Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Asli Daripada Temerloh! Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Yang Pasti Mommy Repeat

resepi ikan patin tempoyak

Kredit gambar: Facebook Noor Ashikin

Mommy mencari-cari resepi Ikan Patin Tempoyak seperti yang Mommy cuba di Temerloh hujung minggu hari tu? Kali ini, Motherhood kongsikan resepi asli daripada salah seorang Mommy yang menyertai peraduan #MamaMasakMamaMenang bersama Motherhood.com.my.

Selain daripada resepi resepi Ikan Patin Tempoyak ini, Mommy boleh klik pada link di atas untuk melihat pelbagai resepi menarik yang dikongsikan peserta #MamaMasakMamaMenang atau resepi yang dikongsikan team Min di sini.

Mesti tak bosan makan tengah hari Mommy selepas ini. Sebelum itu, jom ikuti cara-cara menyimpan tempoyak dalam jangka masa yang lama.

Cara-Cara Menyimpan Tempoyak Supaya Tidak Berkulat

Berdasarkan perkongsian daripada Mayang Suri, ini adalah tips untuk menyediakan dan menyimpan tempoyak supaya ia tidak berkulat. Memang tempoyak sebenarnya masam, sebab tu Mommy harus asingkan dengan durian yang Mommy mahu makan dan durian yang Mommy nak buat tempoyak.

Kredit gambar: Facebook Mayang Suri

1. Pertama sekali, Mommy asingkan isi dan bijinya, tak cantik pun tak apa asalkan diasingkan. Durian jenis apa-apa pun boleh, kalau nak pakai durian musang king pun no hal!

Kredit gambar: Facebook Mayang Suri

2. Selepas itu, masukan didalam penapis. Tapiskan durian tadi dalam 2 malam di luar peti ais.

Kredit gambar: Facebook Mayang Suri

3. Jangan lupa untuk perisakan. Masukkan garam dan gaul rata. Mommy boleh agak-agak nak letak garam tu, jangan terlebih masin pula ya! Baru lah ada taste.

Kredit gambar: Facebook Mayang Suri

4. Akhir sekali, Mommy boleh letak dalam balang atau bekas bertutup. Letak sampai penuh pun tiada masalah. Apabila kita tapiskan tadi, gas-gas dia dah takda. Dia dah kembang siap dah. Sebelum tutup bahagian atas, taburkan sedikit gula dan simpan di dalam peti ais.

Senang tak Mommy? Durian-durian yang tak boleh habis tu, boleh buat jadi tempoyak dan kemudian, buat resepi Ikan Patin Masak Tempoyak untuk hidangan tengah hari Mommy sekeluarga.
bahan-bahan untuk resepi ikan patin tempoyak
Jadi Mommy pun dah tahu kan macam mana nak simpan tempoyak dalam jangka masa yang lama dan tidak berkulat. Semoga tips ini membantu untuk Mommy masak tempoyak dengan lebih lazat dan pasti anak-anak dan suami pun bertambah nasi! Sekarang, masa untuk mencuba Resepi Ikan Patin Tempoyak ini pula!

Selamat mencuba~

Print

Resepi Ikan Patin Tempoyak Asli

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

  • 1 ekor ikan patin
  • 1 senduk tempoyak*
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • 7 – 15 biji cili api*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • (Kisarkan bahan-bahan bertanda *)
  • Air
  • Garam
  • Gula

Instructions

  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisarkan ke dalam periuk.
  • Masukkan tempoyak. Jika lagi pekat kuah tempoyak, lagi sedap.
  • Masukkan air. Jika tak suka pekat, Mommy boleh tuangkan lebih air.
  • Apabila tempotak telah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  • Kemudian, baru masukkan ikan Patin.
  • Perasakan dengan garam & gula.
  • Masak sehingga ikan betul-betul masak.

Notes

Kredit: Facebook Noor Ashikin