Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Gulai Ayam Utara Yang Sangat Sedap, Pekat Dan Memikat Rasa!

resepi gulai ayam

Sumber Blog NurulHayati Ramli

Juadah gulai ayam, jika melihatnya sahaja boleh membuatkan kita menelan air liur apatah lagi jika sedang menikmatinya. Resepi gulai ayam ini selain rasanya yang sangat sedap, ianya juga di antara hidangan utama yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Terdapat pelbagai versi menu gulai ini oleh sebab kepelbagaian budaya dan juga bangsa. Selain versi menu yang pelbagai, gulai ayam ini juga mempunyai nama lain iaitu kari ayam.

Bagi kawasan di bahagian barat semenanjung Malaysia, nama gulai adalah sangat sinonim dengan mereka.

Gulai ayam adalah juadah yang popular dikalangan kita kerana selain makan dengan nasi panas-panas, ianya juga boleh dimakan dengan roti dan pulut. Jika kuahnya pekat lagi terangkatlah kenikmatan dan kelazatannya.

Selain itu juga bahan-bahan untuk memasak gulai ayam ini sangat mudah dicari. Resepinya juga mudah untuk diikuti bagi mereka yang baru sahaja belajar memasak gulai ayam.

Jom cuba resepi ini yang sangat mudah dan lazat!

Resepi Gulai Ayam Versi Utara

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 1 cawan santan pekat
  • Ubi kentang
  • 2 biji tomato
  • 3 biji cili hijau
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan A (untuk dikisar):

  • 5 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar serbuk cili/cili kering yang telah dikisar

Bahan-bahan B (untuk ditumis):

  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 3 inci halia dihiris
  • 2 batang kayu manis (ukuran dalam 1 inci)
  • 2- 3 biji bunga lawang
  • 2-3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara:

#1. Mula-mula panaskan periuk dan tuangkan minyak secukupnya untuk menumis.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Kemudian, masukkan bahan-bahan B dan tumis sehingga naik bau dan daun kari menjadi sedikit garing. Selepas itu, masukkan bahan-bahan A,

#2. Mommy kacau dan tutup periuk sehingga tumisan rempah tersebut pecah minyak. Sekiranya rempah agak pekat, tuangkan sedikit air dan terus masukkan ayam.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Kemudian, Mommy kacau semuanya menjadi sebati dan tutup periuk semula, Mommy biarkan ia masak lebih kurang 5 minit atau sehingga ayam separuh masak.

#3. Selepas itu masukkan santan, garam, gula, dan perisa, kemudian kacau biar sekata.

Kredit gambar: Facebook@MAHN

Biarkan sehingga kuah mendidih, seterusnya masukkan ubi kentang yang dibelah empat dan masak sehingga ubi empuk. Akhir sekali masukkan buah tomato dan cili hijau. Mommy biarkan gulai mendidih seketika, kemudian padamkan api.

Tips/Petua Memasak Resepi Gulai Ayam

  • Selain dimakan bersama nasi putih, kuah gulai ayam ini sangat sedap dibuat sebagai kuah pencecah roti jala, roti benggali, roti canai, dan capati.
  • Untuk dimakan dengan pulut pula, kuah perlu dimasak sehingga pekat.
resepi gulai ayam
Print

Resepi Gulai Ayam Versi Utara

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword ayam

Ingredients

Bahan-bahan Utama

  • 1 ekor Ayam
  • 1 cwn Santan pekat
  • Ubi kentang
  • 2 biji Tomato
  • 3 tangkai Cili Hijau
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan A (untuk dikisar)

  • 5 sudu besar Rempah kari ayam
  • 1 biji Bawang besar
  • 3 ulas Bawang putih
  • 2 inci Halia
  • 1 sudu besar serbuk cili/pes cili

Bahan-bahan B (untuk ditumis)

  • 1 biji Bawang besar dihiris
  • 2 ulas Bawang putih dihiris
  • 3 inci Halia dihiris
  • 2 batang Kayu manis Ukuran dalam 1 inci
  • 2-3 biji Bunga lawang
  • 2-3 biji Bunga cengkih
  • 3 biji Buah pelaga
  • 4 tangkai Daun kari
  • 2 helai Daun pandan

Instructions

  • Mula-mula panaskan periuk dan tuangkan minyak secukupnya untuk menumis. Kemudian, masukkan bahan-bahan B dan tumis sehingga naik bau dan daun kari menjadi sedikit garing. Selepas itu, masukkan bahan-bahan A,
  • Kacau dan tutup periuk sehingga tumisan rempah tersebut pecah minyak. Sekiranya rempah agak pekat, tuangkan sedikit air dan terus masukkan ayam. Kemudian, kacau sebati dan tutup semula periuk. Biarkan ia masak lebih kurang 5 minit atau sehingga ayam separuh masak.
  • Masukkan santan, garam, gula, dan serbuk perisa, kemudian kacau biar sekata.
  • Biarkan sehingga kuah mendidih, seterusnya masukkan ubi kentang yang dibelah empat dan masak sehingga ubi empuk. 
  • Masukkan buah tomato dan cili hijau dan biarkan gulai mendidih seketika. Kemudian padamkan api dan siap untuk dihidang!

Jadikan resepi ini sebagai hidangan makan tengahari bersama keluarga tersayang. Selamat menjamu selera!


Dapatkan pelbagai resepi menarik DI SINI.