Go Back
resepi daging black pepper

Resepi Daging Black Pepper

Course Menu Utama
Cuisine Melayu

Ingredients
  

  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 500 gram daging lembu dihiris nipis
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih dicencang kasar
  • 1/2 biji lada benggala kuning dipotong dadu
  • 1/2 biji lada benggala hijau dipotong dadu
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 2 sudu besar cuka
  • Sedikit air
  • Gula secukup rasa
  • 1 cawan daun bawang

Instructions
 

  • Tuangkan kicap cair, soda bikarbonat dan tepung jagung ke dalam mangkuk. Kacaukan sebati.
  • Dah sebati, masukkan hirisan daging ke dalamnya dan gaulkan rata.
  •  Kemudian, perapkan ia selama 20 minit.
  • Selepas 20 minit, panaskan minyak masak dan gorengkan daging sehingga separuh masak.
  • Ketepikan daging dan dalam kuali yang sama, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumiskan sehingga keperangan.
  • Teruskan dengan memasukkan lada benggala kuning dan hijau, bersama dengan cili merah. Tumiskan sehingga wangi.
  • Seterusnya, perasakan dengan sos tiram, kicap pekat dan lada hitam. Kacau-kacau.
  •  Tuangkan air sedikit dan kacau-kacau lagi.
  • Sekarang, bolehlah masukkan daging separuh masak yang kita goreng tadi.
  • Tuangkan cuka dan perasakan dengan gula.
  • Akhir sekali, taburkan daun bawang dan kacaukan seketika. Dah siap!
Keyword Keluarga
Tried this recipe?Let us know how it was!