Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Gulai Udang Original Kelantan, Mudah & Sedap!

Anak-anak Mommy peminat udang tapi tiada idea nak masak apa?
Mari Min kongsikan satu resepi gulai udang style kelantan yang mudah dan confirm jadi! Boleh la cuba resepi ini.
Rasanya yang sedap dan enak pasti dapat memikat selera anak-anak dan keluarga Mommy.

Resepi Gulai Udang Kelantan

Bahan bahan:

  • 350 gram udang
  • Santan dari 1 biji kelapa – 700 ml
  • 1-2 keping asam keping
  • 1 inci lengkuas – ketuk
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • 1 biji timun
  • Lada solok/cili padi

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 4 hiris lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit
  • 6-7 biji cili kering – 1 sudu besar cili kisar

Cara cara:

1. Masak santan dan garam sehingga hampir mendidih dan masukkan bahan kisar. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berbiji. Kacau rata sehingga mendidih.
Kredit Gambar: Youtube@BELLA SUKA SHARE
2. Masukkan asam keping dan kacau atas api perlahan sehingga mendidih dan terbit minyak. Jika kuah pekat, boleh tambah 100 ml santan cair.
Kredit Gambar: Youtube@BELLA SUKA SHARE
3. Setelah terbit minyak dan elok pekatnya, masukkan timun dan biarkan sehingga timun separuh lembut, masukkan udang.
Kredit Gambar: Youtube@BELLA SUKA SHARE
4. Akhir sekali, masukkan cili padi. Masak daIam 5-6 minit, tutup api.
Kredit Gambar: Youtube@BELLA SUKA SHARE

Tips Menyediakan Resepi Gulai Udang Kelantan

  • Kuah kena pekat sebab udang akan keluarkan air.
  • Masukkan garam dahulu sebagai petua bagi mengelakkan santan ‘berketul’.
Print

Resepi Gulai Udang Kelantan 

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

  • 350 gram Udang
  • 700 ml Santan (1 biji kelapa)
  • 1 inci Lengkuas (diketuk)
  • 1-2 keping Asam keping
  • 1 biji Timun
  • Cili padi
  • Sedikit Gula
  • Garam (secukup rasa)

Bahan kisar

  • 5 biji Bawang merah
  • 4 hiris Lengkuas
  • 1 inci Kunyit hidup
  • 6-7 biji Cili kering

Instructions

  • Masak santan dan garam sehingga hampir mendidih dan masukkan bahan kisar. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berbiji. Kacau rata sehingga mendidih.
  • Masukkan asam keping dan kacau atas api perlahan sehingga mendidih dan terbit minyak. Jika kuah pekat, boleh tambah 100 ml santan cair.
  • Setelah terbit minyak dan elok pekatnya, masukkan timun dan biarkan sehingga timun separuh lembut, masukkan udang.
  • Akhir sekali, masukkan cili padi. Masak daIam 5-6 minit, tutup api.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu Mommy menyediakan gulai udang yang sedap.

Dapatkan lebih banyak aneka resepi yang sedap dan mudah di SINI.