Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sekali Cuba, Pasti Nak Lagi! Resepi Ikan Bakar Tomyam Yang Sungguh Lazat

Sebenarnya, ikan tenggiri memang sedap untuk dimakan dan dimasak dengan pelbagai cara. Teksturnya yang padat dan penuh dengan perisa yang lazat apabila dimasak dengan betul.

Kali ini, kita akan kongsikan Resepi Ikan Bakar Tomyam dengan menggunakan ikan tenggiri sebagai bahan utamanya. Jom lihat apakah khasiat ikan tenggiri kepada kesihatan dan bagaimana Mommy boleh masak resepi tomyam ikan bakar yang sangat marvelous ini!

Khasiat Ikan Tenggiri

Kredit gambar: Halodoc

Ikan tenggiri mempunyai pelbagai khasiat dan nutrien untuk tubuh badan kita seperti:

  • Kalsium
  • Zat besi
  • Magnesium
  • Fosfor
  • Kalium
  • Vitamin C
  • Vitamin B1
  • Vitamin B2
  • Vitamin B6
  • Folat
  • Kolin
  • Vitamin B12
  • Vitamin A
  • Vitamin E
  • Vitamin K

Ikan tenggiri yang kaya dengan nutrien ini memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan kita seperti berikut:

  • Mencegah kanser – Kaya dengan kandungan antioksidan, coenzyme Q10, dan omega-3.
  • Mencegah penyakit jantung – Rendah dengan kandungan lemak dan mempunyai selenium.
  • Menurunkan risiko diabetes – Omega-3 penting dalam mengawal kadar gula dalam darah.
  • Meningkatkan daya tahan tubuh badan – Antioksidan dapat meningkatkan kemampuan tubuh badan untuk melawan infection.
  • Mencegah anemia – Kandungan zat besi, vitamin B12, dan folat pada ikan tenggiri dapat mencegah anemia.
  • Mencegah penurunan fungsi kognitif – Omega-3 dapat membantu mengekalkan serta meningkatkan fungsi otak kita, khususnya pada pesakit Alzheimer.

Oleh itu, marilah kita mengamalkan makan ikan untuk kesihatan tubuh badan dan mendapatkan semua vitamin dan nutrien yang ada pada ikan ini. Ia juga sesuai untuk Mommy yang sedang diet, kerana ikan ini dapat memberi rasa kenyang yang tahan lama. Mommy juga boleh tambahkan salad, ataupun nasi untuk melengkapkan hidangan ini.

Kredit gambar: Cookpad

Resepi Ikan Bakar Tomyam ini menggunakan bahan-bahan yang mudah dan senang untuk didapati. Tunggu apa lagi, Mommy? Mari memasak!

Print

Resepi Ikan Bakar Tomyam Menggunakan Air Fryer

Course Menu Utama
Cuisine Thailand
Keyword Keluarga
Prep Time 15 minutes
Cook Time 18 minutes
Total Time 33 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

BAHAN-BAHAN A

  • 2 keping ikan tenggiri
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 1 helai daun limau purut (Dihiris)
  • 2 sudu makan serbuk/pes tomyam
  • 1 biji limau nipis (Diambil jus)

BAHAN-BAHAN B

  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 3 biji cili api (Dicencang)
  • 2 biji bawang merah (Dicencang)
  • 2 biji limau kasturi (Diambil jus)

Instructions

  • Mula-mula gaul ikan bersama semua bahan A. Kemudian perapkan selama 30 minit.
  • Panaskan air fryer pada suhu 200°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Masukkan ikan ke dalam air fryer dan masak selama 10 minit.
  • Selepas itu, terbalikkan ikan dan masak lagi 5 minit. Keluarkan.
  • Akhir sekali, gaulkan bahan B dan hidangkan bersama ikan bakar.