Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Bihun Sup Utara, Yang Baru Belajar Memasak Pun Boleh Buat!

resepi bihun sup utara

Bihun sup merupakan salah satu menu yang mudah untuk disediakan untuk apa jua acara. Dan yang paling sedap dan menarik minat ramai semestinya bihun sup ugatha! Berikut merupakan langkah-langkah yang Mommy boleh cuba untuk memasak Resepi Bihun Sup Utara:

Resepi Bihun Sup Utara

Bahan-Bahan:

  • Bihun (rendam terlebih dahulu)
  • Daging/tulang (bersihkan dan tos)
  • Cili padi
  • Bawang putih
  • 4 sekawan (buah pelaga, cengkih, kayu manis, bunga lawang)
  • Halia (ketuk)
  • Sup bunyut/sup tulang
  • Cili kering
  • Kicap
  • Cuka
  • Gula
  • Garam

Bahan Hiasan:

  • Daging (hiris nipis)
  • Lobak masin (hiris nipis)
  • Daun bawang/daun sup (hiris nipis)
  • Bawang goreng (tabur atas sup)

Cara-cara Memasak:

1. Mula-mula Mommy perlu panaskan minyak dalam periuk. Setelah minyak mula panas, Mommy tumis 4 sekawan (buah pelaga, cengkih, kayu manis, bunga lawang), sup bunjut dan halia hingga warnanya bertukar keperangan dan berbau harum.

Kredit gambar: facebook @MAHN

3. Kemudian, masukkan pula air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih.

Kredit gambar: facebook @MAHN

Masukkan tulang/daging dan rebus tulang/daging hingga ia menjadi empuk dan tidak liat.

5. Sementara menunggu daging yang direbus empuk, Mommy boleh siapkan bahan untuk membuat sambal hitam. Untuk sambal hitam, blender bawang putih, gula, garam, kicap, sedikit air, cuka, dan cili padi hingga menjadi pes.

Kredit gambar: facebook @MAHN

6. Setelah sambal hitam siap, Mommy buat pula sambal merah. Caranya adalah dengan merendam cili kering dalam air (atau rebus dan kisar jika diinginkan), kemudian masak dalam minyak hingga pecah minyak.

Kredit gambar: facebook @MAHN

Tambahkan garam dan gula sesuai selera.

7. Setelah daging empuk, tambahkan garam secukup rasa ke dalam sup. Angkat, toskan dan potong daging yang telah direbus menjadi hirisan nipis.

Kredit gambar: facebook @MAHN

9. Rebus bihun dalam air hingga lembut. Anda juga perlu menambahkan sedikit kunyit untuk memberi warna kepada bihun. Setelah bihun lembut, angkat dan toskan airnya.

Kredit gambar: facebook @MAHN

10. Untuk penyajian, Mommy letakkan bihun yang telah direbus ke dalam mangkuk, tambahkan daging yang sudah dipotong nipis.

Siramkan sup panas ke atas bihun dan daging. Kemudian taburkan daun bawang dan daun sup yang telah dihiris nipis ke dalam sup.

11. Hias hidangan dengan hirisan lobak masin dan taburan bawang goreng di atas sup. Anda juga boleh menambahkan sambal merah sesuai selera untuk memberikan rasa pedas.

Print

Resepi Bihun Sup Utara

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

  • 1 bungkus Bihun (direndam terlebih dahulu)
  • 1/2 kg Daging/tulang (basuh dan toskan)
  • 10-12 tangkai Cili padi (mengikut tahap kepedasan)
  • 2 biji Bawang putih (di
  • 2-3 biji 4 sekawan (buah pelaga, cengkih, kayu manis, bunga lawang)
  • 1 inci Halia
  • 10-12 keping Cili kering
  • 1 bungkus Sup bunyut/sup tulang
  • 2-3 sudu besar Kicap
  • 1-2 sudu kecil Cuka
  • 1-2 sudu kecil Gula
  • 1-2 sudu kecil Garam

Bahan Hiasan

  • 1/2 kg Isi daging (dihiris nipis)
  • Lobak masin (dihiris nipis dan mengikut citarasa)
  • Daun bawang/daun sup (dihiris nipis dan mengikut citarasa)
  • Bawang goreng (dihiris nipis dan mengikut citarasa)

Instructions

  • Panaskan minyak dalam periuk, kemudian, tumis empat sekawan (buah pelaga, cengkih, kayu manis, bunga lawang), sup bunjut dan halia hingga warnanya bertukar keperangan dan berbau harum.
  • Kemudian, masukkan pula air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Masukkan tulang/daging dan rebus tulang/daging hingga ia menjadi empuk dan tidak liat.
  • Sementara menunggu daging yang direbus empuk, siapkan bahan-bahan untuk membuat sambal hitam.
  • Untuk sambal hitam, kisarkan bawang putih, gula, garam, kicap, sedikit air, cuka, dan cili padi hingga menjadi pes.
  • Setelah sambal hitam siap, anda sediakan pula sambal merah. Caranya adalah dengan merendam cili kering dalam air (atau rebus dan kisar jika diinginkan), kemudian masak dalam minyak hingga pecah minyak. Tambahkan garam dan gula sesuai selera.
  • Setelah daging empuk, tambahkan garam secukup rasa ke dalam sup. Angkat, toskan dan potong daging yang telah direbus menjadi hirisan nipis.
  • Rebus bihun dalam air hingga lembut. Anda juga perlu menambahkan sedikit kunyit untuk memberi warna kepada bihun. Setelah bihun lembut, angkat dan toskan airnya.
  • Untuk penyajian, Mommy letakkan bihun yang telah direbus ke dalam mangkuk, tambahkan daging yang sudah dipotong nipis.
  • Siramkan sup panas ke atas bihun dan daging. Kemudian taburkan daun bawang dan daun sup yang telah dihiris nipis ke dalam sup.
  • Hias hidangan dengan hirisan lobak masin dan taburan bawang goreng di atas sup. Anda juga boleh menambahkan sambal merah atau hitam mengikut citarasa.

Selamat menikmati Bihun Sup Utara yang lazat!


Jom cuba pelbagai resepi menarik di SINI.