Kalau ada lauk daging dalam peti, apa kata kali ini cuba masak daging lada hitam pula? Daging black pepper memang sedap, penuh dengan rasa dan memanaskan badan.
Nak makan dengan nasi putih panas atau dengan roti, dua-dua menyelerakan tau Mommy. Sekejap je masaknya di dapur, dah boleh menikmati daging black pepper bersama keluarga!
Resepi Daging Black Pepper
Resepi oleh: Seismik Makan
Bahan-Bahan
- 2 sudu besar kicap cair
- Sesudu kecil soda bikarbonat
- 2 sudu kecil tepung jagung
- 500 gram daging lembu yang dihiris nipis
- Sebiji bawang merah yang dihiris
- 3 ulas bawang putih yang dicencang kasar
- 1/2 biji lada benggala kuning yang dipotong dadu
- 1/2 biji lada benggala hijau yang dipotong dadu
- Sebiji cili merah yang dihiris
- 3 sudu besar sos tiram
- Sesudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar lada hitam
- Sedikit air
- 2 sudu besar cuka
- Gula secukup rasa
- Secawan daun bawang
Cara-Cara
1. Tuangkan kicap cair, soda bikarbonat dan tepung jagung ke dalam mangkuk. Kacaukan sebati.
2. Dah sebati, masukkan hirisan daging ke dalamnya dan gaulkan rata.
3. Kemudian, perapkan ia selama 20 minit.
4. Selepas 20 minit, panaskan minyak masak dan gorengkan daging sehingga separuh masak.
5. Ketepikan daging dan dalam kuali yang sama, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumiskan sehingga keperangan.
6. Teruskan dengan memasukkan lada benggala kuning dan hijau, bersama dengan cili merah. Tumiskan sehingga wangi.
7. Seterusnya, perasakan dengan sos tiram, kicap pekat dan lada hitam. Kacau-kacau.
8. Tuangkan air sedikit dan kacau-kacau lagi.
9. Sekarang, bolehlah masukkan daging separuh masak yang kita goreng tadi.
10. Tuangkan cuka dan perasakan dengan gula.
11. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan kacaukan seketika.
12. Daging black pepper siap!
Tips Memasak Resepi Daging Black Pepper
- Kalau Mommy sukakan lebih kehangatan, boleh tambahkan kuantiti lada hitam ya.
- Nak masak masakan black pepper ni, memang wajib ada lada benggala. Ia menaikkan lagi rasa masakan tu.
Resepi Daging Black Pepper
Ingredients
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 2 sudu kecil tepung jagung
- 500 gram daging lembu dihiris nipis
- 1 biji bawang merah dihiris
- 3 ulas bawang putih dicencang kasar
- 1/2 biji lada benggala kuning dipotong dadu
- 1/2 biji lada benggala hijau dipotong dadu
- 1 biji cili merah dihiris
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar lada hitam
- 2 sudu besar cuka
- Sedikit air
- Gula secukup rasa
- 1 cawan daun bawang
Instructions
- Tuangkan kicap cair, soda bikarbonat dan tepung jagung ke dalam mangkuk. Kacaukan sebati.
- Dah sebati, masukkan hirisan daging ke dalamnya dan gaulkan rata.
- Kemudian, perapkan ia selama 20 minit.
- Selepas 20 minit, panaskan minyak masak dan gorengkan daging sehingga separuh masak.
- Ketepikan daging dan dalam kuali yang sama, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumiskan sehingga keperangan.
- Teruskan dengan memasukkan lada benggala kuning dan hijau, bersama dengan cili merah. Tumiskan sehingga wangi.
- Seterusnya, perasakan dengan sos tiram, kicap pekat dan lada hitam. Kacau-kacau.
- Tuangkan air sedikit dan kacau-kacau lagi.
- Sekarang, bolehlah masukkan daging separuh masak yang kita goreng tadi.
- Tuangkan cuka dan perasakan dengan gula.
- Akhir sekali, taburkan daun bawang dan kacaukan seketika. Dah siap!
Tak lama pun penyediaan masakan daging black pepper ni. Nanti Mommy boleh cuba nasi daging air asam utara ni pula.
Selamat mencuba Mommy!
Untuk pelbagai resepi bakar yang lain, Mommy boleh klik SINI.