Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lagi Resepi Daging: Nikmati Resepi Daging Bakar Danok yang Mudah Ini!

Resepi Daging Bakar Danok

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Jika Mommy pencinta masakan thai yang kaya dengan rasa, maka “Resepi Daging Bakar Danok” adalah pilihan tepat untuk memuaskan selera anda. Daging bakar yang dimasak dengan gaya Danok ini tidak hanya membuka selera, tetapi juga memikat dengan aroma harum rempah-rempah yang unik.

Boleh cuba memasaknya dengan panduan dua pilihan resepi mudah di bawah!

Resepi Daging Bakar Danok #1

Bahan-bahan

Bahan untuk perapan daging:

  • 1/2 kg daging
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Sedikit minyak masak
  • 2 sudu serbuk cukup rasa

Bahan-bahan untuk membuat sos:

  • 2 batang daun ketumbar
  • 1 sudu besar beras (disangai dan ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 2 sudu besar gula perang
  • 5 tangkai cili padi
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar(dihiris nipis)

Cara Masak Daging Danok:

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#1. Mula-mula hiris daging sedikit nipis. Cuci dan toskan daging terlebih dahulu.

#2. Setelah air daging kering, masukkan ia ke dalam bekas dan gaul bersama kesemua bahan dan
perapkan daging tersebut semalaman.

#3. Bakar daging tersebut selama 20 sehingga 30 minit pada suhu 150 darjah celcius.

Cara Masak Sos:

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#1. Bersihkan akar ketumbar sehingga bersih. Masukkan ia bersama bawang putih dan cili padi ke dalam lesung batu, kemudian tumbuk sehingga semua bahan lumat.

#2. Seterusnya masukkan sos ikan, gula perang, beras, perahan jus limau nipis, sos tiram, sos cili, bawang besar dan garam secukup rasa. Gaul kesemuanya sehingga sebati.

Akhir sekali, taburkan daun ketumbar yang telah dihiris. Sedia untuk dihidang.


Resepi Daging Bakar Danok #2

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging
  • 1 biji bawang besar (saiz kecil guna 2 biji)
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 4 susu besar sos tiram
  • 4 sudu besar sos lada hitam
  • 4 sudu besar sos cili thai
  • 2 sudu besar kicap cair
  • Garam
  • 2 sudu besar serbuk hilal

Cara-Cara Masak:

#1. Potong daging nipis-nipis, basuh bersih dan toskan airnya.

#2. Masukkan bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai kedalam pengisar, tuangkan sedikit air dan kisar sehingga lumat.

#3. Selepas itu masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas. Masukkan daging , gaul sebati bersama sos tiram, sos lada hitam, dan sos cili Thai.

#4. Setelah semuanya sebati masukkan pula garam secukupnya , kicap cair serta perencah hilal. Gaul seketika dan perap daging tersebut semalaman sebelum dibakar.

Resepi Daging Bakar Danok
Print

Resepi Daging Bakar Danok

Course Menu Utama
Cuisine Thailand
Keyword Keluarga

Ingredients

Bahan untuk perapan daging:

  • 1/2 kg Daging
  • 1 sudu besar Sos ikan
  • 2 sudu besar Sos tiram
  • 3 sudu besar Gula perang
  • 1 sudu kecil Lada hitam
  • Sedikit Minyak masak
  • 2 sudu kecil Serbuk cukup rasa

Bahan-bahan untuk membuat sos:

  • 2 batang Daun ketumbar
  • 1 sudu besar Beras (disangai dan ditumbuk)
  • 2 ulas Bawang putih
  • 2 sudu besar Sos ikan
  • 2 biji Limau nipis
  • 2 sudu besar Gula perang
  • 5 tangkai Cili padi
  • 2 sudu besar Sos cili
  • 2 sudu besar Sos tiram
  • 1 biji Bawang besar (dihiris nipis)

Instructions

Cara Masak Daging Danok:

  • Mula-mula hiris daging sedikit nipis. Cuci dan toskan daging terlebih dahulu.
  • Setelah air daging kering, masukkan ia ke dalam bekas dan gaul bersama kesemua bahan dan perapkan daging tersebut semalaman.
  • Bakar daging tersebut selama 20 sehingga 30 minit pada suhu 150 darjah celcius.

Cara Masak Sos:

  • Bersihkan akar ketumbar sehingga bersih. Masukkan ia bersama bawang putih dan cili padi ke dalam lesung batu, kemudian tumbuk sehingga semua bahan lumat.
  • Seterusnya masukkan sos ikan, gula perang, beras, perahan jus limau nipis, sos tiram, sos cili, bawang besar dan garam secukup rasa. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  • Akhir sekali, taburkan daun ketumbar yang telah dihiris.

Selamat memasak dan menjamu selera!


Ikuti pelbagai lagi tips dan resepi masakan menarik yang lain di SINI!