Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Street Food Terkenal di Korea! Jom Cuba Resepi ‘Egg Toast’ Untuk Sahur Kali Ini!

Kredit gambar: Py's Kitchen

‘Gilgeori Toast’ ataupun ‘Egg Toast’ ini bermaksud roti telur bakar dalam bahasa Korea.

Ia ialah sandwich telur penuh dengan rasa masin manis yang sangat popular dan sering dijual oleh penjual makanan jalanan ataupun street vendor di Korea.

Untuk penduduk tempatan, ‘Egg Toast’ ini adalah snek nostalgia bagi mereka mengimbau zaman kanak-kanak.

Bahan-bahannya sangat mudah untuk disediakan. Sayur-sayur dalam peti tu, bila lagi kita nak masak kan, Mommy?

Menu ini sangat sesuai untuk dijamu semasa sahur atau moreh selepas terawih kerana ia cepat dan mudah untuk disediakan. Jom lihat cara-cara untuk menyediakan ‘Edd Toast’ ini.

Print

Resepi Korean Egg Toast

Course Sarapan
Cuisine Korea
Keyword roti

Ingredients

  • 2 biji telur
  • ¼ biji kubis
  • ¼ batang lobak merah
  • ½ bawang bawang holland
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh secukup rasa/serbuk pati ayam
  • Sedikit lada hitam
  • 2 keping roti
  • 2 batang sosej (dimasak)
  • 1 keping cheese ceddar
  • Sos cili/Mayonis

Instructions

  • Dalam mangkuk kecil, satukan kubis, lobak merah, bawang, daun bawang, garam dan serbuk lada putih. Gaulkan campuran sayur-sayuran.
  • Pecahkan telur dan gaul rata. Tambahkan lada hitam, kiub ayam/secukup rasa dan garam. Pastikan gaul rata.
  • Dalam nonstick pan, cairkan 1 sudu besar mentega di atas api sederhana. Letakkan kedua-dua kepingan roti di atas kuali, gerakkannya untuk menyerap semua mentega cair pada satu sisi, dan bakar sehingga perang keemasan di bawahnya, kira-kira 2 minit.
  • Masukkan 1 sudu besar mentega ke dalam kuali, dan balikkan roti untuk menyerap mentega dan bakar di sebelah lagi sehingga perang keemasan, 1 hingga 2 minit.
  • Dalam kuali yang sama, cairkan baki 1/2 sudu besar mentega dengan api sederhana.
  • Masukkan adunan kubis, dan gunakan satu spatula pada setiap tangan untuk membentuk dan memegangnya semasa ia masak untuk dipadankan dengan saiz roti.
  • Masak omelet kubis sehingga bahagian bawahnya bertukar sedikit keemasan, dalam 2 hingga 3 minit.
  • Balikkan adunan dengan berhati-hati dan masak sehingga bahagian lain juga berubah menjadi keemasan.
  • Pindahkan omelet kubis ke sekeping roti yang telah dibakar. Letakkan sos cili, omelet kobis dan keju.
  • Di sini kita boleh tambahan sosej yang telah digoreng. Lengkapkan hidangan ini dengan kepingan roti yang kedua dan sedia untuk dihidang!

Buat mak-mak yang mempunyai anak kecil dan masih belum bersedia untuk berpuasa, Min cadangkan Mommy sediakan lebih 2,3 set ‘Egg Toast’ ini sebagai bekal untuk mereka. Senang untuk Mommy juga kerana tak perlu ke dapur 2,3 kali diawal pagi.

Kredit resepi: Instagram Limau Nipis