Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ikan Pari Bakar Bersambal Yang Lazat Menggunakan Air Fryer

Buat peminat ikan pari, resepi kali ini adalah Ikan Pari Bakar Bersambal dengan menggunakan Air Fryer yang pasti sedap! Sebelum itu, mari kita lihat dahulu khasiat, manfaat, fakta menarik dan juga amaran untuk ibu yang sedang hamil tentang ikan pari ini.

Mari kita lihat khasiat yang ikan pari dan juga sebab mengapa tidak disarankan untuk mengambilnya ketika mengandung.

Khasiat Ikan Pari

Kredit gambar: Dishthefish

Sesungguhnya, ia mempunyai pelbagai vitamin dan juga nutrien, antaranya adalah:

  • Vitamin A
  • Tiamin (Vitamin B1)
  • Riboflavin (Vitamin B2)
  • Niasin (Vitamin B3)
  • Piridoksin (Vitamin B6)
  • Kobalamin (Vitamin B12)
  • Vitamin D
  • Natrium
  • Kalium
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Fosfor
  • Zat besi
  • Zinc
Kredit gambar: Quora

Terdapat beberapa manfaat tentang ikan pari ini, antaranya adalah:

  • Menjaga kekuatan tulang dan gigi  Ikan pari memiliki kandungan kalsium yang penting untuk menjaga kekuatan tulang dan gigi.
  • Mengurangi risiko anemia – Ikan ini mengandungi zat besi yang hampir setara dengan 25% keperluan orang dewasa.
  • Sumber protein yang baik – Ikan pari tergolong makanan yang tinggi protein.
  • Membantu menjaga kesihatan jantung – Omega-3 dapat membantu mengawal kadar kolesterol.
  • Sumber vitamin D – Untuk mencukupkan keperluan nutrisi, anda dapat makan ikan ini yang memiliki kandungan vitamin D.

Awas! Khas untuk Ibu Hamil 

Peringatan untuk para Mommy di luar sana, ibu hamil yang gemar makan ikan pari lebih berisiko melahirkan anak dengan ukuran kepala yang lebih kecil, berat badan lahir rendah, dan mempunyai masalah perkembangan otot.

Ikan pari ini ada merkuri dan zat kimia yang bernama polychlorinated biphenyl (PCB). Selain itu, PCB juga mungkin akan mempengaruhi tahap kemampuan memori dan pembelajaran kanak-kanak. Mommy boleh gunakan cara memasak sihat yang dapat menghilangkan sisa lemak pada ikan, seperti memanggang ataupun stir-fry.

Pastinya, banyak khasiat daripada ikan pari dan juga peringatan untuk Mommy yang sedang hamil untuk kurangkan atau elakkan daripada makan ikan pari ini.

Moga-moga maklumat ini bermanfaat untuk Mommy dan selamat mencuba resepi Ikan Pari Bakar Bersambal ini!

 

Print

Ikan Pari Bakar Bersambal Menggunakan Air Fryer

Course Menu Utama
Cuisine Asia
Keyword Keluarga
Prep Time 15 minutes
Cook Time 28 minutes
Total Time 43 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 2 keping ikan pari
  • 4 biji cili merah
  • 3 biji cili api
  • 5-6 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • Daun pisang secukupnya

Instructions

  • Pertama sekali, kisar cili merah, cili api, daun limau purut, belacan, dan garam. Kemudian gaul sebati.
  • Panaskan Air Fryer pada suhu 160°C sehinnga lampu heater padam. Anggaran dalam 3 minit.
  • Masukkan daun pisang ke dalam Air Fryer.
  • Letakkan bahan yang gaul dan ikan di atas daun pisang.
  • Renjiskan atau spray minyak zaitun ke atas ikan dan masak selama 15 minit.
  • Selepas itu, terbalikkan ikan dan masak lagi 10 minit.
  • Akhir sekali, keluarkan ikan dan buangkan daun pisang. Hidangkan.