Cara Buat Resepi Daging Masak Merah Yang Cukup Rasa

resepi daging masak merah

Resepi daging masak merah ini boleh dimasak dengan pelbagai cara. Ada sesetengah orang suka masukkan cili kisar dan juga bahan-bahan lain lagi. Semuanya bergantung kepada citarasa masing-masing.

Tetapi resepi yang kami kongsikan ini menggunakan resepi asli masakan siam. Pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur apabila melihat kuahnya yang pekat dengan baunya yang harum.

Kalau Mommy peminat tegar daging masak merah asli siam, boleh cuba masak masakan ini berpandukan resepi yang telah kami kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba!

Resepi Daging Masak Merah

Highlighted


resepi daging masak merah

Senarai bahan-bahan dan juga cara memasaknya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

  • Daging 100gm
  • Sos tiram 1sb
  • Sos cili 2sb
  • Sos Tomato 1 1/2sb
  • 1 sk nampla
  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Capsicum
  • Sos labu

Cara-cara masak:

#1. Mula-mula Mommy rebus dahulu daging bersama dengan sos labu. Pastikan daging tersebut direbus selama 15 hingga 20 minit supaya ia menjadi lembut dan tidak liat.

cara masak daging
Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Setelah siap direbus, biarkannya seketika supaya kering dan sejuk sedikit. Bila daging sudah kering, Mommy hiris tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Sedang-sedang sahaja.

cara masak daging
Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi yang telah diketuk.

cara masak daging
Kredit gambar: Facebook @MAHN

#4. Apabila warna bawang sudah menjadi keperangan dan garing sedikit, Mommy masukkan pula hirisan daging yang telah direbus sebentar tadi.

cara masak daging
Kredit gambar: Facebook @MAHN

#5. Kacau seketika barulah dimasukkan sos tomato pula.

cara masak daging
Kredit gambar: Facebook @MAHN

#6. Seterusnya, masukkan pula sos cili.

cara masak daging
Kredit gambar: Facebook @MAHN

#7. Kemudian, masukkan sos tiram beserta dengan nampla.

cara memasak
Kredit gambar: Facebook @MAHN

#8. Untuk serlahkan warnanya lagi agar menjadi merah-kemerahan, Mommy masukkan sedikit sos labu tadi.

cara memasak
Kredit gambar: Facebook @MAHN

#9. Setelah itu, masukkan air dalam anggaran 10sb.

cara memasak
Kredit gambar: Facebook @MAHN

#10. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang holland dan juga capsicum.

cara memasak
Kredit gambar: Facebook @MAHN

Setelah masukkan kedua bahan ini, Mommy perkuatkan api, dan kacau sehingga rata.

Tips/Petua Menyediakan Resepi Daging Masak Merah

  • Mommy boleh tabur lada sulah di atas daging masak merah tadi.
  • Kalau Mommy suka kuah banyak, boleh lebihkan air, tapi perlu seimbangkan balik sos-sos yang dimasukkan agar tidak lari rasanya.

Dapatkan pelbagai resepi menarik di SINI.

0 replies on “Cara Buat Resepi Daging Masak Merah Yang Cukup Rasa”