Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Guna Air Fryer: Tauhu Sumbat Sebagai Snek Minum Petang

Tahukah Mommy, tauhu berasal dari negara China. Ia lebih dikenali sebagai ‘tofu’ tetapi bagi orang Indonesia, Malaysia dan Thailand, ia lebih terkenal dengan ‘tauhu’.

Sebenarnya terdapat beberapa jenis tauhu dan khasiat yang bagus kepada kesihatan kita. Jom kita tambah pengetahuan mengenai tauhu demi pemakanan yang sihat pada masa hadapan.

Jenis Dan Khasiat Tauhu 

  • Tauhu Putih

Sumber: Shutterstock

Bila Mommy pergi ke supermarket, Mommy mesti perasan beberapa jenis tauhu – tauhu putih, tauhu kuning, dan tauhu telur. Kenapa banyak sangat jenis tauhu dan apakah beza semua ini?

Yang paling popular mestilah tauhu putih. Tauhu putih mempunyai tekstur yang padat, sesuai untuk makan bersama kuah, campur dalam masakan, jadikan bergedil, nugget ataupun kroket.

  • Tauhu Kuning

Sumber: Shutterstock

Tauhu kuning pula mempunyai tekstur yang lebih kenyal dan lembut. Ia tidak mudah hancur berbanding tauhu putih dan sedap jika dimasukkan ke dalam sup.

Bila digoreng, luarnya rasa rangup dan isi dalamnya yang lembut. Tauhu kuning yang digoreng juga sering dihidang sebagai tauhu sumbat atau bersama menu ayam penyet, masakan Indonesia.

  • Tauhu Telur

Sumber: Shutterstock

Tofu atau tauhu telur pula sejenis tauhu yang sangat lembut dan halus teksturnya. Tauhu telur ini sangat sedap jika di masak sup, atau Tauhu Telur Chinese Style. Tetapi yang renyahnya bak kata oghang Kedah, Mommy perlu berhati-hati dan teliti semasa memasak menu yang menggunakan tauhu telur ini kerana ia mudah hancur.

Daripada proses penyediaan ke masakan, Mommy perlu ekstra berhati-hati dalam setiap langkah.

Khasiat Tauhu Pada Kesihatan

Seperti yang kita tahu, tauhu merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Kandungan protein yang tinggi pada tauhu juga membantu dalam mencegah daripada dijangkiti penyakit yang berbahaya.

Antara kelebihan makan tauhu adalah:

  • Meningkatkan pengeluaran tenaga
  • Mencegah penyakit jantung
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Mencegah osteoporosis
  • Masalah rambut gugur
  • Anti-penuaan

Tauhu juga kaya dengan sumber zat besi, protein, kalsium dan mineral yang sangat diperlukan tubuh badan.

Banyak juga kan khasiat tauhu? Mama mesti cuba resepi yang dikongsikan kali ini, iaitu Tauhu Sumbat. Senang je nak buat, lagi-lagi pakai Air Fryer! Selamat mencuba dan mudah-mudahan Mama berjaya!

Sumber: Shutterstock
Print

Resepi Tauhu Sumbat Guna Air Fryer

Course Makan Tengah Hari
Cuisine Melayu
Keyword tauhu, tauhu sumbat
Prep Time 15 minutes
Cook Time 33 minutes
Total Time 48 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

BAHAN-BAHAN A

  • 4 keping tauhu
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu minyak zaitun
  • ½ batang timun (Diparut halus)
  • ½ batang lobak merah (Diparut halus)

BAHAN-BAHAN B

  • 5 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ cawan air
  • 1 biji limau kasturi (Diambil jus)
  • 2 sudu makan gula
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu makan tepung jagung

Instructions

  • Panaskan air fryer dalam masa 3 minit pada suhu 200°C sehingga lampu heater padam.
  • Sapukan garam dan minyak zaitun pada tauhu.
  • Masukkan ke dalam air fryer dalam masa 10 minit.
  • Kemudian, terbalikkan tauhu dan masak lagi dalam 5 minit. Keluarkan.
  • Masukkan cili merah dan bawang putih ke dalam air fryer, Masakkan selama 5 minit.
  • Selepas itu, kisarkan bahan-bahan tadi dengan air sehingga halus.
  • Masukkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk stainless steel (mangkuk yang sesuai untuk air fryer). Gaulkan dengan jus limau, gula, garam, dan bancuhan tepung jagung.
  • Masukkan mangkuk ke dalam air fryer dan masak selama 10 minit.
  • Tauhu dipotong serong dan dibelah tengah.
  • Gaulkan timun lobak merah dengan sedikit garam.
  • Masukkan timun dan lobak merah yang digaul ke dalam tauhu dan hidangkan dengan sos cili yang dimasak tadi.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan Mommy yang lain ya!