Go Back
dendeng daging

Resepi Daging Dendeng

Course Menu Utama
Cuisine Melayu

Ingredients
  

  • 1/2 kg daging
  • 2 inci halia
  • 2 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 10-12 sudu besar kicap manis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 senduk cili kisar
  • 10 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu gula perang
  • Serbuk perasa (secukup rasa)
  • Minyak masak

Instructions
 

  • Hiris nipis daging mengikut cita rasa dan cuci sehingga bersih.
  • Rebus daging sehingga empuk. Angkat dan toskan. Simpan sekurang-kurangnya satu mangkuk air rebusan daging.
  • Tumbuk daging sehingga ia agak penyet lalu masukkan ke dalam bekas dan perap bersama kicap lebih kurang 20 minit atau lebih.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan apabila minyak sudah panas, gorengkan daging dalam lebih kurang lima minit. Angkat dan ketepikan.
  • Kemudian, masukkan halia, bawang besar, dan bawang putih ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
  • Menggunakan kuali yang sama dan dengan minyak secukupnya, tumis serai yang telah diketuk sehingga naik bau.
  • Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi, kacau sehingga warnanya berubah kekuningan.
  • Seterusnya, masukkan 2 senduk cili kisar, kacau sebati dan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan daun limau purut yang telah dicarik terlebih dahulu. Apabila ia sudah mereneh, masukkan setengah cawan air asam jawa dan kacau sehingga rata.
  • Kemudian masukkan 2 sudu gula dan gaul rata.
  • Ambil lebih kurang setengah mangkuk kecil air rebusan daging tadi dan masukkan kedalam tumisan. Masak sehingga pecah minyak.
  • Tuangkan kicap dalam kira-kira 10 sudu makan dan kacau sehingga sebati.
  • Kemudian, masukkan daging yang telah digoreng ke dalam kuali dan kacau daging sehingga semuanya berpalit dan masak sehingga kuah agak pekat atau mengikut cita rasa.
  • Akhir sekali, tambahkan serbuk perasa secukupnya, kacau seketika, kemudian tutup api.
Keyword Keluarga
Tried this recipe?Let us know how it was!