Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Buat Resepi Daging Dendeng Yang Membangkit Rasa

resepi daging dendeng

Resepi daging dendeng merupakan menu yang sangat terkenal disebabkan oleh aroma dan juga rasanya yang sangat sedap serta membangkitkan selera.

Resepi ini begitu mudah disediakan dan bahan-bahannya juga sangat senang diperolehi. Menu yang tidak mudah basi dan tahan lama ini juga sangat sesuai dijadikan hidangan sewaktu menyambut perayaan atau sebarang majlis seperti kenduri kahwin dan lain-lain.

Resepi ini boleh dimasak dengan pelbagai cara namun versi Minangkabau yang juga dikenali sebagai daging dendeng berlado atau dendeng batakok yang berasal dari Padang Sumatra Barat, Indonesia adalah yang paling popular.

Namun kini resepi daging dendeng telah diolah oleh ramai selebriti masakan mengikut kreativiti mereka tetapi masih mengekalkan keasliannya. Di bawah ini kami kongsikan cara memasak daging dendeng yang paling mudah namun sedap untuk Mommy cuba.

Cara Penyediaan Resepi Daging Dendeng

Berikut merupakan cara-cara untuk memasak daging dendeng iaitu:

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging
  • 10-12 sudu besar kicap manis
  • 2 inci halia
  • 2 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 senduk cili kisar
  • 10 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu gula perang
  • serbuk perasa
  • minyak masak

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula Mommy hiris nipis daging mengikut kesukaan dan cuci sehingga bersih.

Kredit gambar: Facebook @Liza Idris

Kemudian rebus daging sehingga ia menjadi empuk. Angkat dan toskan daging tersebut. Simpan sekurang-kurangnya satu mangkuk air rebusan daging.

#2. Selepas itu tumbuk daging sehingga ia agak penyet lalu masukkan ke dalam bekas dan perap bersama kicap lebih kurang 20 minit atau lebih.

Kredit gambar: Facebook @Liza Idris

#3. Panaskan minyak di dalam kuali.

Kredit gambar: Facebook @Liza Idris

Apabila minyak sudah panas goreng daging lebih kurang lima minit. Angkat dan ketepikan.

#4. Kemudian, Mommy masukkan halia, bawang besar, bawang putih ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.

Kredit gambar: Facebook @Liza Idris

#5. Menggunakan kuali yang sama dan dengan minyak secukupnya, Mommy tumis serai yang telah diketuk sedikit sehingga naik bau.

Kredit gambar: Facebook @Liza Idris

Selepas itu masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi, kacau sehingga warnanya berubah kekuningan.

#6. Seterusnya, masukkan 2 senduk cili kisar, kacau sebati dan sehingga pecah minyak.

Kredit gambar: Facebook @Liza Idris

#7. Masukkan juga daun limau purut yang telah dicarik terlebih dahulu.

Kredit gambar: Facebook @Liza Idris

#8. Apabila ia sudah mereneh masukkan setengah cawan air asam jawa dan kacau sehingga rata.

Kredit gambar: Facebook @Liza Idris

#9. Kemudian masukkan 2 sudu gula dan gaul rata.

Kredit gambar: Facebook @Liza Idris

#10. Ambil lebih kurang setengah mangkuk kecil air rebusan daging tadi dan masukkan kedalam tumisan. Masak sehingga pecah minyak.

Kredit gambar: Facebook @Liza Idris

#11. Tuangkan kicap dalam kira-kira 10 sudu makan dan kacau sehingga sebati.

Kredit gambar: Facebook @Liza Idris

#12. Selepas itu Mommy masukkan daging yang telah digoreng tadi.

Kredit gambar: Facebook @Liza Idris

Kacau daging supaya semuanya berpalit dan masak sehingga kuah sedikit pekat.

#13. Akhir sekali, Mommy masukkan serbuk perasa secukupnya, kacau seketika, kemudian tutup api.

Kredit gambar: Facebook @Liza Idris

Print

Resepi Daging Dendeng

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

  • 1/2 kg daging
  • 2 inci halia
  • 2 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 10-12 sudu besar kicap manis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 senduk cili kisar
  • 10 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu gula perang
  • Serbuk perasa (secukup rasa)
  • Minyak masak

Instructions

  • Hiris nipis daging mengikut cita rasa dan cuci sehingga bersih.
  • Rebus daging sehingga empuk. Angkat dan toskan. Simpan sekurang-kurangnya satu mangkuk air rebusan daging.
  • Tumbuk daging sehingga ia agak penyet lalu masukkan ke dalam bekas dan perap bersama kicap lebih kurang 20 minit atau lebih.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan apabila minyak sudah panas, gorengkan daging dalam lebih kurang lima minit. Angkat dan ketepikan.
  • Kemudian, masukkan halia, bawang besar, dan bawang putih ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
  • Menggunakan kuali yang sama dan dengan minyak secukupnya, tumis serai yang telah diketuk sehingga naik bau.
  • Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi, kacau sehingga warnanya berubah kekuningan.
  • Seterusnya, masukkan 2 senduk cili kisar, kacau sebati dan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan daun limau purut yang telah dicarik terlebih dahulu. Apabila ia sudah mereneh, masukkan setengah cawan air asam jawa dan kacau sehingga rata.
  • Kemudian masukkan 2 sudu gula dan gaul rata.
  • Ambil lebih kurang setengah mangkuk kecil air rebusan daging tadi dan masukkan kedalam tumisan. Masak sehingga pecah minyak.
  • Tuangkan kicap dalam kira-kira 10 sudu makan dan kacau sehingga sebati.
  • Kemudian, masukkan daging yang telah digoreng ke dalam kuali dan kacau daging sehingga semuanya berpalit dan masak sehingga kuah agak pekat atau mengikut cita rasa.
  • Akhir sekali, tambahkan serbuk perasa secukupnya, kacau seketika, kemudian tutup api.

Tips/Petua:

  • Pilih daging yang tiada atau kurang lemak dan urat.
  • Sedap dimakan bersama nasi impit.
  • Jika masak dalam kuantiti banyak, mommy boleh simpan didalam beberapa bekas dan panaskan apabila hendak makan. Gunakan api perlahan semasa memanaskannya.
  • Daging dendengĀ  dimasak tanpa menggunakan santan. Oleh sebab itu ia tidak basi dan tahan lama. Lagi kerap ia dipanaskan bertambah sedap rasanya.

Selamat mencuba Mommy!


Selain resepi ini, Mommy juga boleh cuba resepi-resepi yang lain di SINI!