Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ikan Dory Breadcrumbs Menggunakan Air Fryer & Khasiat Ikan Dory Yang Mommy Perlu Tahu!

Kredit gambar: epcurious

Selalu dengar ikan Dory masak untuk fish and chips kan? Kali ini kita di Motherhood akan kongsikan resepi versi senang iaitu Ikan Dory Breadcrumbs yang hanya menggunakan Air Fryer sahaja.

Resepi ikan Dory ini sangat simple untuk hidangan tengah hari ataupun makan malam. Sebelum itu, mari kita lihat, apa manfaat makan ikan ni sebenarnya?

Manfaat Ikan Untuk Diet

Bagi Mommy yang sedang diet, satu fakta menarik tentang makan ikan adalah kajian terbaru yang dilakukan oleh Journal Nutrition, Metabolism, and Cardiovascular Diseases mendapati bahawa makan ikan boleh menjadi alternatif yang lebih sihat kepada sumber daging lain untuk kekal kurus.

Malah, makan ikan juga boleh menggalakkan penurunan berat badan yang lebih cepat.

Selain itu, sama seperti ikan-ikan lain, ikan Dory juga memiliki banyak manfaat untuk kesihatan kita termasuklah ikan dory. Ikan dory mempunyai sumber nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita, seperti protein, vitamin, omega 3, yodium, magnesium, dan zat besi. Wow!

Fish and chips adalah menu restoren western yang sangat terkenal di Malaysia. Memang fav la! Kita pun memang suka makan ikan!

Kredit gambar: channel food processing

Kenapa kita suka sangat ikan dory ni? Kerana ia memiliki tekstur yang lembut dan tidak hanyir seperti ikan lain.

Adakah Mommy tahu bahawa ikan dory yang ada di pasaran adalah ikan patin. Ya, ikan dory adalah ikan patin yang di import dari Vietnam. Nama ikan dory itu hanya sekadar gimik jualan supaya nampak lebih moden.

Rupa ikan dory atau ikan patin dari Vietnam sedikit berbeza. Ikan patin yang di import berwarna putih, manakala ikan patin lokal berwarna putih dan sedikit merah.

Khasiat Ikan Dory

Kredit gambar: Detikfood

Ikan dory akan membuatkan tubuh badan kita lebih sihat. Selain memiliki pelbagai nutrisi, harga ikan dory adalah lebih murah dan mampu milik. Sehingga ikan ini boleh menjadi salah satu alternatif kepada daging lembu yang harganya lebih mahal berbanding dengan ikan ini.

Antara khasiat yang ikan ini boleh beri kepada kita adalah:

  • Menjaga kesihatan kulit
  • Meningkatkan fungsi otak
  • Menjaga kesihatan mata
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Menguatkan otot

Takkan kita nak makan ikan sahaja kan? Kita mesti nak makan dengan sos tartar!

Sos Lazat Untuk Ikan Dory Breadcrumbs

Kredit gambar: yummyph
Sos tartar diperbuat daripada mayonis, jeruk cincang, dan herba seperti tarragon dan dill. Sos tartar juga boleh ditambahbaik dengan penambahan jenis herba lain, jus lemon, ataupun buah zaitun. Ia selalu dihidangkan sebagai sos dengan hidangan makanan laut seperti ikan goreng dan tiram goreng. Sedapnya!
Tambahan pula, sesetengah variasi sos tartar ini juga mungkin mengandungi bahan seperti cuka epal, pasli, bawang atau bawang merah. Walaupun rasa berbeza sedikit bergantung pada ramuan, sos tartar umumnya mempunyai rasa yang rich, tajam dan tekstur berkrim.
Ikan Dory Breadcrumbs ini memang sedap dinikmati bersama keluarga, lagi-lagi dengan sos tartar ini! Mommy juga boleh hidangkan bersama fries atau wedges untuk melengkapkan hidangan ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Print

Ikan Dory Breadcrumbs Menggunakan Air Fryer

Course Menu Utama
Keyword Keluarga
Prep Time 15 minutes
Cook Time 18 minutes
Total Time 33 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 2 keping ikan dory
  • ½ cawan tempung rempah serbaguna
  • 1 biji telur (Dipukul)
  • ½ cawan breadcrumbs
  • 1 sudu makan minyak zaitun

Instructions

  • Mula-mula, potong ikan dory anggaran 2 inci lebar.
  • Gaulkan ke dalam tepung rempah serbaguna.
  • Panaskan Air Fryer pada suhu 180°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
  • Celupkan ikan ke dalam telur.
  • Kemudian, celupkan ke dalam breadcrumbs pula.
  • Masukkan ikan ke dalam Air Fryer, dan spray minyak zaitun ke bahagian atas ikan supaya tidak kering sangat. Selepas itu, masakkan selama 10 minit.
  • Terbalikkan dan masak lagi 5 minit. Akhir sekali, hidangkan.