Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Seperti Di Thailand! Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai Untuk Mommy Cuba

resepi ikan siakap 3 rasa

Kredit gambar: Che Nom

Lauk yang sama je setiap hari, balik-balik ikan goreng kan? Apa kata kita cuba tambahkan lagi rasa enak dalam masakan dan buat ikan goreng siakap 3 rasa ala Thai?

Mommy pernah terfikir tak apa beza kuah 3 rasa dengan masam manis yang biasa tu? Simple je penerangan dia Mommy, kuah 3 rasa ni lebih pekat, pedas dan lebih sarat dengan pelbagai bahan yang beraroma, sebab dalam kauh 3 rasa ada serai, daun limau purut dan tidak dilupakan, daun ketumbar. Tetapi kuah masam manis lebih mudah dan ringkas. Rasanya lebih manis berbanding dengan pedas.

Sekarang Mommy pun dah tahu beza dia kan? Tak kisah la makan biasa setiap hari ataupun ada makan besar di rumah Mommy, boleh cuba resepi yang dikongsikan Che Nom ini!

Tips Memasak Resepi Ikan Siakap 3 Rasa 

Sebelum memasak, Che Nom juga ada memberi petua dan tips tambahan untuk Mommy. Tips pertama ialah sebaiknya Mommy salut tepung jagung dekat-dekat nak goreng ikan, bila minyak baru mula nak panas. Kedua, jika Mommy tidak mempunyai minyak cili, boleh ganti dengan cili kisar untuk bahan kuah 3 rasa tu. Tetapi kalau boleh pakai minyak cili, memang rasa dia berbeza!

Jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasak resepi Ikan Siakap 3 Rasa ini.

Print

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai

Prep Time 25 minutes

Ingredients

  • 3-4 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ biji bawang holland
  • Sedikit capsicum
  • 1 batang serai (**boleh titik serai jika tak suka hirisan serai)
  • 2 pokok ketumbar
  • 1 biji tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 mangkuk sos cili
  • 1 mangkuk nenas didadu
  • 3-4 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 sudu besar pes cili Thai (**boleh ganti cili kisar 1 sudu besar kalau tak ada)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam, secukup rasa
  • 1 sudu kecil gula perang
  • 2-3 helai daun limau purut
  • Sedikit perahan jus limau nipis
  • Sedikit air, untuk lebih berkuah

Bahan-bahan untuk ikan siakap

  • 1 ekor ikan siakap
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Tepung jagung

Bahan-bahan untuk hiasan

  • Daun ketumbar
  • Daun salad
  • Hirisan nenas

Instructions

Cara-Cara Untuk Kuah 3 Rasa

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia cincang serta bawang holland dadu. Kacau sehingga naik bau.
  • Masukkan sedikit capsicum, hirisan nipis serai, akar dan batang ketumbar serta tomato dadu. Gaul sehingga tomato kelihatan sudah lembut.
  • Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, nanas yang didadu, cili padi, cili merah dan sedikit air sebagai kuah.
  • Tambah pes cili Thai, minyak cili, sos ikan, garam secukup rasa, gula perang dan taburan hirisan daun limau purut.
  • Masukkan sedikit perahan jus limau nipis dan kacau seketika lalu tutup api.

Cara-Cara Untuk Siakap 3 Rasa

  • Kelar isi ikan pada kedua belah bahagian.
  • Gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, lalu salutkan dengan taburan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan siakap sehingga garing kedua belah bahagian.
  • Tuang kuah 3 rasa diatas ikan dan hias dengan taburan daun ketumbar, hirisan nenas dan lapisan daun salad.
  • Kemudian, ikan siakap 3 rasa sudah siap untuk dihidang.

Notes

Kredit: Che Nom 

Semoga bermanfaat untuk Mommy dan sekeluarga! Senang je kan? Tetapi ia membuat makan tengah hari atau makan malam rasa lebih sedap, lebih wow! Confirm anak dan cik suami Mommy tambah nasi 2 kali!

Selamat mencuba Mommy! Jom cuba resepi ikan bakar tomyam pula!