Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Memang Sedap Terangkat! Jom Cuba Resepi Gulai Daging Kawah Kenduri Ini

Kredit gambar: rasa.my

Buat mereka yang sukakan lauk daging, gulai daging memang tak asinglah kan? Kalau makan bersama nasi panas dan ada acar sayur pula, cukup terangkatlah! Menambah-nambah pula nantinya.

Selalunya kita nikmati hidangan ini di kenduri kan? Tetapi kalau Mommy rajin, boleh je cuba resepi daging gulai kawah ni. Makan di rumah bersama keluarga lagi best!

Resepi Gulai Daging Kawah

Kredit gambar: rasa.my

Resepi oleh: Rasa

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging lembu
  • 1 biji kelapa (jadikan ia santan yang sederhana pekat)
  • 1 biji bawang besar yang dihiris nipis
  • 2 kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar cili boh
  • 3 sudu besar rempah gulai daging
  • Gula melaka
  • Garam
  • 1 asam keping
  • 1 sudu besar kerisik
  • 3 biji ubi kentang

Bahan kisar

  • 7-10 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-Cara

1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan tumiskan bawang yang dihiris nipis bersama rempah 4 sekawan.

Kredit gambar: rasa.my

2. Teruskan dengan memasukkan cili boh dan tumis sehingga ia masak.

Kredit gambar: rasa.my

3. Diikuti dengan bahan kisar. Sambung tumis sehingga betul-betul pecah minyak ya Mommy.

Kredit gambar: rasa.my

4. Kemudian, masukkan rempah gulai daging dan kacaukan sebati kesemuanya.

Kredit gambar: rasa.my

5. Bila dah sebati, masukkan daging dan gaulkan rata ia bersama rempah ini.

Kredit gambar: rasa.my

6. Seterusnya, tuangkan air dan masak sehingga daging empuk.

Kredit gambar: rasa.my

7. Apabila daging dah masak, biarkan ia mendidih dan terus masukkan kerisik bersama asam keping. Biarkan airnya sedikit kering ya.

Kredit gambar: rasa.my

8. Akhir sekali, tuangkan santan dan masukkan ubi kentang. Perasakan juga dengan garam dan gula melaka secukupnya. Tunggu sehingga ubi kentang empuk dan gulai kita dah pecah minyak, tutup api dan siap!

Kredit gambar: rasa.my

Tips Memasak Gulai Daging Kawah

  • Asalkan masakan yang melibatkan proses menumis, Mommy mesti pastikan rempah ditumis sehingga pecah minyak ya.

Tak semestinya dengan nasi, gulai daging kawah ni pun sedap dinikmati bersama roti kan? Nanti jangan lupa cuba ya Mommy!

Print

Resepi Gulai Daging Kawah

Course Makan Malam, Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword Daging, gulai

Equipment

  • Kuali
  • Senduk

Ingredients

  • 1 kg daging lembu
  • 1 biji kelapa (jadikan ia santan yang sederhana pekat)
  • 1 biji bawang besar yang dihiris nipis
  • 2 potong kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar cili boh
  • 3 sudu besar rempah gulai daging
  • Gula melaka
  • Garam
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu besar kerisik
  • 3 biji ubi kentang

Bahan kisar

  • 7-10 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup

Instructions

  • Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bawang yang dihiris nipis bersama rempah 4 sekawan.
  • Teruskan dengan memasukkan cili boh dan tumis sehingga ia masak.
  • Diikuti dengan bahan kisar. Sambung tumis sehingga betul-betul pecah minyak.
  • Kemudian, masukkan rempah gulai daging dan kacaukan sebati kesemuanya.
  • Bila dah sebati, masukkan daging dan gaulkan rata ia bersama rempah ini.
  • Seterusnya, tuangkan air dan masak sehingga daging empuk.
  • Apabila daging dah masak, biarkan ia mendidih dan terus masukkan kerisik bersama asam keping. Biarkan airnya sedikit kering.
  • Akhir sekali, tuangkan santan dan masukkan ubi kentang. Perasakan juga dengan garam dan gula melaka secukupnya. Tunggu sehingga kentang empuk dan gulai kita pecah minyak, tutup api dan siap!

Untuk pelbagai resepi yang lain, Mommy boleh klik SINI.