Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Masak Resepi Daging Salai Masak Lemak dengan Rebung Paling POWER!

Kredit gambar: secukuprasa.com

Di Malaysia, salah satu hidangan yang paling popular adalah “Resepi Daging Salai Masak Lemak”. Hidangan lazat ini sering kali menjadi pilihan menu utama di majlis keramaian, perkahwinan, atau pun dalam hidangan harian di rumah.

Oleh sebab rasanya yang menggiurkan selera ramai, pada kali ini, jom kita cuba sediakan hidangan “Resepi Daging Salai Masak Lemak” dengan langkah-langkah yang mudah diikuti di bawah!

Resepi Daging Salai Masak Lemak dengan Rebung

Bahan-bahan:

  • 500gm daging salai
  • Rebung (ikut suka)
  • 1 biji timun
  • Garam
  • Gula
  • Cili hijau besar
  • Daun kunyit

Bahan-bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Sedikit belacan
  • 5 biji cili padi
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 sudu besar cili kisar
  • Sedikit air

Cara-Cara Memasak:

#1. Bersihkan daging, toskan airnya. Kemudian panaskan sedikit minyak, apabila sudah panas tuangkan kesemua bahan yang telah dikisar. tambahkan sedikit air.

#2. Apabila ia sudah mendidih, masukkan daging salai bersama dengan rebung. Pastikan Mommy memilih rebung yang segar dan berkualiti.

Kredit gambar: Facebook @Mazuina Awin

Masak sehingga daging dan rebung hampir lembut, masukkan timun yang telah dipotong.

#3. Setelah daging sudah lembut sepenuhnya dan timun sudah empuk, tuangkan santan dan kacau sebati. Masukkan juga cili hijau yang telah dibelah dan dibuang bijinya terlebih dahulu.

#4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Taburkan daun kunyit yang telah diracik halus untuk memberi aroma yang lebih kuat sebelum memadamkan api.

Kredit gambar: Facebook @Eyla Osman
Print

Resepi Daging Salai Masak Lemak dengan Rebung

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

Bahan-bahan:

  • 500 gm Daging salai
  • Rebung (ikut suka)
  • 1 biji Timun
  • Garam
  • Gula
  • Cili hijau besar
  • Daun kunyit

Bahan-bahan kisar:

  • 5 ulas Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • Sedikit Belacan
  • 5 biji Cili padi
  • 2 inci Kunyit hidup
  • 5 sudu besar Cili kisar
  • Sedikit Air

Instructions

  • Bersihkan daging, toskan airnya. Kemudian panaskan sedikit minyak, apabila sudah panas tuangkan kesemua bahan yang telah dikisar. tambahkan sedikit air.
  • Apabila ia sudah mendidih, masukkan daging salai bersama dengan rebung. Masak sehingga daging dan rebung hampir lembut, masukkan timun yang telah dipotong.
  • Setelah daging sudah lembut sepenuhnya dan timun sudah empuk, tuangkan santan dan kacau sebati. Masukkan juga cili hijau yang telah dibelah dan dibuang bijinya terlebih dahulu.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Taburkan daun kunyit yang telah diracik halus untuk memberi aroma yang lebih kuat sebelum memadamkan api.

Semoga dengan adanya panduan memasak ini, Mommy semua dapat menyediakan hidangan lazat yang membuka selera ramai. Selamat mencuba!


Ikuti pelbagai lagi tips dan panduan resepi menarik yang lain di SINI!