Juadah gulai ayam, jika melihatnya sahaja boleh membuatkan kita menelan air liur apatah lagi jika sedang menikmatinya. Resepi gulai ayam ini selain rasanya yang sangat sedap, ianya juga di antara hidangan utama yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Terdapat pelbagai versi menu gulai ini oleh sebab kepelbagaian budaya dan juga bangsa. Selain versi menu yang pelbagai, gulai ayam ini juga mempunyai nama lain iaitu kari ayam.
Bagi kawasan di bahagian barat semenanjung Malaysia, nama gulai adalah sangat sinonim dengan mereka.
Gulai ayam adalah juadah yang popular dikalangan kita kerana selain makan dengan nasi panas-panas, ianya juga boleh dimakan dengan roti dan pulut. Jika kuahnya pekat lagi terangkatlah kenikmatan dan kelazatannya.
Selain itu juga bahan-bahan untuk memasak gulai ayam ini sangat mudah dicari. Resepinya juga mudah untuk diikuti bagi mereka yang baru sahaja belajar memasak gulai ayam.
Jom cuba resepi ini yang sangat mudah dan lazat!
Resepi Gulai Ayam Versi Utara
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam
- 1 cawan santan pekat
- Ubi kentang
- 2 biji tomato
- 3 biji cili hijau
- Garam
- Gula
Bahan-bahan A (untuk dikisar):
- 5 sudu besar rempah kari ayam
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 sudu besar serbuk cili/cili kering yang telah dikisar
Bahan-bahan B (untuk ditumis):
- 1 biji bawang besar dihiris
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 3 inci halia dihiris
- 2 batang kayu manis (ukuran dalam 1 inci)
- 2- 3 biji bunga lawang
- 2-3 biji bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 4 tangkai daun kari
- 2 helai daun pandan
Cara-cara:
#1. Mula-mula panaskan periuk dan tuangkan minyak secukupnya untuk menumis.
Kemudian, masukkan bahan-bahan B dan tumis sehingga naik bau dan daun kari menjadi sedikit garing. Selepas itu, masukkan bahan-bahan A,
#2. Mommy kacau dan tutup periuk sehingga tumisan rempah tersebut pecah minyak. Sekiranya rempah agak pekat, tuangkan sedikit air dan terus masukkan ayam.
Kemudian, Mommy kacau semuanya menjadi sebati dan tutup periuk semula, Mommy biarkan ia masak lebih kurang 5 minit atau sehingga ayam separuh masak.
#3. Selepas itu masukkan santan, garam, gula, dan perisa, kemudian kacau biar sekata.
Biarkan sehingga kuah mendidih, seterusnya masukkan ubi kentang yang dibelah empat dan masak sehingga ubi empuk. Akhir sekali masukkan buah tomato dan cili hijau. Mommy biarkan gulai mendidih seketika, kemudian padamkan api.
Tips/Petua Memasak Resepi Gulai Ayam
- Selain dimakan bersama nasi putih, kuah gulai ayam ini sangat sedap dibuat sebagai kuah pencecah roti jala, roti benggali, roti canai, dan capati.
- Untuk dimakan dengan pulut pula, kuah perlu dimasak sehingga pekat.
Resepi Gulai Ayam Versi Utara
Ingredients
Bahan-bahan Utama
- 1 ekor Ayam
- 1 cwn Santan pekat
- Ubi kentang
- 2 biji Tomato
- 3 tangkai Cili Hijau
- Garam
- Gula
Bahan-bahan A (untuk dikisar)
- 5 sudu besar Rempah kari ayam
- 1 biji Bawang besar
- 3 ulas Bawang putih
- 2 inci Halia
- 1 sudu besar serbuk cili/pes cili
Bahan-bahan B (untuk ditumis)
- 1 biji Bawang besar dihiris
- 2 ulas Bawang putih dihiris
- 3 inci Halia dihiris
- 2 batang Kayu manis Ukuran dalam 1 inci
- 2-3 biji Bunga lawang
- 2-3 biji Bunga cengkih
- 3 biji Buah pelaga
- 4 tangkai Daun kari
- 2 helai Daun pandan
Instructions
- Mula-mula panaskan periuk dan tuangkan minyak secukupnya untuk menumis. Kemudian, masukkan bahan-bahan B dan tumis sehingga naik bau dan daun kari menjadi sedikit garing. Selepas itu, masukkan bahan-bahan A,
- Kacau dan tutup periuk sehingga tumisan rempah tersebut pecah minyak. Sekiranya rempah agak pekat, tuangkan sedikit air dan terus masukkan ayam. Kemudian, kacau sebati dan tutup semula periuk. Biarkan ia masak lebih kurang 5 minit atau sehingga ayam separuh masak.
- Masukkan santan, garam, gula, dan serbuk perisa, kemudian kacau biar sekata.
- Biarkan sehingga kuah mendidih, seterusnya masukkan ubi kentang yang dibelah empat dan masak sehingga ubi empuk.
- Masukkan buah tomato dan cili hijau dan biarkan gulai mendidih seketika. Kemudian padamkan api dan siap untuk dihidang!
Jadikan resepi ini sebagai hidangan makan tengahari bersama keluarga tersayang. Selamat menjamu selera!
Dapatkan pelbagai resepi menarik DI SINI.