- Bersihkan kailan tersebut dan potong mengikut kreativiti masing-masing. 
- Panaskan minyak (dari bekas/botol ikan tenggiri jeruk) goreng ikan tenggiri hingga masak dan kemudian, hancurkan isi ikan tenggiri tersebut.  
- Masukkan bawang putih dan cili padi, kemudian tumis hingga garing. 
- Masukkan batang kailan dan bawang holland. Tumis sekejap. 
- Masukkan sos tiram, sos ikan dan sedikit sahaja air. Biarkan sekejap supaya batang kailan lembut. 
- Masukkan daun kailan (besarkan api). Kacau cepat-cepat dan akhir sekali, masukkan cili merah. Tutup api dan siap untuk dihidang!