French toast adalah makanan barat yang tidak asing lagi untuk orang melayu, terutama untuk kanak-kanak. French toast antara makanan kegemaran ramai apabila roti tersebut disalut dengan telur dan ada perasa.
Anak-anak Mommy suka makan roti yang berperasa cinnamon? Jom ikuti resepi yang super fluffy dan confirm sedap ni.
French Toast Cinnamon
Bahan-Bahan:
- 8 keping roti putih (tak kisah jenama apa)
- 2 telur
- 1 sudu besar susu pekat manis
- ½ cawan susu segar
- Secubit garam
- 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (cinnamon)
- 1 sudu kecil butter
- Sirap maple/madu untuk topping
Cara-Cara:
1. Campurkan semua bahan kecuali roti dan butter. Kacau rata.
2. Panaskan non stick pan dan masukkan butter.
3. Celupkan sekeping roti ke dalam bancuhan tadi dan pastikan rata kedua belah.
4. Kemudian masukkan roti ke dalam pan dan biarkan masak sehingga kekuningan.
5. Balikkan dan biarkan sedikit garing. Kemudian boleh la di angkat dan letakkan ke atas pinggan yang di lapik tisu. Ulang sehingga habis semua roti.
6. Potong rfrench toast kepada dua bahagian supaya senang nak makan dan boleh dihidangkan.
French Toast Cinnamon
Ingredients
- 8 keping Roti putih
- 2 biji Telur
- 1 sudu besar Susu pekat manis
- ½ cawan Susu segar
- Secubit Garam
- 1 sudu kecil Serbuk kulit kayu manis
- 1 sudu kecil Butter
- Sirap maple/madu (untuk topping)
Instructions
- Campurkan semua bahan kecuali roti dan butter. Kacau rata.
- Panaskan non-stick pan dan masukkan butter.
- Celupkan sekeping roti ke dalam bancuhan tadi dan pastikan rata kedua belah.
- Kemudian masukkan roti ke dalam pan dan biarkan masak sehingga kekuningan.
- Balikkan dan biarkan sedikit garing. Kemudian boleh la di angkat dan letakkan ke atas pinggan yang di lapik tisu. Ulang sehingga habis semua roti.
- Potong rfrench toast kepada dua bahagian supaya senang nak makan dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba Mommy!
Dapatkan lebih banyak resepi yang sedap dan mudah di SINI.