Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Resepi Kailan Ikan Masin Sama seperti di Restoran Ikan Bakar Kegemaran!

Hmm, sedap betul kalau dapat makan ikan bakar dengan kailan ikan masin macam kat kedai tu kan? Tahu tak kita sebenarnya boleh masak kailan ikan masin sedap seperti kedai tu di rumah sahaja?

Sebelum kita mula memasak, jom kita tengok macam mana nak cuci kailan dengan bersih, dan juga khasiat kailan pada kesihatan untuk Mommy yang hamil. Kalau nak tahu, jom baca dengan lebih lanjut!

Khasiat Dan Kebaikan Sayur Kailan 

Bukan sahaja kailan sedap untuk lauk tengah hari dan di kedai ikan bakar, tetapi ia juga kaya dengan beberapa vitamin dan nutrien seperti:

  • Fiber
  • Vitamin A
  • Beta carotene
  • Luthein
  • Thiamin
  • Riboflavin
  • Niacin
  • Vitamin B6
  • Folik
  • Cholin
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Vitamin K
  • Kalsium
  • Potassium
  • Sodium
  • Magnesium
  • Besi
  • Zink
  • Selenium
  • Tembaga
  • Mangan

Banyak kan Mommy? Jom tengok pula apa yang ia offer untuk kesihatan kita.

1. Mengurangkan Risiko Kanser

Kajian mengatakan sayur kailan ini adalah sayuran anti kanser dan memberi kesan positif pada badan kita. Ia mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara. Kailan juga dapat mengawal estrogen di dalam tubuh. Kailan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengembangkan pelbagai jenis kanser, termasuk kanser saluran penghadaman, kolorektal, kanser payudara, dan kanser buah pinggang.

2. Mengurangkan Kolesterol

Tahukah Mommy kailan boleh mengurangkan kadar kolestrol dan mengelakkan penyakit jantung. Ini kerana ia mempunyai serat yang cukup tinggi. Serat ini akan membantu membersihkan usus besar dan mengurangkan kolesterol tau!

3. Bagus Untuk Wanita Hamil

Kailan sangat baik untuk diambil bagi Mommy yang hamil dan sedang menyusu. Ia dapat membantu pertumbuhan janin serta rahim wanita dan meningkatkan penghasilan susu ibu. Ia juga mempunyai asid folik yang bagus untuk pertumbuhan sistem saraf.

4. Untuk Kesihatan Kulit dan Rambut

Kandungan vitamin A yang tinggi terdapat dalam kailan ini untuk pengeluaran sebum, dan ia juga dapat mengekalkan rambut lembap. Selain itu, Vitamin A penting untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut. Vitamin C pula boleh membina dan mengekalkan tahap kolagen, yang memberikan struktur kepada kulit dan rambut Mommy!

Haa, banyak kan khasiat kailan ni sebenarnya. Selain itu, kita pun ada tips tambahan untuk bagi kailan nampak lebih hijau dan menyelerakan! Cuci kailan dengan pastikan ia terendam sepenuhnya dalam air garam. Barulah nampak seperti makan di kedai. Yummy! Banyak betul khasiat kailan ini dan macam-macam ia membantu untuk menyihatkan tubuh badan kita tapi hati-hati dengan ikan masin tu Mommy, nanti naik darah tinggi. Adui~

Selamat mencuba ya Mommy~

 

Print

Resepi Kailan Ikan Masin

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

  • 1 ikat kailan (selalunya ada 2 pokok)
  • 3 keping ikan tenggiri jeruk
  • 2 sudu besar minyak dari ikan tenggiri (boleh guna minyak masak)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 biji cili padi
  • ½ biji cili merah (terpulang selera)
  • Sedikit bawang Holland
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Sedikit air

Instructions

  • Bersihkan kailan tersebut dan potong mengikut kreativiti masing-masing.
  • Panaskan minyak (dari bekas/botol ikan tenggiri jeruk) goreng ikan tenggiri hingga masak dan kemudian, hancurkan isi ikan tenggiri tersebut.
  • Masukkan bawang putih dan cili padi, kemudian tumis hingga garing.
  • Masukkan batang kailan dan bawang holland. Tumis sekejap.
  • Masukkan sos tiram, sos ikan dan sedikit sahaja air. Biarkan sekejap supaya batang kailan lembut.
  • Masukkan daun kailan (besarkan api). Kacau cepat-cepat dan akhir sekali, masukkan cili merah. Tutup api dan siap untuk dihidang!

Notes

Kredit: Malina Lina Pg

Jom cuba pelbagai resepi menarik yang lain DI SINI.