Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Bihun Sup Bebola Daging, Menu Raya Haji Yang Mommy Boleh Hidangkan

resepi bihun sup

Kredit gambar: www.foodpanda.my

Menyediakan hidangan yang lazat dan memuaskan selalunya menjadi fokus utama semua Mommy-mommy dalam menyediakan hidangan untuk teamu dan keluarga. Salah satu menu yang sering menjadi pilihan adalah Resepi Bihun Sup Bebola Daging yang menyajikan keharmonian rasa yang unik.

Untuk raya Aidiladha ini, apa kata kalau Mommy cuba sedikit kelainan dengan memasak resepi bihun sup versi bakso dengan mengikuti panduan atau cara penyediaannya yang kami kongsikan di bawah!

Resepi Bihun Sup Bebola Daging

Bahan-bahan:

  • 500g daging, dipotong kecil
  • 1 inci halia, dihiris
  • 1 paket bebola daging Mohamad Armiya
  • 2 sudu besar bunjut
  • 2 paket perencah sup siam Adabi
  • 6 biji bawang merah (kecil)
  • 5 ulas bawang putih
  • Bawang mayang, dihaluskan dan digoreng hingga perang
  • Lada hitam dan serbuk lada sulah, secukup rasa
  • Garam, secukup rasa
  • 1 bungkus bihun

Cara-cara masak:

#1. Rebus daging dengan sedikit halia dan sup bunjut sehingga ia empuk. Setelah daging empuk, gunakan periuk yang sama untuk memasak bebola daging.

#2. Masukkan satu bungkus bebola daging ke dalam periuk, rebus bebola daging hingga ia kembang dan terlihat pecah sekitar 15-20 minit.

#3. Masukkan daging dan bebola daging, goreng hingga berubah warna.

#4. Tambahkan perencah sup siam, bawang merah, bawang putih, dan bawang mayang yang telah digoreng hingga perang. Gaul rata.

#5. Tambahkan lada hitam, serbuk lada sulah, dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Setelah itu, masukkan batang sup yang dipotong halus ke dalam sup.

#6. Hidangkan dalam mangkuk, taburkan daun sup, bawang goreng, dan kobis bulat serta sambal kicap untuk lebih kelazatan.

Bahan Sampingan:

  • Daun sup (batang daun sup boleh dimasukkan ke dalam sup)
  • Bawang goreng
  • Kobis bulat, diracik halus-halus

Bahan untuk Sambal Kicap:

  • Segenggam cili padi
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji besar bawang merah

Cara-cara masak:

#1. Tumis semua bahan sambal kicap sehingga layu, toskan bahan, masukkan dalam blender. Tambahkan jus satu biji limau kasturi (tanpa biji), satu sudu besar bawang goreng, dan kicap manis secukupnya.

#2. Blend sehingga halus. Siap untuk dimakan.

resepi bihun sup
Print

Resepi Bihun Sup Bebola Daging

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

Bahan-bahan yang diperlukan untuk sup:

  • 500 g Daging (dipotong kecil)
  • 1 inci Halia (dihiris)
  • 1 paket Bebola daging
  • 2 sudu besar Bunjut
  • 2 paket Perencah sup siam
  • 6 biji Bawang merah (kecil)
  • 5 ulas Bawang putih
  • Bawang mayang (dihaluskan dan digoreng hingga perang)
  • Lada hitam dan serbuk lada sulah (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • 1 bungkus Bihun

Bahan Sampingan:

  • Hirisan Daun sup
  • Bawang goreng
  • Kobis bulat (diracik halus-halus)

Bahan untuk Sambal Kicap:

  • segenggam Cili padi
  • 5 ulas Bawang putih
  • 1 biji besar Bawang merah

Instructions

Cara-cara masak sup:

  • Rebus daging dengan sedikit halia dan sup bunjut sehingga ia empuk. Setelah daging empuk, gunakan periuk yang sama untuk memasak bebola daging.
  • Masukkan satu bungkus bebola daging ke dalam periuk, rebus bebola daging hingga ia kembang dan terlihat pecah sekitar 15-20 minit.
  • Masukkan daging dan bebola daging, goreng hingga berubah warna.
  • Tambahkan perencah sup siam, bawang merah, bawang putih, dan bawang mayang yang telah digoreng hingga perang. Gaul rata.
  • Tambahkan lada hitam, serbuk lada sulah, dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Setelah itu, masukkan batang sup yang dipotong halus ke dalam sup.
  • Hidangkan dalam mangkuk, taburkan daun sup, bawang goreng, dan kobis bulat serta sambal kicap untuk lebih kelazatan.

Cara-cara masak sambal kicap:

  • Tumis semua bahan sambal kicap sehingga layu, toskan bahan, masukkan dalam blender. Tambahkan jus satu biji limau kasturi (tanpa biji), satu sudu besar bawang goreng, dan kicap manis secukupnya.
  • Blend sehingga halus. Siap untuk dimakan.

Dengan resepi ini, anda pasti dapat menikmati hidangan Bihun Sup Bebola Daging yang lazat dan memuaskan. Selamat mencuba!


Ikuti panduan memasak resepi menarik yang lain di SINI!