masukkan bawang putih, halia dan lada hitam ke dalam mesin pengisar dan kisar tidak terlalu halus.
  • Lumurkan bahan kisar pada bahagian luar dan dalam ayam hingga sekata. Tambahkan sos tiram, madu, kiub pati ayam, rempah stik dan mentega. Gaul lagi supaya semuanya sebati dan meresap pada ayam.
  • Perap ayam tersebut di dalam peti ais sekurang-kurangnya selama 2 jam.
  • Selesai perapan, masukkan ayam ke dalam dulang untuk dipanggang dan gaulkan sayur dan sos rempah dan susun semuanya di sekeliling ayam tersebut. Masukkan sebahagian sayur, terutamanya lemon ke dalam ayam.
  • Selebihnya masukkan pada setengah jam yang terakhir. Tetapkan suhu 250°C dan bakar selama 2 jam.

Selamat menikmati menu ayam panggang yang super juicy ini!


Dapatkan pelbagai resepi menarik DI SINI.