Go Back
gulai daging

Resepi Gulai Daging Kawah

Course Makan Malam, Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu

Equipment

  • Kuali
  • Senduk

Ingredients
  

  • 1 kg daging lembu
  • 1 biji kelapa (jadikan ia santan yang sederhana pekat)
  • 1 biji bawang besar yang dihiris nipis
  • 2 potong kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar cili boh
  • 3 sudu besar rempah gulai daging
  • Gula melaka
  • Garam
  • 1 keping asam keping
  • 1 sudu besar kerisik
  • 3 biji ubi kentang

Bahan kisar

  • 7-10 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup

Instructions
 

  • Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bawang yang dihiris nipis bersama rempah 4 sekawan.
  • Teruskan dengan memasukkan cili boh dan tumis sehingga ia masak.
  • Diikuti dengan bahan kisar. Sambung tumis sehingga betul-betul pecah minyak.
  • Kemudian, masukkan rempah gulai daging dan kacaukan sebati kesemuanya.
  • Bila dah sebati, masukkan daging dan gaulkan rata ia bersama rempah ini.
  • Seterusnya, tuangkan air dan masak sehingga daging empuk.
  • Apabila daging dah masak, biarkan ia mendidih dan terus masukkan kerisik bersama asam keping. Biarkan airnya sedikit kering.
  • Akhir sekali, tuangkan santan dan masukkan ubi kentang. Perasakan juga dengan garam dan gula melaka secukupnya. Tunggu sehingga kentang empuk dan gulai kita pecah minyak, tutup api dan siap!
Keyword Daging, gulai
Tried this recipe?Let us know how it was!