Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Yang Cukup Rasa Masam & PEDAS Terangkat!

resepi ikan siakap stim

Resepi ikan siakap stim adalah menu sihat yang sememangnya sangat sesuai bagi anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Resepi ini juga boleh dijadikan menu bagi orang yang berada dalam keadaan berpantang. Menu ikan siakap stim ini merupakan satu resepi yang sangat terkenal di negara jiran kita iaitu Thailand.

Ikan siakap stim ini memang sangat sedap dengan campuran rasa pedas, masam dan masinnya yang dimasak dengan sekata. Rasa aroma dari halia, daun serai dan daun ketumbar memang serasi dengan masakan stim ini dan menambahkan lagi kita.

Biasanya resepi ini dimasak dengan cara kukus atau stim. Jika yang tiada periuk kukus Mommy boleh memasaknya dengan menggunakan kuali sahaja. Mengukus juga dapat menjimatkan masa dan tenaga kita dan juga dapat mengimbangkan cara pemakanan kita yang sihat.

Isi ikan siakap yang sangat lembut dan manis rasanya jika dimasak stim menjadikan masakan ini sangat diminati oleh ramai orang. Yang paling penting dapatkan ikan yang segar supaya terasa kemanisan isi ikan agar masakan stim Mommy juga tidak akan berbau hanyir.

Ikan Siakap yang di kukus dengan elok memang rasanya akan manis dan lazat. Tambahan pula jika diperah limau di atasnya, dengan supnya yang segar, memang puaslah kalau kita tahu cara masakan hidangan ini.

Makan dengan nasi putih panas atau meratah sahaja ikan ini pun sudah sedap dan cukup melazatkan. Di bawah ini terdapat resepi yang telah kami kongsikan supaya boleh Mommy cuba!

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 batang serai
  • 1 mangkuk besar air
  • 1/2 -1 ketul kiub ayam atau stok ayam homemade
  • 5 ulas bawang putih
  • Perahan jus dari 3 biji limau nipis, lebihkan jika bersaiz kecil
  • 1 sudu besar parutan gula melaka/Thai palm sugar
  • 6-7 biji cili padi
  • hirisan daun ketumbar
  • 1-2 sudu besar sos ikan

Cara-cara

Cara-cara untuk kukus siakap:

#1. Mula mula sekali Mommy cuci ikan siakap sehingga bersih kemudian buat beberapa kelaran pada bahagian sisi kedua belah ikan tersebut.

Sumber Facebook@MAHN

Teknik ini bagi memudahkan ikan masak dibahgian dalam dengan cepat. Dua batang serai tadi Mommy ketuk dan masukkan ke dalam perut ikan.

#2. Seterusnya Mommy isi air dalam periuk kukusan, apabila sudah mendidih masukkan ikan ke dalam pelengat dan kukus ikan selama lebih kurang 20 minit atau sehingga ikan masak.

Sumber RASA

Kalau tiada pengukus, mommy boleh rebus ikan tersebut. Sementara menunggu ikan masak, Mommy boleh sediakan kuah untuk disiram ke atas ikan nanti.

Cara-cara untuk kuah cili limau:

#1. Mommy didihkan dua cawan air di dalam periuk.

Sumber Facebook@MAHN

Apabila air sudah mendidih Mommy masukkan kiub ayam, ataupun stok ayam homemade jika ada. Jikalau Mommy menggunakan stok ayam homemade Mommy boleh kurangkan sediikit air. Kacau rata dan apabila sudah masak Mommy tutup api. Ketepikan seketika.

#2. Setelah air rebusan tadi menjadi suam Mommy tuang ke dalam mangkuk.

Sumber Facebook@MAHN

Kemudian masukkan bawang putih yang telah dicincang halus, jus limau nipis, parutan gula melaka, hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan sos ikan dan kacau sehingga sebati.

#3. Seterusnya, Mommy tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.

Sumber Facebook@MAHN

Tips/Petua Memasak Resepi Ikan Siakap Stim Limau

  • Jika mommy dapati air kukusan ikan agak banyak di dalam bekas kukusan, Mommy boleh buang sedikit dan biarkan sedikit sahaja sebelum Mommy tuang kuah. Mommy tidak perlu risau, rasanya tetap akan sedap.
  • Jika Mommy dapati kuah kurang masin, Mommy tambahkan sos ikan. Kalau kurang manis, tambahkan saja parutan gula melaka sehingga Mommy berpuas hati dengan rasanya..
  • Sengaja Mommya tidak masukkan semua bahan kuahke dalam air mendidh tadi dan hanya rendam di dalam kuah yang telah suam supaya ia tidak lecur dan dengan cara ini aroma dan kesegaran bahan-bahan dapat dikekalkan.
  • Untuk mengetahui sama ada ikan kukus sudah masak atau belum, senang sahaja, dengan menggunakan garfu Mommy kuis isi ikan pada bahagian tulang yang dikelar tadi. sekiranya isi mudah tertanggal dari tulang maksudnya ikan sudah betul-betul masak.
Print

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai

Course Menu Utama
Cuisine Thailand
Keyword Keluarga

Ingredients

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 batang serai
  • 1 mangkuk besar air
  • 1/2 -1 ketul kiub ayam/stok ayam
  • 5 ulas bawang putih
  • perahan jus limau nipis 3 biji limau nipis
  • 1 sudu besar parutan gula melaka/Thai palm sugar
  • 6-7 biji cili padi
  • Hirisan daun ketumbar
  • 1-2 sudu besar sos ikan

Instructions

Cara-cara untuk kukus siakap:

  • Cuci ikan siakap sehingga bersih kemudian buat beberapa kelaran pada bahagian sisi kedua belah ikan tersebut. Dua batang serai tadi Mommy ketuk dan masukkan ke dalam perut ikan.
  • Isi air dalam periuk kukusan, apabila sudah mendidih masukkan ikan ke dalam pelengat dan kukus ikan selama lebih kurang 20 minit atau sehingga ikan masak.
  • Kalau tiada pengukus, mommy boleh rebus ikan tersebut. Sementara menunggu ikan masak, Mommy boleh sediakan kuah untuk disiram ke atas ikan nanti.

Cara-cara untuk kuah cili limau:

  • Didihkan dua cawan air di dalam periuk.
  • Masukkan kiub ayam, ataupun stok ayam homemade jika ada. Jika menggunakan stok ayam homemade Mommy boleh kurangkan sediikit air. Kacau rata dan apabila sudah masak, tutup api dan ketepikan seketika.
  • Setelah air rebusan tadi menjadi suam Mommy tuang ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan bawang putih yang telah dicincang halus, jus limau nipis, parutan gula melaka, hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan sos ikan dan kacau sehingga sebati.
  • Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.

Untuk pelbagai resepi yang lain, Mommy boleh klik SINI.